You are on page 1of 2

SURAT PERJANJIAN KANTIN

Surat perjanjian ini dibuat pada hari ini antara_____________________________________


No. K/P beralamat di .
(kemudian daripada ini disebut sebagai Penama Tender ) di satu pihak dengan
. No. K/P beralamat di
. ( kemudian daripada ini disebut sebagai Pengusaha
Kantin ) di satu pihak yang lain. Bahawasanya, Penama Tender telah bersetuju untuk menyerahkan kantin
Kilang Sawit Kota Bahagia kepada Pengusaha Kantin dengan harga sebanyak RM_____________________ (Ringgit
Malaysia ) yang dijelaskan oleh Penama
Tender kepada Pengusaha Kantin secara tunai pada tarikh surat perjanjian ini ditandatangani. Kedua-dua pihak
telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

1) Pengusaha Kantin tidak boleh menyewakan kantin tersebut kepada orang lain tanpa persetujuan
Penama Tender .
2) Penama Tender bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan selain dari sewaan bulanan
daripada Pengusaha Kantin dari tarikh surat perjanjian ini.
3) Penama Tender hendaklah menyerahkan kunci kepada Pengusaha Kantin selepas persetujuan
perjanjian beserta pembayaran.
4) Perubahan harga dan penambahan menu perlu diberitahu kepana Penama Tender untuk dimaklumkan
kepada pihak pengurusan .
5) Pengusaha Kantin tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi dan kos baik pulih struktur bangunan
kepada Penama Tender selepas tarikh perjanjian. Segala perubahan struktur bangunan harus diberitahu
kepada Penama Tender untuk dimaklumkan kepada pihak pengurusan .
6) Cuti atau urusan kecemasan harus dilaporkan segera kepada Penama Tendet dan perlu di tulis di luar
bahagian kantin . ( Sebagai info kepada pihak pengurusan dan pekerja kilang ).

Urusan penyerahan kantin adalah muktamad dan tandatangan saksi-saksi untuk kedua-dua pihak yang
menyaksikan persetujuan tersebut pada hari dan tarikh diatas ialah:
SAKSI NO.1: SAKSI NO.2:

Nama : Nama :
No. K/P : No. K/P :

PENAMA TENDER PENGUSAHA KANTIN:

Nama : Nama :
No K/P : No K/P :

You might also like