You are on page 1of 11

DASAR UTAMA KOKURIKULUM

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu
kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling
ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki
bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang
memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-
ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan
perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16
November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985,
KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan


Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan
murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan
yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan


murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan
ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin
menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi
mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah
memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas
penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah).
Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah
juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ
Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
Ucapan Minggu Ketiga- Pengurusan Kokurikulum

Yang Berusaha, Pengetua SMK Bandar Tenggara


Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati, Penolong Kanan Tingkatan Enam
Yang dihormati, Guru-guru Kanan Matapelajaran
Yang dihormati, Guru Media dan Perpustakaan
Yang dihormati, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Yang dihormati Guru Bimbingan dan Kaunseling
Yang dihormati, semua guru
Yang dikasihi, murid dan pelajar

Pertamanya, saya mewakili semua warga sekolah ini ingin mengucapkan


selamat datang kepada pengetua baru. Kami telah menunggu dari bulan Mac,
selepas persaraan En Zainal Othman. Semoga dengan kehadiran pengetua,
kita dapat meneruskan lagi kecemerlangan sekolah ini dari segi akademik dan
kokurikulum.

Selaku Penolong Kanan Kokurikulum, laporan pertama yang saya bentangkan


ialah mengenai tiga elemen penting iaitu Pasukan Badan Beruniform,
Persatuan dan Kelab dan Sukan dan Permainan.

Penyelaras Badan Beruniform ialah En Khairulnizam


Banyak kejayaan yang dicapai tahun ini ;-
1. Pertandingan Pasukan Badan Beruniform

Naib Johan - Kadet Remaja Sekolah, di bawah bimbingan En Aidil Shamin bin
Abd Razak dan Cik Anne Suraya binti Abd Halim.

Naib Johan - Pasukan Kadet Polis, di bawah bimbingan, En Shahfudin bin


Hussein dan Pn Azlina binti Abu Bakar dan jawatankuasanya.

Naib Johan - Pengakap, di bawah bimbingan En Mohd Pozi bin Kemin dan En
Saifulah bin Abd Wahab dan jawatankuasanya.

Tempat ketiga - Pandu Puteri, di bawah bimbingan Pn Noraishah binti Tarni


dan jawatankuasanya.
Pasukan Badan Beruniform juga telah membuat perkhemahan bersepadu di
bawah unit-unit Pasukan Beruniform pada bulan April 2011 di Pusat Latihan
SAJ, Masai.

Manakala, Penyelaras Sukan dan Permainan diketuai oleh En Idris bin


Yaman.
Banyak juga kejayaan yang diperolehi.
Pasukan Kompang Sekolah telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan
Kompang Formasi peringkat daerah Kulaijaya.

Penyelaras, Sukan dan Permainan diketuai oleh En Ahmad Nazri bin Selamat
Karnival Sukan dan Permainan telah dilaksanakan sepanjang satu bulan yang
lepas. Permainan yang terlibat ialah Bola Baling, Bola Sepak, Bola Jaring dan
Bola Tampar.

Di bidang Sukan untuk semua, dikendalikan oleh Setia Sukan, En Saipi bin
Halidin. Antara aktiviti yang sudak berlangsung ialah :-
Pertama - Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulai
Kita hanya berjaya mendapat tempat ke- 13 daripada 16 buah sekolah.
Memperolehi 1 emas 4 Perak.

Kedua - Kita berjaya mengadakan Larian Perdana Mahkota pada bulan


Februari.
Ketiga - Kita juga telah berjaya mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang
Kali Ke-19 pada 30 Jun 2011 di Stadium Tenggara.
Keputusan:
Pertama - Rumah Lekir memperolehi 11 Emas 8 Perak 6 Gangsa
Kedua - Tuah memperolehi6 Emas 6 Perak 8 Gangsa
Ketiga - Kasturi memperolehi 5 Emas, 8 Perak 5 Gangsa
Keempat - Jebat memperolehi 4 Emas, 4 Perak dan 7 Gangsa

Keempat, kita juga telah berjaya menganjurkan Larian 1Murid 1Sukan


1Malaysia pada 2 Julai 2011.
VIP yang hadir ialah SI Yusoff, Ketua Balai Polis Bandar Tenggara.

Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengingatkan pelajar, buku kokurikulum


hendaklah dilengkapkan. Guru tingkatan akan membuat penilaian 10%
markah kokurikulum. Harap mendapat perhatian dan mesti diambil tindakan.

Pada hari Rabu ini, 13 Julai 2011 aktiviti kokurikulum ditangguhkan.


Tetapi semua peserta gangsa dan perak Anugerah Remaja Perdana Rakan
Muda (ARPRM) dikehendaki hadir dan membawa buku diary gangsa dan
perak masing-masing.
Untuk makluman semua, pada Hari Selasa 12 Julai 2011, akan
berlangsungnya satu kursus peringkat negeri Johor iaitu seramai 250 peserta
akan berada di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.
Tajuk kursus itu ialah Kursus Guru Penasihat Kelab Berasaskan Sukan
Sekolah, Untuk Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri Johor.

VIP yang akan datang ialah Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Johor,
En Abd Aziz bin Redwan dan PPD Kulaijaya, Tuan Haji Bahrom bin Ali.

Sekian terima kasih. Selamat Maju Jaya.


PENDAFTARAN PERSATUAN
Prosedur Penubuhan Persatuan / Kelab/ Unit Beruniform/ Sukan &
Permainan
1. Setiausaha dikehendaki menghantar satu surat permohonan kepada
pengetua, melalui
guru penasihat.
2. Sertakan perkara-perkara seperti di bawah:-
2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

3. Sila hantarkan surat permohonan memunggut derma kepada


Pengetua. Jika pihak persatuan memerlukan dana tambahan bagi
melaksanakan aktiviti/ program. Keputusan dalam mesyuarat agung
hendaklah diminitkan, satu salinan minit mesyuarat diserahkan kepada
setiausaha kokurikulum (rekod).

CATATAN :
Mesyuarat Agung pada tarikh : 22 Januari 2014 (Rabu).
- Surat permohonan perlu dihantar kepada Pengetua, seminggu selepas
mesyuarat agung.
- Satu salinan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

MUAT TURUN FAIL-FAIL

1. Surat permohonan
2. Draf Perlembagaan.
3. Draf Aktiviti Asas (Tahun 2014).
4. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.
5. Surat permohonan memunggut derma
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) :-

1. Mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

2. Penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

3. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka
melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

4. Bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS).

Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun


♦ Latihan Rumah Sukan*
➤ Merentas desa
➤ Sukan / permainan
➤ Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa*
♦ Sukantara*
♦ Kejohanan Balapan dan Padang

b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun

♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah


♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games

c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun

♦ Pertandingan antara rumah sukan


♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
♦ Pertandingan antara dorm di asrama

d) Pertandingan Lain

♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)


♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e) Aktiviti Sukan Lain

Rujukan

* Wajib untuk setiap murid

PENGURUSAN PELAKSANAAN
Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu:
1. PERANCANGAN
2. PELAKSANAAN
3. PEMANTAUAN
4. PENILAIAN
5. POST MORTEM / PENAMBAHBAIKAN
6. LAPORAN / DOKUMENTASI
JENIS-JENIS SUKAN DAN PERMAINAN

You might also like