You are on page 1of 4

KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG BAGI MENCERIAKAN PRASEKOLAH DAN

MENYELENGARAKAN PERALATAN PERMAINAN LUAR PRASEKOLAH SK HAJI MAT


DAHAN

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan
gotong royong di Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mat Dahan, Pendang.

2.0 Pendahuluan

Prasekolah SK Haji Mat Dahan bercadang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan
sekolah serta memulihara taman permainan dan mempertingkatkan keceriaan kawasan
Prasekolah SK Haji Mat Dahan.

3.0 Objektif

3.1 Merapatkan silaturrahim diantara ibubapa, guru dan murid Prasekolah SK Haji Mat Dahan..

3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan sekolah dengan lebih optimum.

3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin
keselamatan anak-anak sewaktu belajar.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga waris prasekolah, guru prasekolah dan PPM PRasekolah

5.0 Rasional Menjayakan Program

5.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan Prasekolah.

5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih
dan harmoni untuk anak-anak belajar.

6.0 Justifikasi

Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja
menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok
untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

7.0 Anjuran

Prasekolah Prasekolah SK Haji Mat Dahan bersama Permuafakatan Prasekolah SK Haji Mat
Dahan.

8.0 Lokasi Cadangan

Kawasan Luar Prasekolah, SK Haji Mat Dahan, Pendang


9.0 Tarikh Perlaksanaan

13 Julai 2018 (Jumaat) dan 14 Julai 2018 (Sabtu)

10.0 Struktur Organisasi

Penasihat : Pn. Hjh. Maziah binti Masri (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Rafiza binti Osman

Naib Pengerusi : En. Sirajuddin bin Azizan

Setiausaha : En. Mohamad Hafiz B Humayun Kabeer

Bendahari : Pn. Abidah bt. Abd. Wahab

Peralatan : Semua waris dan guru prasekolah.

Keceriaan : Semua waris

Taman Permainan : Semua waris

11.0 Tentatif Program

13 Julai 2018 (Jumaat)

8:00 pagi Berkumpul di Prasekolah.

8:15 pagi Pembahagian kumpulan dan taklimat ringkas.

8:20 pagi Mengecat dan menceriakan kawasan luar prasekolah

10:00 pagi REHAT

10:30 pagi Aktiviti diteruskan lagi

11:45 pagi Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari BERSURAI (untuk solat Jumaat)

2.30 petang Sambung aktiviti.

4.30 petang Aktiviti ditangguhkan.

14 Julai 2018 (Sabtu)

8:00 pagi Berkumpul di Prasekolah.

8:15 pagi Aktiviti bersambung.


8:20 pagi Mengecat dan menceriakan kawasan luar prasekolah

10:00 pagi REHAT

10:30 pagi Aktiviti diteruskan lagi

11:45 pagi Berkumpul dan menyimpan alatan

12:30 tengahari REHAT

2.00 petang Sambung aktiviti.

3.30 petang Bersurai.

13.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Barang Unit Jumlah

1. Cat Kalis Cuaca(5 Liter) 4 x RM 115 RM 460.00

2. Cat Minyak (5 Liter) 3 x RM 82 RM 246.00

3. Cat Multi-Sealer (18 Liter) 1 x RM 180 RM 180.00

4. Kertas Pasir 15 x RM 2.00 RM 30.00

5. Berus Tembaga 8 x RM 2.50 RM 20.00

6. Refill Roller 10 x RM 6.00 RM 60.00

7. Thinner 5 x RM 2.60 RM 13.00

JUMLAH RM 1009.00

14.0 Penutup

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Prasekolah SK Haji Mat Dahan
bagi tahun 2018 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari
pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan warga sekolah SK Haji Mat Dahan. Semoga rancangan
ini dapat membantu menceriakan prasekolah

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(MOHAMAD HAFIZ BIN HUMAYUN KABEER) (HJH. MAZIAH BT MASRI)
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Haji Mat Dahan SK Haji Mat Dahan
Pendang, Kedah. Pendang, Kedah.

You might also like