You are on page 1of 9

Bahan ini dirujuk dan diambil dari penulis berkenaan:

http://fatinipgq6.blogspot.com/2014/09/kategorikecacatan-masalah-pembelajaran.html

terima kasih

Definisi Disleksia
Istilah ‘disleksia’ berasal daripada dua perkataan Latin dan Greek iaitu ‘dys' yang
bererti ‘kesukaran’ dan perkataan 'lexis' yang bermaksud ‘perkataan’. Manakala menurut
Kausmaul (1877), istilah ‘disleksia’ ini berasal daripada perkataan ‘aleksia’ yang membawa
maksud ‘kebutaan kata’ (word blindness).
Menurut Davis (1982), seseorang yang mengalami disleksia adalah pemikir visual
yang multidimensi kerana mereka berfikir dalam bentuk gambaran atau imej. Oleh itu,
kadangkala mereka sukar untuk memahami nombor, huruf, simbol dan perkataan yang
ditulis.
Selain itu, disleksia merupakan kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran
membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.
(Mercer 1997 dan Smith 1999).
Disleksia bukan kecacatan fizikal dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau
IQ seseorang (Sofiah, 2000). Menurut BOLD (2000), disleksia juga tidak boleh disembuhkan
tetapi boleh dirawat.
Kesimpulannya, istilah ‘buta huruf’ digunakan untuk menerangkan kategori disleksia
kerana disleksia bukanlah satu penyakit, namun ia merupakan satu gangguan dalam
pembelajaran seperti mengeja, membaca, menulis dan mengira yang biasa dialami oleh
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran walaupun secara umumnya kanak-kanak
disleksia ini mereka mempunyai pemikiran yang normal.

 Punca-punca Disleksia:

Terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab disleksia.


1.2.1 Keturunan
Antaranya ialah faktor keturunan. Menurut kajian Hallgren (1970) terhadap 12 pasangan
kembar monozygote, beliau dapati bahawa keseluruhan keluarga 12 kes itu bermasalah
dalam ejaan dan bacaan semasa zaman kanak-kanak mereka. Selain itu, beliau juga
mendapati bahawa kanak-kanak lelaki lebih banyak menghidapi masalah disleksia
berbanding dengan kanak-kanak perempuan dengan kadar nisbah 3:1 atau 2:1 kerana lelaki
lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding perempuan.
Di samping itu, simptom disleksia juga terdapat pada keluarga yang mempunyai anggota
kidal (John Bradford,1999). Menurut John, ibu bapa yang menghidap disleksia secara tidak
langsung akan menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang
dikenal pasti menghidap disleksia kerana berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika,
beliau mendapati bahawa 80 peratus orang daripada subjek yang ditelitinya mempunyai
sejarah anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus memiliki
anggota kidal.
Kesimpulannya, masalah disleksia ini memang telah sedia ada dalam gen keluarga
mereka sendiri.
1.2.2 Pemakanan
Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan juga termasuk dalam kalangan
faktor penyebab masalah disleksia. Berdasarkan beberapa penyelidikan, terdapat beberapa
unsur makanan yang jika diambil secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang akan
menyebabkan gangguan otak.
Antaranya ialah salicylates, laktose, monosodium glutamate(MSG), benzoate, ragi,
antioksidan, amine, nitrate, tartarzine (zat pewarna makanan) dan seumpamanya.
Kesimpulannya, kesemua unsur bahan pengawet, penyedap makanan dan pewarna tiruan
tersebut boleh menyebabkan gangguan otak akibat daripada bahan pencemar atau racun
yang terkandung di dalamnya. Benarlah kata orang tua yang mengatakan bahawa perut
adalah punca penyakit.
1.2.3 Perkembangan
Disleksia berlaku secara perkembangan iaitu sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian
tertentu dalam otak penghidap disleksia yang tidak cukup matang menjadi faktor bahagian
otaknya yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya dan
berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera celebral iaitu hemisfera kiri dan kanan untuk
menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Disebabkan bahagian otak pada hemisfera kiri
lemah, maka kanak-kanak disleksia ini mengalami keterbalikan huruf dan perkataan.

 Ciri-ciri Disleksia:


Rohana 1998 menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dikesan melalui 8 ciri iaitu
kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan lisan, lemah
dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya,
kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaran dalam
kelas tapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.
Antara ciri disleksia ialah mengeja. Apabila mengeja, kanak-kanak disleksia ini sering
keliru untuk mengenal pasti huruf yang hampir serupa bentuknya seperti ‘b’ dengan ‘d’, ‘c’
dengan ‘e’, ‘h’ dengan ‘n’, ‘w’ dengan ‘m’, ‘m’ dengan ‘n’, ‘p’ dengan ‘q’, ‘u’ dengan ‘n’, dan
antara ‘y’ dengan ‘g’ atau dengan ‘j’. Tahap perbendaharaan mereka lemah kerana mereka
tidak dapat mengeja perkataan yang asas dan mudah seperti yang telah boleh dieja oleh
seseorang kanak-kanak yang seusia mereka.
Apabila membaca, kanak-kanak disleksia ini cenderung untuk menterbalikkan suku kata
perkataan seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’ , dan ‘gula’ menjadi ‘lagu’. Mereka juga membalikkan
ayat seperti ayat ‘pada masa yang sama’ menjadi ‘dapa sama yang masa’. Kanak-kanak ini
turut keliru dengan perkataan bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Inggeris yang sama
seperti ‘air’ dan ‘air’(udara) , ‘cat’ dan ‘cat’(kucing), dan lain-lain.
Kanak-kanak disleksia ini menghadapi masalah dalam menulis. Mereka sukar
memindahkan maklumat ke atas kertas kerana mereka tidak dapat memindahkan fikiran
mereka daripada otak kepada tangan. Mereka juga sukar memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini cenderung untuk menulis
perkataan yang pelik-pelik.
Selain itu, disebabkan pemprosesan maklumat yang diperoleh oleh mereka agak lambat,
mereka mengalami kesukaran untuk bertutur dan kelihatan seperti tidak mendengar atau
tidak endah keadaan sekelilingnya. Mereka juga tidak dapat menyusun sesuatu mengikut
susunannya.
Tambahan pula, kanak-kanak disleksia ini juga keliru terhadap tanda atau simbol
matematik seperti simbol ‘+’, ‘-‘, dan ‘=’. Mereka turut keliru dengan nombor yang sama
bentuk. Contohnya, nombor 3 ditulis sebagai nombor 5 atau 8, dan nombor 9 ditulis sebagai
nombor 6.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang lain ialah pakaian mereka yang sentiasa tidak kemas
tetapi tidak kotor dan sering silap membutangkan baju, kidal, dan kurang pandai mengikat
tali kasut. Mereka juga kelihatan seperti berminat dalam pelajaran namun sering dilabel
sebagai pemalas dan kelihatan bodoh, dan akhir sekali, skop penglihatan mereka agak
terhad kerana mereka keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta
pengamatan mereka juga lemah.

 Keperluan kanak-kanak Disleksia:


Kanak-kanak disleksia ini perlulah dibantu supaya mereka tidak berasa rendah diri. Guru
Pendidikan Khas haruslah membantu keluarga kanak-kanak disleksia ini dalam
mengendalikan masalah disleksia anak mereka dan membina keyakinan dalam diri keluarga
dan kanak-kanak itu sendiri bahawa mereka itu masih mempunyai harapan untuk dididik.
Guru boleh memberi pendidikan dan pendedahan yang menyeluruh mengenai disleksia
kepada ibu bapa kanak-kanak ini supaya mereka dapat mengenali masalah anak mereka
dengan lebih mendalam.
Selain itu, penyakit-penyakit lain seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
(ADHD) yang mungkin berkait dengan kanak-kanak disleksia mestilah dirawat. Di samping
itu, potensi pembelajaran kanak-kanak disleksia hendaklah dipertingkatkan melalui terapi
pertuturan, latihan pendengaran dengan bantuan komputer, pendekatan pelbagai deria iaitu
dengan menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran, melalui deria sentuhan iaitu
dengan menggunakan lakaran atas kertas pasir, melalui deria pendengaran iaitu dengan
menggunakan ritma perkataan atau huruf, dengan menyuruhnya merasa pergerakan bibir,
dan akhir sekali, menyuruhnya menulis huruf atau perkataan.

Bagi langkah pemulihannya pula, kanak-kanak disleksia ini haruslah dibantu untuk
menguasai maklumat secara beransur-ansur, mengamalkan konsep pengulangan semasa
mengajar mereka iaitu konsep ajar berlebihan, dan boleh juga menggunakan video atau
kaset dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia ini. Mereka ini juga perlulah dihantar untuk
mengikuti program pemulihan khusus kerana terdapat sekolah yang mempunyai program
pemulihan khusus untuk disleksia.
CONTOH 2

2.0 DISLEKSIA
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Yunani iaitu “Dys”
yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan. Dengan kata lain, disleksia
membawa maksud kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan
untuk kategori ini. Perkataan “dislekia” telah diperkenalkan oleh seorang professor, yang
juga merupkan seorang pakar perubatan dan ahli ophthalmologi, dari Berlin pada tahun
1887. (Hammond dan Hugges, 1996 dalam SpeEd, 2007)

Menurut World Federation Of Neurology (1968), ‘disleksia ialah satu gangguan dalam kanak-
kanak yang telah menerima pendidikan biasa namun tidak memperolehi kemahiran bahasa,
bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf umurnya’. (SpeEd, 2007)

Selain disleksia, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia.
Antaranya ialah diskalkulia, disgrafia dan diapraksia. Diskalkulia terjadi apabila kanak-
kanak bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik. Manakala disgrafia berlaku apabila
kanak-kanak bahasa dan dispraksia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam
koordinasi motor-mata-tangan.

Menurut Sariah Amirin (2000) kanak-kanak disleksia membingungkan. Mereka dilihat


cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik
tetapi kemahiran membaca dan menulis mereka lemah daripada yang dijangkakan. Biasanya
kanak-kanak ini akan dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.

2.1 Definisi Disleksia


Disleksia membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang. Terdapat penulis atau pengkaji
yang mendefinisikan disleksia dari segi semua aspek bahasa, iaitu dari segi pendengaran,
pertuturan, pembacaan dan penulisan. Terdapat juga yang memberi maksud disleksia dari
segi pembacaan sahaja.

Kebayakkan penulis dan pengkaji menakrif disleksia dari segi pembacaan. Orton (1937)
mendefinisikan disleksia sebagai satu keadaan di mana pembacaan kanak-kanak tidak sama
seperti kanak-kanak yang lain, iaitu kanak-kanak tersebut membaca lebih lambat daripada
kanak-kanak yang sebaya dengannya. Cara pembacaan kanak-kanak disleksia termasuk
pembacaan terbalik dan juga keliru antara perkataan-perkataan yang biasa. Beliau memberi
contoh perkataan “saw” akan dibaca sebagai “was”. Disebabkan kanak-kanak disleksia sering
membaca terbalik, beliau mencadang perkataan “strephosymbolia” yang membawa maksud
‘simbol terbalik’. (Goldberg et al., 1983) Høien dan Lundberg (1989) juga memberi maksud
yang hampir sama, iaitu disleksia merupakan kekurangan fonologik khusus yang dicirikan
dengan kelambatan yang luar biasa dalam penukaran ortografi bahasa tulisan kepada
fonologi yang setara. (Hugdahl & Heiervang, 2003) Ortografi melibatkan satu sistem yang
mengaitkan bunyi dengan simbol-simbol penulisan. Ia merupakan kajian bahasa yang
melibatkan huruf-huruf dan ejaan. (Merriam-webster, 2008) Harm dan Seidenberg (1999)
juga mengaitkan disleksia dengan pembacaan. Mereka menyatakan bahawa disleksia
merupakan kegagalan untuk memperoleh kemahiran-kemahiran membaca yang setaraf
umur kanak-kanak walaupun terdapat peluang-peluang pembelajaran. Menurut mereka,
definisi ini mencadangkan bahawa disleksia adalah jelas apabila pembacaan dan ejaan tidak
berkembang dengan sepenuhnya atau berkembang dengan susah. (Breznitz et al.,
2003) Menurut Csépe (2003) disleksia, yang juga dikenali sebagai “reading disorder” (RD),
merupakan kecacatan khusus dalam kemahiran membaca. Menurut beliau lagi,
kebanyakkan kes disleksia mempunyai kesan yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang
individu. Pakar psikiatrik kanak-kanak, Dr. Tjhin Wiguna juga menyatakan bahawa disleksia
merupakan salah satu jenis kesulitan pembelajaran spesifik yang juga disebut sebagai
kesulitan membaca. (Kompas CyberMedia, 2004)

Namun begitu, terdapat juga penulis dan pengkaji yang mendefinisikan disleksia dari sudut
semua kemahiran bahasa, iaitu dari segi pendengaran, pertuturan, pembacaan dan
penulisan. Tetapi jarang pendengaran akan termasuk dalam definisi disleksia. Namun,
menurut Goldberg et al. (1983) disleksia merupakan satu gangguan dalam satu atau lebih
proses psikologi asas yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa; sama ada
pertuturan atau penulisan; dan juga ketidakupayaan untuk mendengar, berfikir, bercakap,
menulis, mengeja atau pengiraan. Kanak-kanak yang mempunyai gangguan pembelajaran
ini mungkin mempunyai perbezaan antara pencapaiannya dan kebolehan mental dari segi
bercakap, mendengar, menulis, kemahiran asas membaca, pemahaman, pengiraan
matematik dan penaakulan matematik. Selain itu, disleksia juga adalah satu masalah
pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap
disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah
ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya
dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak
mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. (SpeEd, 2007)

Pada kebiasaanya, disleksia tidak akan termasuk masalah pendengaran. Biasanya, selain
pembacaan, ejaan dan penulisan juga yang termasuk dalam definisi disleksia. Seperto
definisi disleksia menurut Critchley (1970), disleksia adalah kesulitan untuk membaca,
menulis, dan mengeja, tanpa gangguan sensori perifer. ‘Tanpa gangguan sensori perifer’
bermaksud kanak-kanak disleksia tidak mempunyai kekurangan pendengaran atau
penglihatan, kognitif yang rendah, masalah emosi atau kurang bermotivasi. (Kompas
CyberMedia, 2004) Thomson (1990) juga mendefinisikan disleksia sebagai “masalah
perkataan” yang tidak terhad kepada pembacaan sahaja tetapi merangkumi masalah ejaan,
menulis dan aspek bahasa yang lain. Menurut Pierangelo (1996) disleksia merupakan
kesukaran menggunakan perkataan. Beliau juga menyatakan bahawa disleksia ialah
golongan yang sukar dalam mengenal huruf, membaca, menulis mengeja dan memahami
teks bacaan. Ia merupakan ketidakupayaan atau masalah pembelajaran yang khusus dan
teruk. (Sri Cempaka, 2007) Word Federation of Neurology (1998) pula menyatakan bahawa
disleksia ialah satu ‘disorder’ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa,
tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan dan ejaan yang setaraf intelek.

Walaubagaimana pun, terdapat juga kenyataan bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai


kemahiran dan bakat-bakat lain disebalik malasah pembelajaran mereka tersebut. Sariah
Amirin (2000) memberi maksud disleksia sebagai kesukaran pembelajaran yang spesifik
yang disebabkan oleh kelewatan perkembangan menyeluruh. Kanak-kanak disleksia susah
menguasai kemahiran membaca dan menulis, tetapi merek memiliki bakat, kepintaran, atau
kecerdasan yang lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses
maklumat, terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna. Untung S. Drazat
(2006) menyatakan bahawa disleksia adalah sejenis kesulitan pembelajaran yang ditanda
dengan kesulitan membaca. Beberapa kanak-kanak yang mengalami disleksia juga
berkemungkinan mengalami kesulitan menulis, dan kadang-kala juga kesulitan berbicara
atau berhitung. Beliau menyambung bahawa ramai kanak-kanak disleksia mempunyai
potensi untuk berprestasi yang amat luar biasa dan mempunyai kecekapan mental yang
tinggi.

2.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia


Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumny, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah
mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal. Mereka pandai dalam
bidang seni. Semasa membaca, mereka perlu menggunakan jari untuk membaca dan juga
untuk mengira. Kanak-kanak disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka
lemah dalam pelajaran kerana sukar untuk dikuasai. Jika mereka gagal disekolah, mereka
akan sangat kecewa. Selain itu, mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama benda-benda.
Mereka juga sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu (moody) tanpa
sebab-sebab tertentu. Sri Cempaka juga memberi ciri-ciri secara khusus berdasarkan
kemahiran-kemahiran asas bahasa, namun ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian, iaitu
daripada 2.2.2 sehingga 2.2.7. Ciri-ciri yang ditulis diberi oleh Sri Cempaka (2007) dan akan
ditambah dengan ciri-ciri oleh pengkaji dan penulis lain.

Selain Sri Cempaka, SpeEd. (2007) memberi ciri-ciri dalam kanak-kanak prasekolah. Guru-
guru prasekolah boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk mengenal pasti kanak-kanak
disleksia. Antara tanda-tanda kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran bertutur mereka
lambat dan mereka sukar memahami arahan. Selain itu mereka suka mengganti perkataan
dan hiperaktif. Kemahiran motor kasar dan motor halus mereka lemah. Sebagai contoh,
mereka sentiasa melanggar barang di sekitar mereka dan sukar membaling atau menangkap
bola. Contoh untuk motor hauls yang lemah, mereka tidak dapat memegang alat tulis atau
tidak boleh menggunting. (Sariah Amirin, 2000) Mereka juga seringkali terlupa nama
benda-benda atau pelajaran yang dipelajari. Selain daripada itu, mereka suka mendengar
bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri. Mereka sifat ingin tahu tinggi, berminat
terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan.

2.2.1 Otak Kanak-kanak Disleksia


Sariah Amirin (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak disleksia daari segi otak mereka. Otak
manusia terbahagi kepada dua sfera, kanak dan kiri. Sfera sebelah kiri digunakan untuk
penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan struktur. Manakala sfera sebelah kanan
digunakan untuk visual, daya kreatif, dan kemahiran seni. Kebanyakan orang dapat
mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi pada kebiasaannya satu bahagian otak
akan menjadi lebih dominan. Orang disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak
kanan. Cara berfikir dan belajar mereka berlainan. Mereka berbakat kreatif atau seni,
walaupun mereka lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Menurut
Sariah Amirin (2000) lagi, cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu
“anugerah” dan bukannya satu masalah.

2.2.2 Masalah Pendengaran


Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri Cempaka, 2007) atau
tidak mempedulikan (SpeEd, 2007). Hal ini kerana mereka lambat dalam memproses
maklumat mereka terima. Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang diberi oleh
guru, terutamanya jika arahan tersebut terlalu panjang. Mereka juga tidak akan menyusun
sesuatu mengikut susunan, contoh melakukan arahan mengikut urutan. Namun, mereka
suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri.

2.2.3 Masalah Pertuturan


Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga mempunyai
kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai semasa bercakap bagi
menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006) Hal ini mungkin kerana
perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. Selain itu, bahasa lisan lebih baik
daripada penulisan. Mereka suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”.

2.2.4 Masalah Mengeja


Menurut SpeEd (2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk
menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa
yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
membaca dan memulis. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah
awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’,
‘y’ – ‘g’ – ‘j’, ‘u’ – ‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’ – ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’. Selain itu, terdapat juga
kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ‘t’ - ‘h’ dan ‘f’ - ‘v’. Hal ini akan menyebabkan
mereka kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri Cempaka, 2007)

Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan ejaan
mereka sering tidak konsisten. Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang
seharusnya boleh dieja oleh seseorang murid mengikut umur mereka. Tahap
perbendaharaan kata mereka lemah. Contohnya murid tahun 1 sepatutnya boleh mengeja
perbendaharaan kata mudah seperti baju, muka, emak, nama sendiri dan lain-lain lagi.

Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan ‘bahu’. Mereka juga
keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, contohnya ‘almari’ dan
‘lamari’. Selain itu, mereka menggbungkan suku kata secara terbalik, contohnya ‘baju’
menjadi ‘juba’ dan juga salah menyusun abjad dalam perkataan, seperti ‘sabun’ menjadi
‘basun’.

2.2.5 Masalah Membaca


Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca. Kanak-kanak yang mengalami disleksia
mempunyai kemahiran membaca lemah. Kemampuan pembacaan kanak-kanak disleksia
tidak setaraf dengan kemampuan kanak-kanak seusianya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas
CyberMedia, 2004) Apabila mereka membaca, mereka teragak-agak walaupun mereka
menggunakan jari untuk menolong mereka membaca. Kadangkala cara membaca mereka
seperti mereka gagap. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Mereka sukar
memahami dan menggunakan teks bacaan. Mereka juga lemah atau tidak pandai
menggunakan intonasi dan ekspresi yang sesuai. Intonasi mereka akan turun dan naik
mengikut gerak hati mereka. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Selain itu,
apabila membaca mereka tidak menghiraukan tanda baca dan suka menambah perkataan
pada bacaannya. Mereka juga sering melangkau baris semasa membaca dan salah sebut
perkataan, terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan. Terdapat juga kanak-kanak
yang pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka ciptakan.

Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak sentiasa keliru dengan
perkataan dan huruf yang kelihatan sama. Mereka akan membaca perkataan terbalik, contoh
seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’, ‘gula’ menjadi ‘lagu’ dan sebagainya. Selain pembalik
perkataan, mereka juga terbalik dalam konsep ruang. Misalnya, mereka keliru terhadap
pemahaman konsep atas dan bawah, depan dan belakang dan sebagainya. (Tjhin Wiguna
dalam Kompas CyberMedia, 2004) Selain itu, mereka juga keliru kedudukan huruf dalam
perkataan, seperti ‘makan’ menjadi ‘makna’; dan keliru antara perkataan bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu yang hampir sama, seperti ‘jam’ dan ‘jem’, ‘cat’ (kucing) dan ‘cat’ dan lain-
lain. Penambahan dan pengurangkan huruf juga berlaku, contohnya ‘bulan’ menjadi ‘bulang’
dan ‘bunga’ menjadi ‘buna’. Kadangkala huruf vokal yang mereka baca tidak jelas atau
mereka mengganti konsonan. (Untung S. Drazat, 2006)

Orton mencatat bahawa banyak anak disleksia yang kidal atau ambidextrous, iaitu dapat
menggunakan kedua belah tangan untuk menulis, akan seringkali membaca dari kanan ke
kiri. (Untung S. Drazat, 2006) Contohnya, ‘Pada masa yang sama’ akan menjadi ‘Dapa sama
yang masa’. (SpeEd, 2007)

2.2.6 Masalah Menulis


Kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Mereka menulis lebih lambat berbanding dengan
rakan sebaya mereka. Sewaktu menulis, mereka sering mengigit jari atau pen dan tenung
buku seperti tidak faham. Mereka akan menekan pencil semasa menulis. Mereka sukar
menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas. Hal ini keranan apabila mereka cuba
menulis dan mengeja apa yang difikirkan, mereka tidak dapat pindahkan fikiran mereka
daripada otak kepada tangan. Kadangkala mereka perlu fikir begitu lama susunan huruf
sehingga mereka lupa apa yang mereka sedang cuba menulis. (Sariah Amirin, 2000) Hal ini
juga akan menyebabkan mereka sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau
buku teks serta yang dikatakan atau disebut oleh guru. Mereka akan meninggalkan atau
menyelit perkataan dan juga meninggalkan atau menyelitkan huruf serta selalu terpaksa
menyalin daripada rakan.

Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami kesukaran untuk


memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. (SpeEd, 2007)
Tulisan mereka amat sukar dibaca dan tidak kemas. Mereka akan menulis terbalik, iaitu dari
kanan ke kiri (SpeEd, 2007) dengan bentuk abjad yang tidak jelas dan mereka juga kerap
menggunakan pemadam semasa menulis. Selain itu, mereka lemah atau tidak pandai
menggunakan tanda baca atau huruf besar. Mereka biasanya tidak akan memulakan huruf
besar dipermulaan ayat dan sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah
perkataan. Apabila menulis ayat, terdapat kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan
dalam sebuah ayat: Sayasukabermain. Terdapat juga kanak-kanak yang menjarakkan
perkataan dengan salah: Say asu kaberm ain. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung
menulis perkataan yang pelik-pelik dan keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini
dan sebagainya.

2.2.7 Masalah Matematik dan Nombor


Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak disleksia
juga keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5 – 8, 9 – 6 (Sri Cempaka,
2007) dan 2 – 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu, mereka juga terbalik susunan nombor,
contoh 45 menjadi 54.

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan
matematik mental. (SpeEd, 2007) Mereka keliru atau tidak memahami tanda-tanda dan
simbol-simbol matematik, contohnya: +, - dan =. Selain itu, mereka keliru dengan konsep
masa, waktu dan konsep wang. Mereka sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-
hari dalam seminggu dan bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.

2.3 Punca-punca Disleksia


Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (19960 dan Spaafford dan Grosser (1996)
terdapat tiga punca disleksia. (SpeEd, 2007)

2.3.1 Keturunan atau Genetik


Masalah disleksia boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin
berbeza. (Sri Cempaka, 2007) Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang
mengalami masalah yang sama. Menurut seorang pakar pediatrik neurologi di Hospital
Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Rithauddin bin Mohamed (n.d.), jika dalam kalangan keluarga
tersebut, salah seorang antara adik-beradik yang mempunyai disleksia, maka ibu mempunyai
risiko 40% untuk melahirkan kanak-kanak yang disleksia. Manakala, jika ibu atau bapa yang
mempunyai disleksia, anak yang dilahirkan 25-50% berkemungkinan mempunyai disleksia
juga. Selain itu, kajian telah membuktikan disleksia yang disebabkan oleh kromosom 15, 1
dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991 dan Hammond
dan Hughes, 1996 dalam Sri Cempaka, 2007)

2.3.2 Biologi
Punca biologi bermaksud kesukaran ibu semasa bayi dilahirkan seperti lahir tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa
proses kelahiran. Kesemua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan
perkembangan pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah
disleksia (Hammond dan Hughes, 1996 dalam Sri Cempaka, 2007) Sebahagian daripada
kerosakan otak mungkin menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar. (SpeEd,
2007) Dejerine (1892) telah membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca
daripada kerosakan pada ‘Corpus Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia. (Sri
Cempaka, 2007) Corpus callosum merupakan kumpulan-kumpulan saraf yang
menghubungkan dua hemisfera otak. (Tobin, 2007) Manakala, Visual Cortex merupakan
bahagian belakang otak yang juga dikenali sebagai occipital lobe dan melibatkan penglihatan,
walaupun dilihat jauh daripada kedudukan mata. (Perkins, 2007)

2.3.3 Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sistem
saraf. Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Terdapat
kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam
sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. (Sri Cempaka, 2007). Pada
kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan.
Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secara mendadak
dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. (Sri Cempaka, 2007) Kelewatan
kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. (SpeEd,
2007)

2.4 Statistik Disleksia


Menurut Smythe et al. (2004) dalam bukunya International Book of Dyslexia: A Cross-
Language Comparison and Practice Guide, peratusan kanak-kanak disleksia di Malaysia
hanya 5%. Manakala di Singapura, hanya 3.3% kanak-kanak mempunyai disleksia. Di
tempat-tempat lain di Asia, seperti di Jepun, peratusan juga adalah rendah, iaitu 6%
sahaja. Namun, di negara-negara barat, seperti di USA dan Finland, peratusan adalah tinggi,
iaitu 8.5% dan 10% masing-masing.

Menurut Tjhin Wiguna (Kompas CyberMedia, 2004), disleksia lebih banyak dijumpa pada
kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Katanya, "Dulu memang
ada pendapat yang mengaitkan dengan adanya kekurangan hormon testosteron pada janin
lelaki semasa dalam kandungan. Kekurangan hormon dikaitkan dengan terjadinya gangguan
perkembangan bahagian otak sebelah kiri yang memang diatur oleh hormon ini, yang akan
mengakibatkan disleksia di kemudian hari".

Namun beliau menyambung, bahawa sekarang dalam penelitian epidemiologi yang baru,
nisbah disleksia pada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan adalah seimbang.
Walaupun demikian, di sekolah kanak-kanak lelaki yang mempunyai disleksia lebih mudah
dikesan. Hal ini kerana kanak-kanak lelaki hiperaktif, sukar memberi perhatian dan
mempunyai masalah atau gangguan tingkah laku.

You might also like