You are on page 1of 8

LEMBAGA PENDIDIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN KUCHING
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jenis Soalan : Soalan MEQ


Nama Pengajar : En. Ahmad Faizal Bin Othman
Nama kursus : Diploma Pembantu Perubatan
Kod Kursus : MAAP 1114 (Anatomi & Fisiologi)
Semester : 1
Tahun : 1
Jumlah Soalan : 2

SOALAN 1

1. Sel merupakan unit asas bagi sesuatu organisma. Gabungan sel-


sel akan membentuk tisu yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

A Senaraikan 4 ciri-ciri umum bagi sel


(2 Markah)

B Berikan fungsi setiap organel tesebut

i) Lisozom
ii) Ribosom
iii) Jasad Golgi
iv) Retikulum Endoplasma Licin
(4 Markah)

C Senaraikan 6 jenis tisu epithelium dan berikan ciri-ciri setiap jenis tisu
tersebut
(6 Markah)

D Terangkan proses pembahagian sel pada peringkat profasa awal


profasa tengah, profasa akhir dan peringkat telofasa

(8 Markah)
SKEMA JAWAPAN

1. Sel merupakan unit asas bagi sesuatu organisma. Gabungan sel-


sel akan membentuk tisu yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

A Senaraikan empat (4) ciri-ciri umum bagi sel

1- Irritabiliti
2- Nutrisi
3- Respirasi
4- Ekskresi
5- Perkembangan &Pembiakkan
6- Pergerakan
(2 Markah)

B Berikan fungsi setiap organel tesebut

i) Lisozom:-

- memusnahkan jasad asing/ nikroorganisma


- Atropy pada otot disebabkan kurang penggunaan
- pengurangan saiz buah dada selepas menyusukan bayi
- pengecutan saiz rahim selepas bersalin

ii) Ribosom:-

- tapak sintesis protein

iii) Jasad Golgi:-

- Bertindak sebagai tempat pembungkusan dan penghantaran bagi


sel
- mengubahsuaikan atau memekatkan protein atau ditambah
komponen karbohidrat dan dibungkus sebagai vesikel rembesan

iv) Retikulum Endoplasma Licin:-

- sintesis molekul lipid seperti hormon steroid


- mendetoksifikasi beberapa jenis ubat-ubatan.
- Peranan penting dalam otot rangka & otot jantung

(4 Markah)
C Senaraikan 6 jenis tisu epithelium dan berikan ciri-ciri setiap jenis tisu
tersebut

1- Sel Epithelium Skuamas Ringkas

- Sel yang flat/leper (skuamus) serta nipis dan menyerupai sisik


ikan
- Mengandungi 1 lapisan sel
- Mengandungi sedikit intercellular matrik

2- Sel Epithelium Kubikal Ringkas

- Berbentuk kubus/kiub
- Mempunyai 1 lapisan sel
- Mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding sel skuamas

3- Sel Epithelium Kolumnar Ringkas

- Nukleus berada di bahagian bawah sel berhampiran membran


basal
- 1 lapisan sel
- Sel yang lebih tinggi & lebar

4- Sel Epithelium Kolumnar Pseudostratified (lintap palsu)

- Kelihatan mempunyai beberapa lapisan tetapi tidak iaitu satu


lapisan sahaja
- Sebahagian sel rendah & sebahagian sel tinggi

5- a)- Sel Epithelium Skuamas Berstrata

- lebih tebal
- mempunyai banyak lapisan

b)- Sel Epitelium berstratum berkeratin

- pada permukaan sel adalah flat & sel dah mati


- dalam sel mengandungi protein keratin
6- Sel Epithelium Peralihan

- Jenis tisu yang mempunyai beberapa lapisan


- Tetapi boleh di regangkan dalam ransangan terhadap tekanan

(6 Markah)

D Terangkan proses pembahagian sel pada peringkat profasa awal


profasa tengah, profasa akhir dan peringkat telofasa

Profasa awal

Sentriol sudah bereplikasi & sedang memisah


Setiap kromosom kelihatan sebagai benang halus

Profasa tengah

Sentriol mulai membentuk gentian gelendong


Setiap kromosom sekarang kelihatan terdiri daripada 2 kromatid
yang terikat oleh satu sentromer

Profasa akhir

Sentriol berada di kutub sel yang bertentangan


Pembentukan gelendong telah selesai
Nukleolus & membran nukleus menjadi hilang

Telofasa

Membran nukleus sedang dibentuk


Kromosom menjadi lebih panjang, lurus & halus
Nukleolus muncul semula
Sitokinesis hampir selesai
2 sel anak Terbentuk

(8 Markah)
SOALAN 2

1. Sistem Gasto-Usus adalah sistem yang terlibat dalam pencernaan


makanan untuk digunakan oleh sel-sel tubuh badan manusia

A Senaraikan empat (4) jenis sel yang membentuk kelenjar gastrik

(2 Markah)

B Berikan defini setiap istilah yang diberikan

v) Proses propulsi
vi) Proses Pengakutan
vii) Proses Penyerapan
viii) Proses Penghadaman
(4 Markah)

C Terangkan 3 kaedah mekanisma regulasi rembesan gastrik

i) Fasa cephalik
ii) Fasa Gastrik
iii) Fasa Intestin
(6 Markah)

D Terangkan secara ringkas empat (4) fungsi yang dijalankan oleh hepar

(8 Markah)

SKEMA JAWAPAN

1. Sistem Gasto-Usus adalah sistem yang terlibat dalam pencernaan


makanan untuk digunakan oleh sel-sel tubuh badan manusia

A Senaraikan empat (4) jenis sel yang membentuk kelenjar gastrik

1- Sel mukus
2- Sel parietal
3- Sel chief
4- Sel endokrina
(2 Markah)

B Berikan defini setiap istilah yang diberikan

Proses propulsi :-

ialah pergerakkan makanan dari satu penghujung trak


pencernaan iaitu mulut ke penghujung akhir iaitu anus

Proses Pengakutan:-

Pengangkutan adalah proses dimana molekul-molekul yang


digerak keluar dari trak pencernaan melalui penyerapan
diedarkan ke seluruh tubuh manusia

Proses Penyerapan :-

adalah proses dimana molekul-molekul makanan di gerakkkan


dari trak pencernaan ke dalam sistem sirkulatori atau ke dalam
ruang-ruang ekstrasellular

Proses Penghadaman :-

satu proses perubahan yang mengubahkan juzuk-juzuk kimia


dan fizik bahan-bahan makanan itu untuk menyediakannya bagi
di serap

(4 Markah)

C Terangkan 3 kaedah mekanisma regulasi rembesan gastrik

1. Fasa cephalik –

bermula individu bila mengingat tentang makanan atau melihat,


membau atau rasa. Merangsang otak seterusnya meningkatkan
rembesan jus gastrik, & rembesan hormon gastrin

2. Fasa gastrik –

Makanan hadir dalam perut dan meregangkan perut


merangsang sel pada dinding perut. Ini menyebabkan tindakan
reflek setempat dan merangsang rembesan jus gastrik

3. Fasa intestin –

kehadiran makanan & asid chyme merangsang rembesan


hormon
(6 Markah)

D Terangkan secara ringkas empat (4) fungsi yang dijalankan oleh hepar

1.Rembesan/sekresi

- Hepar menghasilkan dan merembeskan hempedu

2.Sintesis garam hempedu

- garam hempedu adalah terbitan daripada kolesteral yang dihasilkan


dihati
- membantu dalam pencernaan & penyerapan lemak & vitamin larut
lemak

3- Sintesis Protein Plasma


- hepar sintesis albumin, fibrinogen, globulin kecuali imunoglobulin &
faktor pembekuan

4- Penyimpanan

- hepar menyimpan glukosa dalam bentuk glikogen, besi(iron), dan


vitamin A,D12EK

5- Detoksifikasi

- hepar mengubah komposisi kimia kompaun toksik seperti ammonia,


supaya menjadi kurang merbahaya
- Mengubah sebahagian dadah seperti penicillin dan ekresi nya ke
dalam hempedu untuk dikeluarkan dari badan

6- Ekresi

- Hormon, dadah, kolesterol dan pigmen hempedu dari pemusnahan


hemoglobin di ekresi melalui hempedu

7- Metabolisma Karbohidrat
- mengekalkan kandungan glukosa dalam darah.
- mengeluarkan lebihan glikosa dari darah dan menukarkannya kepada
glikogen untuk simpanan.
- menukarkan glikogen kepada glukosa bila diperlukan

8- Metabolisma Lemak

- berfungsi dalam penguraian asid lemak, dalam sintesis kolesterol &


fosfolipid dan menukarkan lebihan karbohidrat & protein kepada
lemak

9- Metabolisma Protein

- menukarkan sebahagian asid amino kepada asid amino yang lain


mengikut keperluan untuk sintesis protein dalam badan

10- Filter

- sel kuffer pada sinusoid , mengeluarkan bakteria, sel darah merah


yang rosak dan partikel yang lain dalam darah

(8 Markah)

You might also like