You are on page 1of 10

PENGENALAN

Sumber hukum ialah sumber pengambilan di dalam menetapkan


sesuatu hukum syarak, sama ada ia berasaskan sumber yang
disepakati oleh ulama mujtahid ataupun sumber yang tidak
disepakati oleh mereka. Sumber hukum dalam perundangan Islam
secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Dalil
Qat’I dan Dalil Zanni.

Dalil Qat’i ialah dalil-dalil yang disepakati oleh ulama. Dalil tersebut
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, Al-Quran, Al-Sunnah,
Ijmak,dan Al-Qiyas. Dalil Zanni ialah dalil-dalil yang tidak disepakati
oleh sebilangan ulama. Contohnya seperti Istihsan, Masalih
Mursalah, Uruf, Istishab dan sebagainya.(Abdul Latif Muda
1997:62)

Istihsan merupakan salah satu daripada sumber hukum


perundangan Islam tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum
yang tidak disepakati. Oleh yang demikian, ulama berselisih
pendapat tentang kehujahan Istihsan, ini kerana terdapat ulama
yang menerima dan juga menolak Istihsan. Antara ulama yang
menerima kehujahan Istihsan ialah ulama Hanafiah, Imam Malik
dan sebahagian ulama Hanbali. Manakala pula, antara ulama yang
menolak kehujahan Istihsan ialah Imam Shafie dam ulama shafi’I
serta sebahagian ulama Hanbali.(Abdul Latif Muda 1997:117)

Ulama yang menerima Istihsan berpendapat bahawa Istihsan


adalah salah satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi
kepentingan awam. Manakala pula, menurut sebahagian ulama
yang menolak kehujahan Istihsan, jika Istihsan dibenarkan ini boleh
membuka jalan ke arah penggunaan akal fikiran tanpa sekatan
yang mana ia terdedah kepada kesilapan dalam menetapkan
hukum. Hal ini kerana hukum akan dibuat berdasarkan nafsu dan
fikiran, sedangkan yang berhak membuat hukum adalah Allah s.w.t.
(Amir Husin Mohd Nor 2002:36)

TAKRIF ISTIHSAN
Istihsan dari segi bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau
sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya
sekalipun dipandang buruk (tidak disukai) oleh orang lain. Istihsan
dari segi istilah pula dapat di bahagi kepada beberapa
pandangan.(Hassan Ahmad 1998:300)

Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua pengertian iaitu :


1) Qiyas yang tersembunyi illahnya kerana halusnya atau jauhnya
dari ingatan hati lagi berlaku didalam keadaan menentang Qiyas
yang jelas illahnya kerana bersegeranya kepada ingatan hati pada
peringkat permulaan.

2) Dikecualikan masalah sempurna daripada konsep menyeluruh


atau kaedah
umum kerana ada dalil khusus yang mengkehendaki pengecualian
itu sama
ada dalil khusus itu terdiri daripada nas atau keadaan yang
memaksa (darurat)
atau uruf atau kepentingan (maslahat) atau lainnya. (Hassan
Ahmad 1998:299)

Menurut Mazhab Maliki Istihsan ialah :

Mengutamakan tinggal sesuatu dalil dan membolehkan


menyalahinya kerana ada dalil lain menentang sebahagian daripada
kehendaknya.(Hassan Ahmad 1998:302)

Menurut Mazhab Hanafi :

Berpaling didalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-


masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus
terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad 1998:303)

Menurut Mazhab Shafie :

Sesuatu perkara yang difikirkan baik oleh mujtahid.(Hassan Ahmad


1998:303)

Para ulamak mentakrifkan Istihsan sebagai beralih dari Qiyas jaliy


kepada Qiyas khafiy atau mengecualikan masalah juz’iyyah dari
asal yang kulliy atau kaedah yang umum berdasarkan kepada dalil
yang menyebabkan peralihan ini. Antara ciri-ciri Istihsan ialah
beralih dari menggunakan Qiyas jaliy kepada menggunakan Qiyas
khafiy berdasarkan dalil tertentu. Selain itu juga,cirri Istihsan ialah
menggunakan sesuatu masalah dari asal atau kaedah yang umum
berdasarkan kepada dalil tertentu.(Amir Husin Mohd Nor 2002:34)

Secara rumusannya Istihsan adalah beralih daripada hukum yang


diistinbatkan melalui Qiyas jaliy kepada hukum yang dikeluarkan
melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah
daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain
yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat
demikian.
SEJARAH PERKEMBANGAN SUMBER ISTIHSAN
Sebelum Abu Hanifah menggunakan istilah istihsan, ulama-ulama
sebelumnya telah menggunakan istilah ini. Iyas ibn Mu’awiyah
seorang hakim dalam pemerintahan Umaiyah pernah berkata:

“tidaklah saya menemukan qadhi, melainkan apa yang dipandang


baik manusia”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Sesudah Abu Hanifah menjadi seorang mujtahid dan ahli falsafah


dalam bidang hukum, istilah istihsan sering digunakan sehingga
penggunaannya hampir sama dengan qiyas. Umpamanya Abu
Hanifah berkata:

“qiyas memutuskan begini, sedang istihsan memutuskan begitu.


Kami mengambil istihsan. Qiyas memutuskan begini, akan tetapi
kami beristisan, andaikata tidak ada riwayat tentulah saya
menggunakan qiyas. Kami menetapkan demikian dengan jalan
istihsan, tidak bersesuaian dengan qiyas”.(Dr Abdul Wahhab
Khallaf,1984)

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang ahli hukum yang amat
pandai menggunakan sumber istihsan dan banyak merujuk
masalah-masalah berdasarkan sumber istihsan. Imam Abu Hanifah
hampir-hampir digelar ‘imam Istihsan’ sebagaimana beliau digelar
imam ahlul ra’yi.

Muhammad Ibnul Hasan, salah seorang murid Imam Abu Hanifah


telah berkata:

“adalah Abu Hanifah telah berdiskusi dengan sahabat-sahabatnya


tentang qiyas. Mereka dapat membantahnya. Tetapi apabila Abu
Hanifah mengatakan: saya beristihsan, tidak ada lagi orang yang
menandinginya kerana banyak dalil-dalil yang dikemukakan tentang
istihsan dalam pelbagai masalah”.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984)

Kemudian murid-muridnya yang mencapai darjat ijtihad mengikut


jejak Abu Hanifah. Maka telah timbul banyak masalah berdasarkan
istihsan sehingga mereka memberi pengertian bahawa istihsan itu
merupakan satu dalil hukum dan para mujtahid harus
mengetahuinya. Muhammad Ibnul Hasan berpendapat bahawa
mengetahui masalah-masalah istihsan adalah syarat untuk
berijtihad.

Muhammad Ibnul Hasan berkata:


“mengetahui masalah-masalah istihsan menurut para fuqaha adalah
salah satu syarat ijtihad, sama dengan mengetahui dalil-dalil yang
lain”.

Imam Abu Hanifah sendiri berkata:


“barang siapa mengetahui Al-kitab dan As-sunnah, pendapat para
sahabat Rasulullah dan apa yang diistihsankan oleh para para
fuqaha, dapatlah dia berijtihad terhadap hal-hal yang dihadapinya
dan dia menjalankan yang demikian itu terhadap solatnya,
puasanya, hajinya dan segala yang disuruh dan yang dilarang.
Maka apabila dia berijtihad dan berqiyas kepada yang
menyerupainya dapatlah dia beramal dengan yang demikian
walaupun dia salah dalam ijtihadnya”.(Dr Abdul Wahhab
Khallaf,1984)

Abu Hanifah sendiri tidak menegaskan definisi istihsan itu, dari


pendapatnya, istihsan digunakan sebagai dalil-dalil hukum yang
digunakan untuk menentang qiyas dan menguatkan istihsan itu bila
ia bertentangan dengan qiyas. Maksud istihsan adalah tidak terang,
terkecuali pada beberapa masalah yang merupakan hadis atau
athar.

Beliau sering berkata:


“Andaikata tidak ada athar, tentulah saya berpegang pada qiyas.
Andaikata tidak ada riwayat, tentulah saya berpegang pada qiyas.”

Tidak boleh dikatakan bahawa Abu Hanifah, Malik, dan sahabat-


sahabat beristihsan tanpa menggunakan dalil-dalil yang syarak,
tetapi sebenarnya mereka tidak menerangkan dalil-dalil yang telah
mereka maksudkan, dan yang sebenarnya mereka kehendaki
dengan pendapat itu. Hal ini tidaklah begitu menghairankan, kerana
masa itu belum lagi terjadi masa pentakrifan istilah-istilah baru.
Masa itu adalah masa ijtihad dan mereka itu diakui oleh masyarakat
sebagai ahli-ahli ijtihad. Imam Syafie menyerang dengan amat
tajam bila beliau mendengar pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah
menggunakan istihsan ketika berdiskusi dengan beliau tanpa
menerangkan maksud istilah itu.

Mungkin pendebat-pendebat Imam Abu Hanifah menggunakan


istilah istihsan tanpa mengetahui sesuatu dalil kerana mereka
bertaklid kepada imam-imam mereka. Apabila Imam Syafie
bertanya kepada mereka tentang hakikat istihsan, mereka tidak
dapat menjawabnya. Imam Syafie membantah orang-orang yang
sering menggunakan kata-kata ijmak untuk dijadikan dalil mereka
tanpa mereka menyebut dasar pegangan mereka itu. Pendapat-
pendapat Imam Syafie, baik dalam Ar Risalah mahupun Al Umm
tegas mengatakan bahawa istihsan tanpa dalil tidak dapat diterima
bahkan haram dilakukan.

Dalam Ar Risalah Imam Syafie berkata:


“sesungguhnya haram atas seseorang menetapkan sesuatu dengan
jalan istihsan, apabila istihsan itu menyalahi hadis. Dan tidak boleh
lagi seseorang mengatakan: ‘saya beristihsan tidak menggunakan
qiyas’. Andaikata kita boleh mengenepikan qiyas, bolehlah bagi ahli-
ahli akal dari orang yang tidak mempunyai ilmu mengatakan
sesuatu yang tidak ada hadis terhadapnya dengan menggunakan
dasar istihsan. Istihsan itu sebenarnya hanya mencari enak sahaja”
.(Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984).

Dalam kitab Ibtal al-Istihsan, Imam Syafie menerangkan dalil-dalil


yang menegaskan bahawa para mufti tidak boleh berfatwa dengan
istihsan, kerana kalu berfatwa dengan istihsan bererti dia telah
menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah, al-ijmak dan qiyas. Dan
bererti dia mengikuti pendapatnya sendiri.

Dalam masalah ini Daud Ibn Ali menyetujui pendapat Imam Syafie,
sebagaimana ulama -ulama Hanbaliyah menyetujui fahaman Imam
Abu Hanifah dan Imam Malik.

Dalam kitab Risalah Al Usul, Daud menegaskan:

“Sesungguhnya menetapkan sesuatu dengan qiyas tidak wajib, dan


menggunakan istihsan tidak boleh”.

Shafiyuddin Al Baghdadi dalam kitabnya Qawa’idal Usul dan Ibnu


Qadamah Al Maqdisi dalam kitabnya Raudhatun Nazhir menyatakan
bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal bersetuju dengan pandangan
Imam Abu Hanifah dalam masalah ini.

Demikianlah perkembangan dalam fasa pertama tentang kedudukan


istihsan. Satu pihak menggunakan istihsan untuk sesuatu hukum
yang mereka kehendaki walaupun mereka belum dapat
menernagkan hakikat sebenar istihsan dan satu pihak yang lain
menolak dari menggunakan istihsan dengan alasan bahawa istihsan
adalah menurut fikiran semata-mata.

Sesudah masa membuat dalil bagi dasar-dasar yang digunakan


selepas zaman Imam Syafie, barulah tokoh-tokoh fiqh mazhab
Hanafi membuat pentakrifan istihsan dan menerangkan hakikat
yang sebenarnya yang mereka ungkapkan dari cabang-cabang
hukum yang dinukilkan daripada imam. Namun demikian,
pentakrifan yang telah dibuat masih tidak dapat melepaskan
istihsan dari arena perselisihan.
CONTOH ISTIHSAN ULAMAK HANAFI
Antara contoh penggunaan istihsan menurut ulamak Hanafiah
terbahagi kepada dua iaitu:

1) Istihsan yang dalilnya qiyas khafiy


2) Istihsan yang pemgecualian dalilnya adalah maslahah

Istihsan Yang Dalilnya Qiyas Khafiy.

Contohnya adalah seperti berikut :

i Wanita berhaid harus membaca Al-Quran berdasarkan istihsan dan


haram berdasarkan al-Qiyas. Pengharamannya berdasarkan kepada
al-Qiyas, kerana ianya di qiyaskan dengan orang yang berjima’
yang mana Illah ( sebabnya) sama iaitu kedua-duanya sama dalam
keadaan tidak suci dan diharamkan membaca al-Quran.
Walaubagaimanapun, hukumnya adalah harus bagi seorang
perempuan yang dalam keadaan haid untuk membaca Al-Quran
berdasarkan istihsan. Ini kerana haid dan berjima’ tidak sama dari
sudut waktu. Masa haid lama manakala masa berjima’ adalah
sekejap. Oleh itu wanita yang dalam keadaan haid diharuskan
membaca Al-Quran, jika tidak beerti dalam tempoh haid yang lama
itu ia tidak dapat beibadat dengan membaca Al-Quran, sedangkan
lelaki dapat membacanya sepanjang masa.

ii Menurut ulama’ Hanafiah dan menurut al-Qiyas terang ( jaliy ),


sisa burung helang adalah najis dan haram, kerana ia diqiyaskan
dengan sisa binatang buas yang lain, seperti harimau dan serigala.
Berdasarkan dagingnya haram dimakan. Menurut Istihsan pula, sisa
burung helang dan burung penyambar yang lain tidak najis, kerana
binatang tersebut makan dan minum menggunakan paruh dan ia
adalah suci apabila diqiyaskan dengan mulut manusia yang bersih.
Oleh itu, walaupun dagingnya haram dimakan tetapi air liur yang
keluar daripada dagingnya tidak bercampur dengan sisa makanan
yang dimakannya kerana ia minum dengan menggunakan paruh
bukan lidah.Walaubagaimanapun, sisa binatang buas tetap haram
menurut istihsan dan al-Qiyas kerana ia minum dengan
menggunakan lidah yang bercampur dengan air liur yang najis.

Istihsan Yang Pengecualian Dalilnya Adalah Maslahah.

Contohnya adalah seperti berikut :

i Hukum syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap


barangan yang tidak ada waktu akad. Berdasarkan Istihsan, harus
akad pada jual beli saham, sewa menyewa, upah mengupah atau
membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang
tiada pada waktu akad. Hujah dan alasan penggunaan istihsan
adalah kerana manusia memerlukan dan sudah menjadi kebiasaan
mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.

ii Ulamak menetapkan orang bodoh ( safih ) tidak sah tasarruf atau


tabarrru’ yang berkaitan dengan harta milik mereka. Namun begitu,
istihsan mengharuskan dan mengecualikan mereka tasarruf dengan
mewakafkan harta untuk diri mereka sewaktu mereka hidup.
Penggunaan Istihsan ialah atas dasar menjaga harta mereka
daripada habis dan dibelanjakan dengan sia-sia. ( Abdul Latif Muda
: 1997 )

BAHAGIAN-BAHAGIAN ISTIHSAN.
Istihsan Dengan Nas

Istihsan dengan nas bermaksud perkara pada setiap masalah yang


menunjukkan hukum yang bertentangan dan berbeza dengan
kaedah yang ditetapkan yang mempunyai nas daripada Allah
SWT.(Abdul Latif Muda,1997)

Dengan kata lain, istihsan ialah suatu nas khusus yang khusus
daripada Allah SWT tentang juzuk tertentu hingga hukumnya
bertentangan atau berbeza daripada hukum asal walaupun pada
masalah yang sama yang sabit dan ianya menjadi kaedah
umum.(Nota kuliah,2009).

Contohnya Puasa tidak batal apabila makan secara tidak sengaja


disebabkan lupa. Menurut kaedah umum dan al-Qiyas, puasa
seseorang batal kerana ia tidak menahan diri daripada memasukkan
sesuatu ke dalam rongga badan. Namun hukum itu dikecualikan
daripada kaedah umum berdasarkan hadis Baginda saw :

‫ﻣﻦ اﻛﻞ او ﺷﺮب ﻧﺎﺳﯿﺎ ﻓﻼ ﯾﻔﻄﺮ ﻓﺎﻧﻤﺎ ھﻮ رزق رزﻗﺎ ﷲ‬

Terjemahan:

Barang siapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa lalu ia makan atau minum,
maka hendaklah ia menyempunakan puasanya. Sesungguhnya Allah memberi
makan dan minum kepadanya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud dan Ibnu
Majah)
Contoh lain adalah jual beli salam. Rasulullah saw melarang jual beli yang
tidak ada di tempat ketika akad (Abdul Wahhab Khalaf, 1984). Dalil nasnya :

‫ﻣﻦ اﺳﻠﻒ ﻣﻨﻜﻢ ﻓﻠﯿﺴﻠﻒ ﻓﻲ ﻛﯿﻞ ﻣﻌﻠﻮم ووزن ﻣﻌﻠﻮم اﻟﻰ اﺟﻞ ﻣﻌﻠﻮم‬
(Nota Kuliah, 2009)
Istihsan Dengan Ijmak

Istihsan dengan ijmak ialah suatu peralihan daripada hukum pada


satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada
hukum yang diistinbat melalui ijmak. Ia terhasil setelah ulama’
mujtahid berfatwa tentang sesuatu masalah yang berlawanan
dengan kaedah umum mengenai masalah yang serupa
dengannya.(Abdul Latif Muda, 1984)

Dalam keadaan lain, para mujtahid berdiam diri dan tidak


mengingkarkan apa yang dilakukan oleh masyarakat, yang mana ia
bertentangan dengan kaedah umum yang ditetapkan. Sebagai
contoh, tidak sah jual salam jika diqiyaskan kepada akad jual beli,
kerana benda yang diakadkan belim wujud ketika akad. Oleh
kerana jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat , maka
ulama’ mengira baik dan harus. Contoh lain adalah bayaran
menggunakan bilik air dan al-istisna’.( Nota kuliah,2009)

Istihsan Berdasarkan Uruf


Hal tersebut berlaku pada masalah yang menjadi
amalan dan kebiasaan masyarakat dan ia
bertentangan dengan kaedah umum.Contohnya,
menurut fiqh mazhab Hanafi,antara prinsip umum
harta wakaf hendaklah berkekalan.Berdasarkan
prinsip ini,maka tidak harus mewakafkan harta yang
mudah dipindahkan kerana ia menunjukkan tidak
berkekalan.Sebaliknya,Imam Muhammad bin Hassan
dari mazhab Hanafi mengharuskan wakaf sama ada
harta yang mudah dipindahkan kerana ia menjadi
kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya
seperti buku-buku.Ia dibolehkan atas dasar istihsan
yang menyalahi prinsip umum dan pegangan Imam
Abu Hanafiah sendiri.(Abd. Latif Muda&Rosmawati
Ali@Mat Zin 1997:123)
Istihsan Berdasarkan Maslahah
Antara contoh penggunaan istihsan ini ialah mengikut prinsip
umum,tidak harus diberikan zakat kepada Bani Hasyim.Tetapi
sebaliknya Abu Hanifah mengharuskan memberi zakat kepada
mereka dizaman beliau berdasarkan istihsan.Iaitu untuk menjaga
kepentingan mereka daripada diabaikan. (Abd. Latif
Muda,Rosmawati Ali@Mat Zin 1997:124)
Istihsan Berdasarkan Darurat
Antara contoh permasalahan:Membersihkan perigi
bernajis.Mengikut kaedah umum atau al-Qiyas,perigi tersebut tidak
akan bersih walaupun ditimba sebahagian atau semua air
dalamnya.Hal tersebut kerana,menimba sebahagian
air di dalamnya tidak memberi kesan atau tidak menyebabkan baki
air yang ada itu bersih.Begitu juga jika ditimba semua air pun tidak
akan membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi
tersebut.Justeru itu,air dalam perigi tersebut diharamkan bersih
atau tidak akan bersih walaupun ditimba semua air bernajis.Oleh itu
diharuskan mengambil air dari perigi tersebut kerana darurat dan
diperlukan.(Abd. Latif Muda,Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:123)
Istihsan Berdasarkan Qiyas al-Khafiyy
Keadaan ini berlaku terhadap masalah yang mana bercamtum di
antara dua qiyas.Di mana salah satu jelas illahnya dan satu lagi
tidak jelas illahnya.Istihsan jenis ini ialah dengan mengeluarkan
hukum berasaskan qiyas yang tidak nyata.(Abd. Latif
Muda,Rosmawati Ali @Mat Zin 1997:123)
PENUTUP
Apabila dikaji dan diteliti pengertian yang diberikan oleh ulamak Hanafi dan
Imam Malik, penggunaan Istihsan menurut pendapat mereka bukanlah
berdasarkan akal dan nafsu semata akan tetapi masig berdasarkan dalil-dalil
syarak juga.

Apabila diteliti pengertian istihsan menurut Imam Syafie pula adalah


berlainan dengan pengertian yang diberikan oleh ulamak Hanafi dan Imam
Malik. Dimana Imam Syafie menggambarkan penggunaan istihsan dengan
berpandukan akal semata-mata, tanpa dalil syarak, oleh sebab itula beliau
menolak berhujah dengannya.

Disini dapat dirumuskan bahawa perselisihan di antara ulamak mujtahid dan


imam mazhab tersebut mengenai kehujahan istihsan merupakan perselisihan
dari segi lafaz sahaja. Hal ini terjadi disebabkan tidak sama pengertian yang
diberikan. Sebenarnya antara mereka tiada perselisihan, kerana matlamat
mereka adalah satu iaitu membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan
membawa kebenaran serta berhati-hati dan teliti dalam mengeluarkan
hukum. ( Abdul Latif Muda : 1997 )
RUJUKAN
Abdul Karim Zaidan.2006..‫اﻟﻮﺟﯿﺰ ﻓﻲ اﺻﻮل اﻟﻔﻘﮫ‬Labenon:Resalah Public.
Abd.Latif Muda,Rosmawati Ali@Mat Zin.1997.Pengantar Usul Fiqh.Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.
Abdul Wahhab Khallaf.1984.Sumber-sumber hukum islam.Bandung Risalah.
Amir Husin Mohd Nor. 2002.Falsafah Perundangan Islam.Mahzum Book
Services.
Hj Hassan bin Hj Ahmad.1998.Usul Fiqh.Hamid Bhd.
Mohd Nasran Mohamad,Anwar Fakhri Omar,Mohd Zamri Muda,Mohammad
Zaini Yahaya.2001. Metodologi Fiqh.Bangi:Universiti Kebangsaan.
Nota Kuliah.2009.
DISEDIAKAN OLEH:

ASIBAH BINTI RAMLI


MARIANA BINTI ABDUL RAHMAN
NORAINI BINTI TAPSIR
NOR RAFIEZAH BINTI MD. REJAB
SITI FAZILAH BINTI MAT SAHRI
SITI NORHASNIDA BINTI SAMSUDDIN
SITI HAWA BINTI MOHAMED KUMARI
YATIMI BINTI YUSOF

You might also like