You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK BANDAR MAHARANI
Pejabat Pendidikan Daerah Muar  : 06-9522435
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Fax : 06-9522435
JKR 999 Jalan Arab, 84000 Muar E-mail : jba5004@moe.edu.my
Johor Darul Takzim. skbmaharani@gmail.com

“SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI”

Ruj. Kami : JBA5004.100-19/8/7( )


Tarikh : 3 Ogos 2019

Pengarah Urusan,
Precision Digital Sdn Bhd (Hooray)

Tuan,

MOHON SUMBANGAN GEL CUCIAN TANGAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN
KALI KE-62 PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Bandar Maharani, Muar akan mengadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan
Kebangsaan kali ke-62 seperti berikut :

Tarikh : 15 September 2019


Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SK Bandar Maharani

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan gel cucian tangan sebanyak 615 botol
mengikut bilangan murid dan guru.

4. Bersama ini disertakan kertas kerja Sambutan Bulan Kebangsaan SK Bandar Maharani untuk rujukan
pihak tuan. Segala kerjasama dan sumbangan pihak tuan, kami ucapkan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
(SITI NUR FATIMAH BINTI ABD RAHMAN)
Penyelaras 3k,
SK Bandar Maharani, Muar

You might also like