You are on page 1of 8

PANITIA SAINS ZON KUKUP

PROGRAM LATINDA SAINS (LATIHAN MINDA)

TEMA : SAINS BAHAN

TAHUN : 6

TOPIK : BAHAN BUANGAN

SOALAN

1. Apakah maksud bahan buangan ?


2. Bahan buangan boleh dikategorikan mengikut jenis. Sebutkan jenis-jenisnya.
3. Senaraikan bahan buangan yang temasuk dalam kategori sisa toksik
4. Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan ?
5. Apakah maksud bahan buangan tidak terbiodegredasikan ?
6. Apakah kesan buruk jika bahan buangan tidak terbioderadasikan tidak diurus
dengan terancang ?
7. Berikan 5 amalan yang baik supaya keindahan alam sekitar tidak tercemar
8. Terangkan secaara ringkas bagaimana pengurusan bahan buangan secara
terancang?
9. Berikan 4 bahan buangan yang boleh dikitar semula
10. Nyatakan maksud 3R

JAWAPAN

1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan
2. a Plastik
b Logam
c Kaca
d Kertas
e Sisa makanan
f Bahan kumuh dan tinja
g Sisa toksik
3. a Cecair kimia
b Bahan buangan industri
c Sisa pertanian
d Botol aerosol
e Cecair pembasmi makhluk perosak
f Cecair bateri
g asap kenderaan

4. Bahan buangan terbiodegradasikan ialah bahan buangan yang boleh direputkan


oleh mikroorganisma

5. Bahan buangan tidak terbiodegradasikan ialah bahan buangan yang tidak boleh
direputkan oleh mikroorganisma

6. a Pencemaran
b Masalah kesihatan
c Banjir
d Pembaziran tenaga

7. a Bahan buangan dibungkus dan diikat dengan kemas


b Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis
c Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan sisa
minyak
d Bahan buangan sisa makanan boleh direputkan dan dijadikan baja
kompos.
e Amalan 3R

8.
2. Bahan buangan 1. Bahan buangan
akan dikutip dan diasing ikut jenis.
dihantar ke pusat Boleh di kitar semula
pengumpulan dan tak boleh dikitar
sampah semula

3. Bahan yang boleh di


kitar semula hantar
ke kilang
pemprosesan. Jadi
barangan baru
4. Sisa dihantar ke 5. Bahan yang tidak
tapak pelupusan boleh di kitar semula
sampah untuk dibakar dalam
dilupuskan incinerator bersuhu
tinggi

9. a Bahan buangan kertas


b Bahan buangan plastik
c Bahan buangan logam
d Bahan buangan kaca

10. R- Recycle (kitar semula)


R- Reuse (guna semula)
R- Reduce (kurangkan)

PANITIA SAINS ZON KUKUP

PROGRAM LATINDA SAINS (LATIHAN MINDA)

TEMA : BUMI DAN ANGKASA

TAHUN : 6

TOPIK : GERHANA

1. Susunan Matahari, Bumi dan Bulan dalam satu garis lurus menyebabkan
fenomena __________________?

2. Susunan Matahari, Bulan dan Bumi dalam satu garis lurus menyebabkan
fenomena __________________?
3. Kawasan gelap penuh dalam fenomena gerhana juga dikenali sebagai
___________?

4. Kawasan gelap separa dalam fenomena gerhana juga dikenali sebagai


___________?

5. Mengapakah Gerhana Bulan hanya berlaku semasa fasa bulan purnama?

6. Mengapakah Gerhana Matahari hanya berlaku semasa fasa Anak Bulan?

7. Apakah sifat cahaya yang menyebabkan fenomena gerhana?

8. Berapa lamakah tempoh Gerhana Matahari penuh berlaku?

9. Mengapa Bulan tidak kelihatan gelap semasa gerhana Bulan penuh berlaku
tetapi berwarna keperang-perangan ?
10. Mengapakah tempoh kejadian gerhana Bulan adalah lebih lama daripada
gerhana Mathari?

Jawapan
1. Gerhana Bulan
2. Gerhana Matahari
3. Umbra
4. Penumbra
5. Bumi akan berada diantara Matahari dan Bulan semasa Bulan Purnama berlaku
6. Bulan berada di antara Matahari dan Bumi semasa fasa Anak Bulan berlaku
7. Cahaya bergerak lurus dan tidak dapat menembusi objek legap
8. Beberapa saat sehingga beberapa minit
9. Ini adalah kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari
melalui atmosfera Bumi.
10. Kerana bayang-banyang Bumi lebih besar semasa gerhana Bulan berbanding
bayang-bayang bulan yang kecil semasa gerhana Matahari

PANITIA SAINS ZON KUKUP

PROGRAM LATINDA SAINS (LATIHAN MINDA)

TEMA : BUMI DAN ANGKASA

TAHUN : 6

TOPIK : BURUJ

SOALAN

1. Nyatakan maksud buruj

2. Sebutkan empat buruj yang telah dipelajari

3. Nyatakan bentuk Buruj Biduk, Buruj Pari, Buruj Belantik dan Buruj Skorpio

4. Nyatakan bilangan bintang yang terdapat pada Buruj Biduk dan Buruj Pari.

5. Apakah kegunaan buruj?

6. Apakah arah yang ditunjukkan oleh Buruj Biduk dan Buruj Pari
7. Mengapakah buruj yang dilihat pada jam 10 malam berbeza dengan buruj yang

dilihat pada pukul 4 pagi?

8. Buruj apakah yang boleh dilihat antara bulan Disember hingga Februari?

9. Buruj manakah boleh dilihat diantara kedua-dua hemisfera utara dan hemisfera

selatan?

10. Namakan buruj yang paling kecil dan mempunyai gugusan empat bintang

JAWAPAN

1. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit
pada waktu malam
2. Buruj Belantik, Buruj Biduk, Buruj Pari dan Buruj Skorpio
3. Buruj Biduk – bentuk gayung atau senduk dengan tangkainya
Buruj Pari – bentuk seperti laying-layang
Buruj Belantik – bentuk pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung
sebilah pedang
Buruj Skorpio – bentuk kala jengking
4. Buruj Biduk – gugusan tujuh bintang
Buruj Pari – gugusan empat bintang
5. Digunakan sebagai petunjuk arah dan petunjuk musiam
6. Buruj Biduk – arah utara, Buruj Pari – arah selatan
7. Kerana Bumi berputar pada paksinya
8. Buruj Belantik
9. Buruj Belantik
10. Buruj Pari

PANITIA SAINS ZON KUKUP

PROGRAM LATINDA SAINS (LATIHAN MINDA)

TEMA : TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI

TAHUN : 6

TOPIK : MESIN

SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?

2. Berikan jenis-jenis mesin ringkas

3. Apakah fungsi satah condong, skru, tuas, takal, roda dan gandar, baji , gear

4. Berikan 1 contoh alatan yang menggunakan prinsip mesin ringkas

5. Apakah maksud mesin kompleks?

6. Mengapa gunting dikategorikan sebagai mesin kompleks?


7. Apakah ciri-ciri mesin yang lestari?

8. Adakah penciptaan mesin lestari penting kepada manusia? Mengapa ?

JAWAPAN

1. Mesin ringkas ialah sebarang alat yang membolehkan kita melakukan kerja
dengan lebih mudah dan cepat

2. Satah condong, skru, tuas, takal, roda dan gandar, baji , gear

3. Satah condong – menggerakkan beban dari aras rendah ke aras lebih tinggi

Skru – Mencantumkan dua objek

Tuas – membolehkan beban yang berat digerakkan

Takal – Mengangkat dan menurunkan beban yang berat dengan lebih mudah

Roda dan gandar – memudahkan untuk memutar dan menggerakkan objek

Baji – menyekat sesuatu objek atau memisahkan dua objek

Gear – mengubat arah dan kelajuan pergerakan objek

4. Jarum – Baji

(terima juga jawapan yang betul selain di atas)

5. Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas

6. Kerana gunting terdiri daripada 3 mesin ringkas iaitu baji, tuas, skru

7. Tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan, mesra alam sekitar, mudah
digunakan selamat digunakan

8. Ya kerana mesin yang lestari dapat membantu memudahkan urusan kerja


seharian manusia

You might also like