You are on page 1of 7

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Pohon meranti tiga sebatang,


Ditebang orang tiga pemuka
Tuan dinanti sudahlah datang
Salam sembah pembuka bicara

Selamat pagi, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam menjulang
Sarawak diucapkan kepada Yang Berusaha En Kamal Bin Bujang, Tuan
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan, Yang dihormati En Allim Ak
Matung, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Pridan, Pn. Hellan Anak Ramong, Penolong Kanan 1, Pn. Norfazrini binti
Dinen, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ketua Kampung-ketua
kampung, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, para guru dan
staf sokongan, ibu bapa, rakan-rakan serta para hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan
Pridan bagi Tahun 2018.

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada hadirin
yang hadir bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Segala
sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan pastinya menjadi
penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai kejayaan di masa-masa
akan dating. Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah bagi
menghargai pencapaian murid-murid yang berjaya di dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum. Majlis ini juga diadakan bagi memberi
penghargaan kepada murid Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan
persekolahan peringkat sekolah rendah dengan jayanya.

 (Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku)


Hadirin hadirat yang dikasihi, Majlis akan dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Dijemput hadirin berdiri dan
menyanyikan lagu bersama-sama.

*semua hadirin dijemput duduk.

 (Bacaan Doa)

Bagi memberkati majlis, dijemput saudari Lorena Claudia Anak Felix


untuk bacaan doa. Majlis mempersilakan.
*Terima kasih diucapkan kepada saudari Lorena Claudia Anak Felix.

 (Ucapan Aluan)

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Kamal Bin


Bujang, guru besar Sekolah Kebangsaan Pridan, untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*terima kasih diucapakn kepada En. Kamal Bin Bujang

 (Ucapan Perasmian)

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada En. Allim Ak


Matung, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Pridan. Dipersilakan

*Dengan itu, maka rasmilah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan


Sekolah Kebangsaan Pridan Tahun 20187.

 (Persembahan Pembukaan TAHUN 4)


Majlis kita dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan
kebudayaan Sekolah Kebangsaan Pridan dengan tarian ‘Bilangi’.
Dipersilakan.

*begitulah tadi persembahan daripada kumpulan kebudayaan Sekolah


Kebangsaan Pridan.

Sesi Penyampaian Sijil

Tirai dibuka penuh makna


Hadiah dan piala semangat waja
Menggapai impian menuju kecemerlangan

Sekolah bukannya hanya sebagai tempat untuk menimba ilmu. Tetapi


juga sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan membentuk nilai
kepimpinan dalam diri murid-murid. Oleh itu, Majlis ingin merakamkan
penghargaan kepada semua pengawas sekolah di atas kepimpinan yang
telah ditunjukkan.

Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha En. Kamal


Bin Bujang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan, untuk
menyampaikan sijil kepada penerima.

 (Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah ko-kurikulum.


 (Sijil Penghargaan Mewakili Zon)
 (Sijil Penghargaan Mewakili Bahagian)
 (Sijil Penghargaan Mewakili Negeri)
 (Sijil Penghargaan Mewakili Kebangsaan)
 Anugerah Kokurikulum Prasekolah
*Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Kamal Bin Bujang,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan kerana sudi menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

 (Persembahan Pra-sekolah dan tahun 1)

Hadirin sekalian, majlis berehat seketika dan diserikan dengan


persembahan Pra-sekolah dan diikuti dengan persembahan daripada
kumpulan indang Tahun 1. Dipersilakan.

*begitulah tadi persembahan daripada adik-adik Pra-sekolah dan tahun 1,


Sekolah Kebangsaan Pridan.

Sesi Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum

Majlis kita pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi
kategori kedudukan murid mengikut kelas.

Untuk kategori ini kedudukan murid ditentukan berdasarkan pencapaian


murid di dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan segala hormatnya,


menjemput Yang Berusaha En. Allim Anak Matung, Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Pridan, untuk
menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima. Dipersilakan.

 (Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas)


 (murid cemerlang mata pelajaran)
 (peningkatan kurikulum)
 Murid harapan (pemulihan)
 (Anugerah NILAM 2018)
 Tokoh nilam sk pridan 2018
* Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En.
Allim Anak Matung, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Pridan, di atas kesudian beliau untuk
menyampaikan hadiah kepada penerima.

 (Persembahan tahun 2 dan 3)

Bagi memeriahkan lagi majlis, dengan ini dipersilakan kumpulan tarian


dari TAHUN 2 seterusnya pemantun-pemantun hebat dari TAHUN 3
dengan persembahan mereka. Dipersilakan..

*demikianlah tadi persembahan dari bakat-bakat cilik sk pridan. Untuk


pengetahuan hadirin persembahan-persembahan pada hari telah dilatih
dan dikendalikan oleh guru kelas masing-masing dan dibantu murid-
murid tahun 6.

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Hellan Anak Ramong, Penolong


Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Pridan, untuk menyampaikan hadiah
kepada penerima. Dipersilakan.

 (Anugerah Kedudukan Terbaik PraSekolah 6 Tahun)


 (Anugerah Kedudukan Terbaik PraSekolah 5 Tahun)
 (Anugerah Peningkatan Dalam Pelajaran PraSekolah 6 Tahun)
 (Anugerah Peningkatan Dalam Pelajaran PraSekolah 5 Tahun)
 Anugerah pelajar terbaik prasekolah

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hellan Anak


Ramong, Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Pridan, di atas
kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.

Sesi penyampaian HEM/Sijil Berhenti Sekolah


Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Hal Ehwal Murid dan
Sijil Berhenti Sekolah. Dengan segala hormatnya menjemput
(KK)………………………………………………………………………
… bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada peserta. Dipersilakan.

 Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun (Tahun 6 - PraSekolah)


 Sijil Berhenti PraSekolah
 Fail Tahun 6

*terima kasih diucapkan kepada


……………………………………………………………………

Majlis diteruskan dengan sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha En.


Kamal Bin Bujang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan bagi
menyampaikan sijil dan Anugerah Khas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

 (Anugerah Tokoh Murid)


*tahniah diucapkan. Semoga adik………………. dapat dijadikan suri
teladan kepada murid-murid yang lain. Semoga akhlak yang baik terus
diterapkan dalam diri murid-murid dan saya sentiasa mengingatkan diri
saya sendiri dan menyeru hadirin supaya kita sentiasa bercakap yang
baik-baik, berbuat yang baik-baik. Semoga yang baik-baik jua yang akan
datang pada kita.

 Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat


Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Sebagai tanda ingatan, majlis juga ingin merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada Yang diPertua PIBG, Encik Allim Anak Matung atas
kerjasama dan sumbangan beliau untuk PIBG Sekolah Kebangsaan
Pridan. Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Tuan Guru Besar,
Encik Kamal Bin Bujang untuk menyampaikan sedikit cenderamata
sebagai tanda terima kasih dengan sumbangan yang beliau taburkan.

*terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Kamal Bin Bujang,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pridan di atas kesudian untuk
menyampaikan sijil dan hadiah serta cenderahati sebentar tadi.

 (Persembahan Tahun 5 dan 6)

Sebelum menamatkan majlis, kita mempersilakan murid Tahun 5 dengan


persembahan tarian mereka diikuti persembahan murid tahun 6 dengan
nyanyian lagu yang bertajuk “Memori Tercipta”. Dipersilakan.
*terima kasih atas persembahan itu tadi.

Dengan berakhirnya persembahan Tahun 6 itu tadi, maka Majlis


Anugerah Kecemerlangan bagi Tahun 2018 melabuhkan tirainya. Kami
bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih di atas segala kerjasama dan keperihatinan yang diberikan. Untuk
itu, kami akhiri majlis dengan satu rangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehla kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
makanan juga disediakan dalam bentuk ‘Packed Food’. Dipersilakan.

You might also like