You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI

SEBUNGAN,
SEBAUH, SARAWAK

MINGGU STFE
(UNIT SAINS&TEKNOLOGI DAN
UNIT FIZIKAL&ESTETIKA)

21 HINGGA 25 OKTOBER 2019


1. PENGENALAN

Unit Sains & Teknologi dan Fizikal& Estetika merupakan salah satu unit yang
diwujudkan di bawah pengurusan panitia mata pelajaran. Unit Sains& Teknologi
terdiri dari Panitia Sains, Panitia Matematik dan Panitia Rekabentuk dan Teknologi.
Manakala Unit Fizikal & Estetika pula ialah gabungan Panitia Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Walaupun
ianya digabungkan, fungsinya dalam panitia masing-masing adalah masih kekal
sejajar dengan tujuan pengwujudan panitia di sekolah. Salah satu aktiviti tahunan
yang dilaksanakan oleh unit ini ialah Minggu STFE (Minggu Unit Sains& Teknologi
dan Unit Fizikal& Estetika). Keenam-enam panitia merancang pelbagai aktivti
berkaitan dan perlaksanaannya dijalankan selama empat hari.

2. RASIONAL

Penganjuran aktiviti unit ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan


kecenderungan murid dalam setiap mata pelajaran berkaitan. Ia secara tidak
langsung dapat member kesan positif kepada pencapaian murid. Selain itu, ia juga
merupakan sebahagian aktiviti sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a) Memupuk serta menambah minat murid dalam mata pelajaran Sains,


Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
b) Menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti sokongan PdP.
c) Mewujudkan budaya perkongsian idea, tenaga dan kepakaran dalam
kalangan para guru dalam penganjuran aktiviti.
d) Menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan murid.
e) Mencungkil bakat kreatif dan kreativiti murid.
f) Mempelbagaikan kemahiran murid melalui pertandingan yang dilaksanakan.

4.KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

5. TARIKH
21 Oktober 2019 dan 18 Oktober 2019

6. TEMPAT

Tapak perhimpunan sekolah

7. AHLI JAWATANKUASA KERJA

AJK INDUK:

Penasihat : Ibrahim bin Suut

Pengerusi I : Dato Liang anak Seruji

Pengerusi II : Nur Amelia Syireen Binti Jaminkhiri

Setiausaha : Atikah Binti Ibrahim

Penyelaras Aktiviti

Panitia Sains : Dato Liang anak Seruji

Panitia Matematik : Nur Amelia Syireen Binti Jaminkhiri

Panitia Muzik : Mohd Firdaus bin Mohammad Saman

Panitia Pendidikan Jasmani& : Muhammad Afiq bin Ameri


Kesihatan

Jurufoto : Dato Liang anak Seruji

Hadiah : Loh Tze Eng

Buku Program : Aspiah Binti Zaidi

Pentas & Backdrop : Atikah Binti Ibrahim

Peralatan& Bahan : Penyelaras aktiviti (rujuk lampiran)

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Semua kewangan adalah daripada peruntukan Bantuan Makanan Asrama (BMA)
dan PCG Sekolah. (rujuk lampiran)

9. PENGISIAN PROGRAM/AKTIVITI

Rujuk Lampiran

10. PERALATAN/ MATERIAL

a) Hadiah
b) Kertas mahjong
c) Peralatan aktiviti. (Lampiran aktiviti)

11. PENUTUP

Dengan perlaksanaan Minggu Sains dan Teknologi ini, adalah diharapkan


agar semua objektif yang digariskan tercapai. Semoga semua murid mendapat
faedah dan ilmu daripada aktiviti yang telah dijalankan. Malah, kerjasama antara
guru yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti ini akan terus dapat dimantapkan.

Disediakan oleh,

................................................
(DATO LIANG ANAK SERUJI)
Ketua Unit Sains dan Teknologi,
Sekolah Kebangsaan Sungai Sebungan

Disahkan oleh,

......................................
(IBRAHIM BIN SUUT)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Sebungan

AKTIVITI 1
NAMA AKTIVITI Kuiz Matematik dan Bijak Abakus

TARIKH 22 OKTOBER 2019

MASA 7.00 PAGI hingga 7.30 PAGI

OBJEKTIF AKTIVITI Meningkatkan kemahiran operasi matematik murid dan


menggilap kemahiran menggunakan abakus.

AJK AKTIVITI Penyelaras aktiviti Matematik (Panitia Matematik).

Pembantu :

1. Dato Liang anak Seruji

2. Aspiah Binti Zaidi

3. Nur Amelia Syireen Binti Jaminkhiri

GOLONGAN SASARAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

PERALATAN Kertas A4, Abakus

PERUNTUKAN HADIAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga


AKTIVITI 2

NAMA AKTIVITI Kuiz Sains

TARIKH 23 OKTOBER 2019

MASA 7.00 PAGI hingga 7.30 PAGI

OBJEKTIF AKTIVITI Meningkatkan kemahiran proses Sains murid dan


menggilap kemahiran Sains murid.

AJK AKTIVITI Penyelaras aktiviti Sains (Panitia Sains).

Pembantu :

1. Dato Liang anak Seruji

2. Musa anak Ajang

3. Muhammad Afiq bin Ameri

GOLONGAN SASARAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

PERALATAN Kertas A4, Lembaran latihan

PERUNTUKAN HADIAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga


AKTIVITI 3

NAMA AKTIVITI Jejak Sains

TARIKH 23 OKTOBER 2019

MASA 2.30 petang hingga 4.00 petang

OBJEKTIF AKTIVITI Memupuk minat murid dalam penerokaan bidang Sains.

AJK AKTIVITI Penyelaras aktiviti Sains (Panitia Sains).

Pembantu :

1. Muhammad Afiq Bin Ameri

2. Aspiah Binti Zaidi

3. Musa anak Ajang

GOLONGAN SASARAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

PERALATAN Kertas A4, penanda check-point

PERUNTUKAN HADIAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga


AKTIVITI 4

NAMA AKTIVITI Dunia Muzik Kita

TARIKH 24 OKTOBER 2019

MASA 2.30 petang hingga 4.00 petang

OBJEKTIF AKTIVITI Mencungkil bakat terpendam murid dalam bidang


nyanyian dan membuat persembahan di khalayak ramai.

AJK AKTIVITI Penyelaras aktiviti Pendidikan Muzik (Panitia Pendidikan


Muzik).

Pembantu :

1. Mohd Firdaus Bin Mohammad Saman

2. Aspiah Binti Zaidi

3. Atikah Ibrahim

GOLONGAN SASARAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

PERALATAN Speaker, pemain cakera

PERUNTUKAN HADIAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga


AKTIVITI 5

NAMA AKTIVITI Kuiz Matematik dan Dam Ular

TARIKH 25 OKTOBER 2019

MASA 7.00 PAGI hingga 7.30 PAGI

OBJEKTIF AKTIVITI Meningkatkan kemahiran operasi matematik murid dan


menggilap penguasaan sifir murid.

AJK AKTIVITI Penyelaras aktiviti Matematik (Panitia Matematik).

Pembantu :

1. Dato Liang anak Seruji

2. Aspiah Binti Zaidi

3. Nur Amelia Syireen Binti Jaminkhiri

GOLONGAN SASARAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

PERALATAN Kertas A4, Dam Ular

PERUNTUKAN HADIAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

You might also like