You are on page 1of 1

Mat Kilau

Mat Kilau dilhirkan pada 1866 di kampung Kendondong, Pulau Tawar


Jerantut Pahang. Ibu Mat Kilau bernama Teh Mahda iaitu anak Tok
Kaut , Burau. Ayahnya bernama Iman Rasu atau Tok Gajah.

Di waktu kecilnya, Mat Kilau belajar mengaji Al Quran. Dia belajar


dengan tekun sehingga mampu membaca Al Quran dengan pelbagai lagu.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin maka beliau telah menjadi
seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa
ayahnya Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford ( Residen British di
Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau.

Mat Kilau merupakan pahlawan Melayu terbilang. Mat Kilau tidak hanya
menentang penjajah di Pahang tetapi turut menyemarakkan semangat
perjuangan demi menebus maruah bangsa dan agama di negeri
Terengganu dan Kelantan.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar


negeri hingga mengakibatkan mereka diburu oleh British kerana
menentang penjajah. British mengistiharkan perang terhadap pembesar
negeri dan mengarahkan mereka di tangkap dan dihukum bunuh.

Mat Kilau dan rakan-rakannya dapat melarikan diri ke Terengganu dan


Kelantan. Demi untuk keselamatan dirinya Mat Kilau telah menukar
namanya kepada Mohamad bin Ibrahim dan tinggal di Batu 5 Gambang
Kuantan.

Pada tahun 1969, anak buahnya telah membawa pulang Mat Kilau ke
kampug Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Beberapa hari kemudian, Mat
Kilau telah meninggal dunia dalam usia 122 tahun. Jenazahnya telah
dikebumikan di kampungnya.

You might also like