You are on page 1of 1

Ruj.

kami: KRR 01/19imf

1 Oktober 2019

SIRIM Berhad
Negeri Pulau Pinang,
Lot PT483 Mukim 6,
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Seberang Perai ,Pulau Pinang.

U/p: En.Rostam

Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENGGUNAAN FASILITI PADANG BOLA UNTUK LATIHAN
PASUKAN BOLA SEPAK KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL .
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, ingin memohon jasa baik
daripada pihak tuan/puan untuk membenarkan kami menyewa gelanggang bola sepak di tempat
tuan/puan bagi menjalankan aktiviti latihan bola sepak pada setiap minggu .Kami bercadang
ingin menjalankan sesi latihan ini pada setiap minggu iaitu pada hari selasa.

Mohon maklumkan kepada pihak kami secara terperinci tentang bayaran untuk yuran
bulanan/mingguan yang akan dikenakan bagi penggunaan fasiliti tersebut.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan sudi memberi kebenaran kepada pihak kami
untuk menggunakan kemudahan fasiliti ditempat tuan/puan tersebut.

Pihak tuan boleh menghubungi penolong kanan saya iaitu Muhammad Asiffy ditalian
019-6591448 untuk keterangan lanjut.

Dengan hormatnya,

IQBAL MUHAMMAD FAUZI


Pengerusi Kelab Riadah & Rekreasi,
KPJ Penang Specialist Hospital.

You might also like