You are on page 1of 1

Soalan 1- Maksud ‘pertumbuhan dan agihan’ dalam konteks pembangunan ekonomi di

Malaysia.

“Pertumbuhan dan agihan” merupakan falsafah yang diwujudkan oleh kerajaan


yang bertujuan merangkan dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi
di negara ini, dengan andaian bahawa matlamat perpaduan akan dapat dicapai
sekiranya ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan
kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. Kekayaan negara perlu diagihkan
dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah. Antara cintih
dasar ekonomi negara ialah Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan
Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2020).

Soalan 2- Kepentingan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam pemupukan hubungan etnik
di Malaysia.

DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990
yang merupakan sebuah usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi
selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional.
DEB merangkumi dua objektif iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan
penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi. Ia mempunyai agenda
“serampang dua mata” kerana ia menyatupadukan pelbagai etnik dan merupakan titik
permulaan baharu kepada etnik Melayu untuk bergiat di dalam bidang perdagangan,
perindustrian dan perniagaan sekaligus berpegang kepada prinsip bahawa
ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan
konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia.

You might also like