You are on page 1of 4

TAMADUN CHINA• merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi• kaya dengan penciptaan

dan penemuan sains• sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dunia.• Sifat
keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun- tamadun lain, integratif dan dinamik
menyebabkanya menjadi lebih mampan• Walaupun mengalami perubahan-perubahan, namun
identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal.

Sains and Teknologi• Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-
15 sehingga kurun ke-11SM.• Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai
kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung
kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning.• Teknologi yang lain misalnya,
teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan
kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.

 Kedudukan Tembok Besar China Tembok Besar China Tamadun China mempunyai reka
bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah
dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembik ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah
diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke
Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang
juda dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar
lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat
tembok biarpun dibina daripada tanah limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang
dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. Kawasan di dalam tembok ini menempatkan
kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota
Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa
 7. buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula berbentuk meninggi
sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk oktagon dan segi empat sama. Walau
bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat Sumbangan Tamadun
Kertas pertama di dunia Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan
Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber
pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi
membuat kertas dan tembikar. Mercun Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada
mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun
digunakan secara meluas untuk peperangan.
 8. Kompas Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan
utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu
dan sebatang sudu magnet. Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca
dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun
China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat
geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun
ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi
khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau
keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan
menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang,
dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan
sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah
membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman
moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan
Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan
teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu
mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara
China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau
perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar.
Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang
kepentingan sains dan teknologi moden.

Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu
menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar
ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga
adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

1.5.2 Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus)
disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak
digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung
dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di
dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga
mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang
matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.

Teknologi Cina

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian,
astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka
telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini
membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari
China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang

digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga
manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang


dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era
Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala
fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi,
sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.
1.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG

Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan
agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini
kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The
Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti
Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah
fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan
dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada
pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045,
Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula
menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada
penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui
formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-
7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan
mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu
bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan
seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti
Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet

sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah
pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan
menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet
(polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas,
yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

You might also like