You are on page 1of 12

1

BUKU
SEJARAH
SETARA SPM
2

TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemerdekaan Negara


Malaysia Berdaulat

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan


dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta
penduduknya. Pengukuhan negara dan bangsa Malaysia adalah melalui
pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN


MALAYSIA
 Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19
 Lord Brassey (1887)
o Mencadangkan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan
Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
 Sir Malcolm MacDonald (1948)
o Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
 Dato’ Onn Ja’afar (1956)
o Mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai
Malaysia.
o Kerana berpendapat British akan menggabungkan Sarawak, Sabah,
Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
 Lee Kuan Yew (1959)
o Mendesak supaya British berunding dengan Tunku Abdul Rahman
untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
sahaja
o Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
o Kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
 Tunku Abdul Rahman (1961)
o Bersetuju dengan gagasan Malaysia dan mencadangkan
pembentukannya
3

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN PERSEKUTUAN


MALAYSIA
 Faktor Politik
o Perkembangan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura
 Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis selepas memenangi
pilihan raya Hong Lim akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat
(PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew
 Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat
rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada
Singapura.
o Ancaman komunis
 Lee Kuan Yew menggunakan alasan ini untuk mendesak British
menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
 Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama
dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM)
 Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam
Malaysiamenjadi benteng kukuh menghadapi ancaman komunis
o Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
 Negeri-negeri ini masih belum mampu berkerajaan sendiri
 Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan lebih awal
 Mereka akan menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan
politik.
o Dekolonisasi (memberi kemerdekaan kepada negara yang dijajah)
British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun
 Dalam Perhimpunan Agung PBB 1960 telah mengusulkan agar
tanah jajahan dimerdekakan
 Pembentukan Malaysia akan memberi kestabilan politik kepada
rantau Asia Tenggara

 Faktor Ekonomi
o Pembentukan Malaysia mewujudkan satu pasaran yang lebih luas
o Dapat menggalakkan pelaburan
o Dapat menggalakkan industri pertanian
o Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan
keistimewaan dan sumber –sumber yang ada di negeri-negeri ini
o Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah
o Sarawak dan Sabah kaya dengan sumber balak
o Brunei kaya dengan sumber minyak
4

 Faktor Sosial
o Pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar
pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota
o Menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota
o Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan
sabah
o Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan untuk
memajukan negeri masing-masing

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN


MALAYSIA / KRONOLOGI PERISTIWA PEMBENTUKAN
MALAYSIA
 Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan
o Ke Sarawak, Sabah dan Brunei
o Untuk menerangkan tujuan penubuhan Malaysia
 Rundingan diadakan
o Antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British
dari Sarawak, Sabah dan Singapura
 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan
o Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan
Malaysia
o Mereka mengumpulkan pandangan penduduk
o Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan
o Untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang
gagasan Malaysia
o Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British
o Disertai oleh (ahli-ahli)
 Lord Cobbold
 Sir Anthony Abell
 Sir David Watherson
 Dato’ Wong Pow Nee
 Tan Sri Ghazali Shafie
o Laporan Suruhanjaya Cobbold
 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong tanpa syarat
 1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus
dilindungi
 1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
o Cadangan Suruhanjaya Cobbold
 Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan
Perlembagaan PTM 1957
5

 Sarawak dan Sabah diberi kuasa menentukan dasar


imigresennya
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
 Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan
Sarawak
 Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
 Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan
o Tugas JAK adalah memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold
o Jawatankuasa ini mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan
penubuhan Malaysia bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak
ke dalam Persekutuan Malaysia
o Seterusnya membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak
o Menjelang Disember 1962, Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan
Sabah bersetuju Malaysia dibentyuk pada 31 Ogos 1963.

REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA


Reaksi Dalam Negara

 Parti politik Persekutuan Tanah Melayu


o Menyokong idea pembentukan Malaysia
o PAS dan Barisan Sosialis meminta supaya idea dirunding dahulu di
kalangan penduduk PTM
o UMNO setuju penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa
Singapura
 Singapura
o Lee Kuan Yew dan PAP menyokong
 Kerana bimbang pengaruh Barisan Sosialis dan ingin
mempertahankan kedudukannya
o Barisan Sosialis menentang idea
 Kerana pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan
bentuk baru
 Menuntut pandangan rakyat Singapura diperolehi sebelum
menyertai Malaysia
o Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu juga menyokong Barisan Sosialis
 menggesa Singapura mendapatkan pandangan rakyat
 Sarawak dan Sabah
o Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British
 Kerana belum ada keyakinan membentuk pemerintahan sendiri
o Sarawak
 Parti Negara Sarawak (PANAS)
 Parti pertama menyokong penubuhan Malaysia
6

 Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong Sarawak


menyertai Malaysia walaupun menentang peringkat awal
 kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih
dahulu
 PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA bergabung
membentuk Parti Perikatan Sarawak
 Mereka berjuang menyokong Sarawak menyertai
Malaysia
 Berusaha menyekat SUPP
 Di Sabah, UNKO, USNO, Pasok Momogun, Parti Bersatu dan
Parti Demokratik bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah
 Semua parti politik Sabah menyokong penyertaan Sabah
ke dalam Malaysia
 Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan iaitu Perkara 20
yang kemudiannya diterima oleh Sarawak
 Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak
untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia
 Tuntutan dapat melindungi hak dan kepentingan
penduduk Sabah dan Sarawak
 Terdapat perbezaan antara pembahagian kuasa bagi
Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di
Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai hak
wilayah asingan
 Perkara yang disentuh dalam hak wilayah asingan adalah:
o Ketua negeri
o Bahasa kebangsaan
o Agama Islam
o Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal
ehwal imigresen
o Kerakyatan
o Peruntukan kewangan
o Pelajaran
 Brunei
o Sultan Brunei
 menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awal
 dan membentuk suruhanjaya meninjau pendapat rakyat Brunei
o A.M Azahari (Parti Rakyat Brunei - PRB)
 Menentang gagasan Malaysia
 Kerana matlamat parti untuk menubuhkan Persekutuan Borneo
(Sarawak, Sabah dan Brunei)
 Menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk
neokolonialisme (penjajahan bentuk baru)
7

 Melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera


Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
 Mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina
 Pemberontakan dapat dikalahkan oleh British
 A.M Azahari tidak dapat ditangkap kerana berada di Manila
 Dan mendapat perlindungan politik di Indonesia

REAKSI NEGARA LUAR TERHADAP PEMBENTUKAN


MALAYSIA

Reaksi Negara Luar

 Indonesia
o Membantah pembentukan Malaysia
o Berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk
neokolonialisme (penjajahan baru)
o Pandangan disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI)
o Mempengaruhi Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi
dengan Konsep Ganyang Malaysia
o Ganyang Malaysia ialah dasar untuk memusnahkan pembentukan
Malaysia
o Tindakan Indonesia:
 Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
 Pencerobohan udara
 Melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,
Sarawak dan Sabah
 Menghantar pengintip dari dalam secara sulit
 Memburuk-burukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan
Negara Dunia Ketiga
o Tindakbalas Malaysia:
 Minta bantuan tentera Komanwel
 Mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain
 Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB
terhadap pencerobohan Indonesia
 Mengadakan lawatan ke Negara Afrika bagi menjelaskan
hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia
o Langkah penyelesaian:
 Presiden Soekarno telah digulingkan dalam satu pemberontakan
bersenjata
 Presiden Soeharto telah menghantar Adam Malik ( Menteri Luar
Indonesia ) bagi memulihkan hubungan diplomatik Malaysia-
Indonesia .
8

 Filipina
o Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal membuat
pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada 1962
o Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu
o Tuntutan berdasarkan perjanjian antara Sultan Jamalul Alam dengan
Baron Von Overbeck
o Overbeck telah menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah
menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam
Diraja daripada British
o 1881 syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBBU)
o 1946 SBUB menyerahkan Sabah kepada British
o Pajakan diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu terakhir (Sultan
Esmail Kiram) pada 1958
o Jun 1966 Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia
o Hubungan antara negara diperbaiki menerusi MAPHILINDO .

Menjelaskan usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan


negara Malaysia yang berdaulat

 Tunku Abdul Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha


Agung PBB terhadap pencerobohan Indonesia
 Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke Negara Afrika bagi menjelaskan
hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia
 Presiden Soeharto telah menghantar Adam Malik ( Menteri Luar Indonesia )
bagi memulihkan hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia
 Hubungan antara negara Malaysia, Indonesia dan Filipina diperbaiki menerusi
MAPHILINDO
9

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963


 Perjanjian Malaysia 1963
o Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
o Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia (memperuntukkan
penggabungan negeri-negeri berkenaan yang dinamai Malaysia)
o 16 Sept. 1963 Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi (Hari Malaysia)
o Merangkumi PTM, Singapura, sarawak dan Sabah

 Syarat Perjanjian Malaysia 1963 (Akta Malaysia)


o Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan
o Agama Islam adalah agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak
o tetapi agama lain bebas diamalkan
o Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
o tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
o Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris
sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
o Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen
dan perkhidmatan awam
o Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama
dengan orang Melayu di PTM

Kepentingan menjalinkan hubungan baik antara negara luar


 Negara akan aman
 Negara akan kekal berdaulat
 Mendapat bantuan dari segi pertahanan
 Mendapat bantuan ekonomi
 Meningkatkan pasaran barangan
 Berkongsi kepakaran dan teknologi
 Ekonomi negara bertambah maju

Saya rasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana


 Negara kita yang aman
 Negara kita yang merdeka dan berdaulat
 Rakyat hidup bersatu padu
 Ekonomi negara kita yang berkembang maju
 Pemimpin kita dihormati oleh negara lain
 Rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama-sama dengan harmoni
10

Pelbagai kejayaan dicapai pada peringkat antara bangsa oleh negara Malaysia
sehingga kini.
 Maju dalam bidang perindustrian
 Kejayaan PETRONAS dalam cari gali petroleum
 Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.Contohnya Sukan Komanwel
 Kemajuan industri automotif.Contohnya PROTON
 Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa
 Kestabilan masyarakat berbilang kaum

Peranan anda untuk mengekalkan keharmoniaan hubungan antara penduduk di


Persekutuan Malaysia
 Menyelesaikan masalah melalui perundingan
 Bersikap patriotik
 Mengamalkan konsep satu bangsa satu negara
 Merealisasikan Wawasan 2020
 Melaksanakan Konsep 1Malaysia
 Mematuhi sistem perundangan negara

Kebaikan pembentukan Malaysia kepada rakyat pada masa ini


 Pertahanan negara semakin kukuh
 Mengukuhkan keamanan negara,dapat berganding bahu antara setiap negeri
 Kemerdekaan negara dapat dikekalkan
 Pembangunan negara dapat dinikmati bersama-sama
 Membangunkan ekonomi negara dan dapat meluaskan pasaran negara
 Menggalakkan perkembangan industri pertanian.
 Dapat memanfaatkan sumber-sumber ekonomi yang ada.
 Dapat membekalkan tenaga mahir dan tenaga kerja disebabkan oleh bilangan
penduduk yang bertambah.

Manfaat daripada pembentukan Malaysia

 Sumber hasil dapat dimajukan


 Negeri kurang maju dapat dimajukan
 Keluasan negara bertambah
 Bilangan penduduk bertambah
 Mengalakkan perdagangan ,pertanian dan perindustrian

Cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan kerjasama dan perpaduan kaum


negara kita
 ancaman rusuhan kaum
 persaingan antara parti politik
 perbezaan ideologi
 perbezaan latar belakang kaum
 pendedahan kepada budaya barat
 perbezaan bahasa, budaya, pendapat
 jurang ekonomi antara kaum
11

Langkah mengatasi cabaran di atas


 pelaksanaan konsep 1 Malaysia
 berpegang teguh dengan konsep demokrasi
 memahami latar belakang semua kaum
 memupuk integrasi nasional
 bersama-sama meningkatkan ekonomi Negara
 menanamkan semangat cinta akan Negara
 menghayati Rukun Negara
 Mematuhi peraturan dan undang-undang

Iktibar/ nilai-nilai murni / patriotisme


 Diplomasi politik Berjaya menyelesaikan masalah
 Wujudnya kerjasama oleh rakyat Negara anggota
 Kesungguhan pemimpin-pemimpin / tokoh politik
 Semangat setiakawan
 Semangat cinta akan Negara
 Bertoleransi antara kaum demi mencapai kesejahteraan bersama
 Mengamalkan semangat perpaduan

Iktibar yang boleh diambil daripada penubuhan Malaysia


 Sanggup berkorban demi negara
 Bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
 Mengutamakan keharmonian rakyat dan negara
 Mengelakkan permusuhan
 Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan antara negeri
 Sentiasa menunjukkan kewibawaan
 Bertindak tegas dalam membuat keputusan
 Perlu mengutamakan kepentingan rakyat
 Pemimpin perlu berfikiran jauh untuk lebih maju
 Mempunyai sikap berdaya saing
12

Kesimpulan / penutup
Pengetahuan yang diperoleh
 Mensyukuri keamanan negara kita
 Menyedari nikmat yang diperoleh

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara


 Mengamalkan semangat perpaduan
 Menerima kebijaksanaan kepimpinan dengan hati yang terbuka
 Menguasai ilmu pengetahuan dan tekno,ogi dengan lebih baik lagi

Harapan untuk masa depan untuk Malaysia yang lebih cemerlang


 Memanfaatkan sumber dengan lebih baik
 Penguasaan pembangunan dan penyelidikan

ATAU

Penutup / kesimpulan
 Pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha penubuhan Malaysia
 Tindakan diplomasi berjaya mengatasi segala cabaran

 Mengutamakan kerjasama untuk memajukan negara


 Tidak putus asa untuk meneruskan kegemilangan negara

You might also like