You are on page 1of 6

Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

3:57:00 PG Dicatat oleh Nurul Iman

PENGENALAN

Konsep dan Definisi

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan
murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data
pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang
tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan
sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan
merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya.

Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran
memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut
peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh
masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam
bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid
berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses
membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid
dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal
selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail,
pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan
pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau
kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual,
projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang
diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara
nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat
ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid
bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan
guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan
potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.


iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa

iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

v. Mengesan keberkesanan pengajaran.

vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN

i. Mengesan keberkesanan pengajaran.

ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.

iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.

vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.

viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

· Instrument

· Kumpulan yang ditaksir

· Respon

· Kumpulan yang menaksiran

· Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

· Kesahan skor

Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.


· Kebolehpercayaan Skor

Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

· Keobjektifan

Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

· Kebolehtadbiran

Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

· Kemudahtafsiran

Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan
mengadakan ujian.

· Kekomprehensifan

Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1. Mengenalpastia masalah

Ø Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.

Ø Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.

Ø Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan

segera.

2. Penempatan

Ø Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.

Ø Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat
perkhidmatan yang khusus.

3. Pemilihan strategi pemulihan

Ø Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.

Ø Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif

pembelajaran.

Ø Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar

bahasa.
Ø Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa

berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-


perkara berikut:

i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

xi. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

xii. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Tujuan yang jelas.

ii. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. Item boleh diukur.

iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan


kepada: i. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas

ii. Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku

iii. Pentaksiran Kemahiran Lisan

iv. Pentaksiran Kemahiran Bacaan

v. Pentaksiran Kemahiran Menulis

vi. Pentaksiran Kemahiran Matematik

Pembaca kami juga menyukai

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Kisah Benar Pakai Tudung

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

PRINSIP PEMBINAAN UJIAN

You might also like