You are on page 1of 2

Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat Saringan Peringkat Pertaa Ujian

UKM1 Oleh Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM)

UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid


Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk
menyertai program-progran berikut:

Bil Kriteria Umur Program


Program Perkhemahan Cuti Sekolah
Murid beragama Islam berusia 8–
(PPCS) STEM, Universiti Sains Islam
1 11 tahun(Tahun 2 – 5) pada
Malaysia (PPCS @USIM
tahun 2019
Disember 2019)
Murid beragama Islam berusia 11- Program Mukhayyam Al Abrar Kolej
2 12 tahun (Tahun 6) pada PERMATA Insan (KPI) pemilihan
tahun 2019 ambilan Asas 1 tahun 2020
Murid pelbagai agama dan PPCS STEM Universiti Kebangsaan
3 bangsa berusia 9-15 tahun Malaysia (PPCS @UKM
(Tahun 3 – Tingkatan 3) pada 2019 Disember 2019)
Murid pelbagai agama dan
bangsa berusia 11 - 12 Kolej PERMATApintar® UKM ambilan
4
tahun (Tahun 5 – Tahun 6) pada Asas 1 tahun 2020
tahun 2019

1. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun.
Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi
yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah,Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia
- USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

2. Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan
birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan
Internet dengan membuka laman ini.

3. Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti


menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci
(keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh
menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

4. Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dicapai melalui laman sesawan iaitu
http://ukm1.permatapintar.edu.my/

5. Murid telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian


Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Sijil ini mempunyai
skor minima untuk mendapatkannya. Jika tidak mencapai skor ini, sijik tidak
dikeluarkan. Murid yang layak mendapat sijil penyertaan UKM1 tidak
semestinya murid tersebut melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan
kedua UKM2.

6. Sila pastikan kod sekolah (PBA3005) adalah betul sebelum dicetak. Murid
juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan
jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my/

7. Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian
saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai
hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di
laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/
ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam
maklumat murid

You might also like