You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327905261

Definisi pekerja dalam Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaaan 1967,
Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.

Article · September 2018

CITATIONS READS

0 11,680

1 author:

Era Binti Nurdin


Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pemecatan konstruktif View project

All content following this page was uploaded by Era Binti Nurdin on 27 September 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Definisi "Pekerja" dalam konteks Akta Pekerjaan, Akta Perhubungan Perusahaan,
Ordinan Buruh Sabah & Ordinan Buruh Sarawak dan Ujian yang Digunakan untuk
Menentukan Status Pekerja

Oleh :

Siti Nur Syafiqah Binti Nasip, Nor Akmaliana Binti Abus, Era Binti Nurdin, Alfriyani Binti
Burhan Nurdin

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang definisi “pekerja” dalam konteks Akta
Pekerjaan, Akta Perhubungan Perusahaan, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.
Akta Secara umumnya, pekerja ialah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu
kontrak perkhidmatan sama ada secara bertulis atau secara lisan. Namun demikian, definisi
pekerja adalah berbeza mengikut konteks undang-undang. Artikel ini turut menerangkan
beberapa ujian yang digunakan untuk menentukan hubungan di antara majikan dan pekerja.
Antaranya ialah ujian kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian obligasi bersama.
Ujian-ujian tersebut merupakan ujian yang telah diguna pakai oleh mahkamah bagi
menentukan kedudukan individu sebagai pekerja atau sebaliknya.

1
Definisi pekerja dalam konteks Akta Pekerjaan

Akta kerja 1955 mendefinisikan pekerja sebagai mana-mana individu atau kumpulan
orang yang termasuk dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pertama atau orang yang
diperintah oleh Menteri Sumber Manusia di bawah subseksyen (3) atau seksyen 2A. Jadual
pertama Akta Kerja 1955 mengklasifikasikan pekerja kepada dua kategori iaitu kategori
pertama merupakan pekerja yang menerima upah yang tidak melebihi RM2000 sebulan
manakala kategori kedua pula ialah pekerja yang dikelaskan mengikut jenis kerja yang
dilakukan walaupun gaji bulanan yang diterima melebihi RM2000. Terdapat beberapa jenis
pekerja yang berada dalam kategori kedua. Antaranya ialah;

i. buruh kasar,
ii. pekerja yang terlibat dalam operasi atau pengendalian mana-mana kenderaan yang
dijalankan untuk pengangkutan penumpang, barangan, untuk upah atau atas tujuan
perdagangan,
iii. pekerja yang menyelia atau menjaga pekerja lain yang terlibat dalam kerja buruh kasar,
iv. pekerja yang terlibat dalam sebarang tugas berkaitan dengan perkapalan kecuali
pegawai, pemegang sijil tempatan dan yang mempersetujui apa-apa perjanjian dari
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan
v. kakitangan domestik.

Pekerja sambilan pula didefiniskan sebagai individu yang bekerja tidak melebihi 70% dari
masa kerja pekerja sepenuh masa dalam kapasiti yang sama. Akta kerja 1955 hanya akan
melindungi pekerja sambilan selagi mana mereka mengambil kontrak perkhidmatan.
Kesimpulannya, Akta Kerja 1955 tidak melindungi kesemua jenis pekerja dan ini akan
menjejaskan hak-hak para pekerja daripada dilindungi dan diberikan hak oleh Akta Kerja
1955.

Definisi pekerja menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pekerja didefinisikan sebagai mana-


mana orang, termasuk pelatih yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak
perkhidmatan untuk bekerja bagi mendapatkan upah atau ganjaran dan bagi maksud tindakan
undang-undang (prosiding) yang berkaitan dengan pertikaian perdagangan termasuklah mana-
mana orang yang telah dipecat, dilepaskan atau diberhentikan sama ada berkaitan atau sebagai

2
akibat daripada pertikaiann itu atau pemecatan, pelepasan atau pemberhentian tersebut telah
menimbulkan sesuatu pertikaian. Di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,
seseorang pekerja boleh membuat representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah Jabatan
Perhubungan Perusahaan untuk pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya. Semua pekerja
boleh membuat representasi tidak kira berapa gaji yang diterimanya. Tempoh untuk membuat
tuntutan di bawah akta ini adalah 60 hari selepas pekerja di berhentikan kerja.

Terdapat perbezaan di antara Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja
1955. Antaranya ialah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berfungsi untuk mengawal selia
hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan
penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian di antara mereka manakala Akta Kerja 1955
meggariskan terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang pekerja. Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 lebih meneliti soal ekuiti dan keadilan manakala Akta Kerja
1955 lebih bersifat kontrak dan pematuhan undang-undang.

Definisi pekerja dalam konteks Ordinan Buruh Sabah

Seorang pekerja di bawah buruh Sabah merujuk kepada mana-mana orang yang tanpa
mengira amaun gajinya sebulan telah memasuki sesuatu kontrak perkhidmatan dengan
seorang majikan dimana dia

i. melakukan kerja kasar


ii. melakukan pengendalian atau penyenggaran apa-apa kenderaan untuk pengangkutan
iii. menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar
iv. diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkkan
di Malaysia
v. diambil bekerja sebagai pembantu rumah

Di samping itu, Ordinan Buruh Sabah juga menyatakan jenis pekerja seperti pekerja
sambilan. Pekerja sambilan bermaksud seseorang yang bekerja yang termasuk dalam jadual
yang jam purata kerja sebagaimana yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja tersebut
tidak melebihi tujuh puluh peratus daripad jam biasa kerja seorang pekerja sepenuh masa.

3
Definisi pekerja dalam konteks Ordinan Buruh Sarawak

Ordinan Buruh Sarawak melindungi para pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji,
waktu bekerja, cuti tahunan dan faedah bersalin. Ordinan Buruh Sarawak tidak meliputi
semua pekerja, ia hanya meliputi pekerja berikut:

i. Pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan dan berpendapatan


tidak melebihi RM2500 sebulan
ii. Buruh kasar tanpa mengira gaji bulanan mereka termasuk pemandu dan mekanik
kenderaan bermotor

Pembantu rumah tidak diliputi di bawah Ordinan Buruh Sarawak. Pekerja yang di luar
skop Ordinan Buruh Sarawak perlu bergantung kepada kontrak pekerjaan mereka atau
menyertai kesatuan sekerja untuk membuat tawaran bagi pihak mereka.

Ujan-ujian Penentuan Hubungan Majikan dan Pekerja

Terdapat beberapa ujian yang digunakan oleh mahkamah bagi menentukan kedudukan
individu sebagai pekerja atau sebaliknya. Antara ujian yang sering digunakan iaitu ujian
kawalan, ujian organisasi, ujian pelbagai dan ujian obligasi bersama.

i. Ujian Kawalan

 Ujian kawalan yang juga dikenali sebagai ujian tradisional merujuk kepada tahap
kawalan oleh majikan terhadap pekerja. Kawalan oleh majikan boleh terjadi dari segi
pembahagian dan perlaksanaan tugas, masa, waktu bekerja dan sebagainya. Majikan
boleh mengawal atau mempunyai hak untuk mengawal bukan sahaja dari aspek tugasan
yang dilakukan oleh pekerja tetapi juga cara untuk pekerja melaksanakan tugasan tersebut.
Ujian ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Kaedah mengukur tahap kawalan dalam
menentukan seseorang individu sebagai pekerja menjadi kurang berkesan kerana terdapat
ramai pekerja yang memonopoli kemahiran teknikal dan kepakaran tertentu. Disebabkan
itu kawalan daripada majikan menjadi longgar terutama para majikan yang mempunyai
bilangan pekerja yang ramai.

4
ii. Ujian Organisasi

 Ujian organisasi juga dikenali sebagai ujian integrasi. Ujian ini mengambil kira
kedudukan pekerja sama ada mereka adalah sebahagian penting dalam organisasi atau
tidak. Tahap kepentingan pekerja kepada sesuatu organisasi bergantung kepada
kedudukan mereka di dalam organisasi tersebut.

iii. Ujian Pelbagai/Ujian Campuran

 Dari segi definisi ujian pelbagai atau ujian campuran memiliki skop yang lebih luas
daripada ujian kawalan dan integrasi. Ujian pelbagai bermaksud mengambil kira situasi
secara menyeluru. Semua faktor dan aspek yang berkaitan akan diteliti sewajarnya.
Aspek-aspek tersebut termasuklah jumlah jam bekerja, waktu kerja biasa, batasan
geografi, kemahiran, cara pelantikan dan penamatan, jenis upah, hak pemilikan terhadap
perkakasan perniagaan dan kedudukan cukai.

iv. Ujian Obligasi Bersama

 Ujian ini memerlukan pihak majikan bertanggungjawab untuk menawarkan kerja kepada
pekerja dan pekerja bertanggungjawab untuk menyempurnakan tawaran kerja yang
diberikan.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, pekerja ialah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah
suatu kontrak perkhidmatan sama ada secara bertulis atau secara lisan namun demikian
takrifan tersebut berbeza mengikut konteks akta-akta yang berkaitan dengan dunia pekerjaan.
Dalam menentuan status seseorang pekerja, terdapat empat ujian yang dilaksanakan melalui
mahkamah seperti ujian kawalan, ujian organisasi, ujian obligasi bersama dan ujian pelbagai
atau ujian campuran. Ujian-ujian yang dilaksanakan adalah penting untuk menentukan
kedudukan sebenar seseorang individu di dalam sesebuah organisasi.

5
View publication stats

Rujukan

Akta Kerja 1955 (Malaysia)

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ( Malaysia)

Azizan, H.M., & Razlina, H. J.(2005). Relationship between Workplace Incivility, Job
Attitudes and Muslim Religiosity Personality among Trade Union Members, Global
Journal Al- Thaqafah , 5(2), 43-51.

Idris, R.Z., Bala, B., & Morshidi , A. H. (2016). Sabah (Malaysia)-Australia Relations: An
Historical Observation. TAWARIKH, 4(2)

Morshidi, A.H., & Hamid, F. A. (2016). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Ordinan Buruh Sabah [cap.67] ( Malaysia)

Ordinan Buruh Sarawak 1952 (Malaysia)

You might also like