You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2

JALAN PU 9/5, TAMAN PUCHONG UTAMA


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 14 Januari 2019 (Isnin)


Masa : 1.10 tengah hari hingga 2.10 petang
Tempat : Bilik Bestari Utama

Hadir:
01. Pn. Mariyani bt Azizan Guru Penolong (Pengerusi)
02. Pn.Norherliana bt Abdul Rahim Guru Penolong (Setiausaha)
03. En. Mohd Sharul Nizam bin Mohd Yusop GPK Kurikulum
04. Pn. Maizamah bt Redzuan Guru Penolong
05. Pn. Suriani binti Mohammad Guru Penolong
06. Pn. Noor Azlin bt Zulkifli Guru Penolong
07. Cik Salwani bt Awang Guru Penolong
08 Pn. Nur Iylia binti Zulkepli Guru Penolong
09. Pn. Nur Syahiran bt Juhari Guru Penolong
10. Pn. Rozilah bt Abd Rahman Guru Penolong
11. En. Khairul Anuar bin Che Ani Guru Penolong
12. Pn. Madihah bt Mohamad Guru Penolong
13. En. Mohd Shamri b Mat Ariff Guru Penolong
14. Pn. Zawani bt Jusoh @ Osman Guru Penolong
15. Pn. Siti Nurzalizah Mohd Yusof Guru Penolong
16. Pn. Wan Hafizah bt Wan Ibrahim Guru Penolong
17. En.Wan Mohd Saifullizan bin Wan Daud Guru Penolong
18. Pn. Zuriah bt Hamzah Guru Penolong
19. Pn. Nur Atikah bt Addly Guru Penolong
20. Pn. Sofiah bt Abdul Malek Guru Penolong
21. Pn. Noor Azida bt Arzmi Guru Penolong
22. Cik Amira Nazneen bt Abd Rahman Guru Penolong
23. Pn. Norlia bt Othman Guru Penolong
24. Pn. Asiah bt Harun Guru Penolong
25. Pn. Norahana bt Daud Guru Penolong
26. En. Mohd Rodzi b Mat Noor Guru Penolong
27. En. Rozamri bin Mohamad Guru Penolong
28. Pn. Norsida bt Ishak Guru Penolong
29. Pn. Masmera bt Mohamad Guru Penolong

Turut Hadir:
-tiada-

Tidak Hadir:
01. Pn. Munirah Athirah bt Mohd Musleh Cuti Bersalin

Urus Setia Mesyuarat :


01. Pn. Norherliana bt Abdul Rahim Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

1
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru dan memulakan mesyuarat dengan


bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala usaha keras guru untuk
meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu pada tahun lalu.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

2.1 Pencadang : Pn. Rozilah bt Abd Rahman


Penyokong : Pn. Maizamah bt Redzuan

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

Tindakan: Makluman

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN

4.1 Penggunaan Wang Panitia


4.1.1 Semua program di bawah panitia Bahasa Melayu perlu ada kertas
kerja. Ini bertujuan untuk membeli hadiah dan cenderamata.

Tindakan: Makluman

4.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) / Rancangan


Pengajaran Harian (RPH), DSKP
4.2.1 Semua guru perlu menyediakan dan melengkapkan rancangan
pengajaran harian, dskp dan rancangan pengajaran tahunan.
4.2.2 Penyediaan rancangan pengajaran harian guru perlulah diselitkan unsur
Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21).
4.2.3 Penyediaan RPH adalah perlu mengikut sukatan tahunan dan merujuk
buku teks. Ia juga perlu mengikut aras dan tahap kemampuan murid.
4.2.4 Penulisan refleksi/impak adalah wajib ditulis dengan tangan juga
dalam bentuk kuantiti/bilangan murid yang menguasai dan tidak
menguasai.
4.2.5 RPT bagi tahun 1 hingga 6 telah diriso dan akan diedarkan kepada
guru-guru manakala DSKP perlu disediakan oleh guru melalui carian
internet.

Tindakan: Makluman

2
4.3 Penetapan Buku Tulis/Buku Latihan
4.3.1 Tahap 1 sebanyak 4 buah (kefahaman, penulisan, tatabahasa, tulisan)
4.3.2 Tahap 2 sebanyak 3 buah buku panjang (kefahaman, tatabahasa,
penulisan)
4.3.3 Tiada penggunaan buku aktiviti tambahan bagi Tahap 1.
4.3.4 Bagi Tahap 2, penggunaan buku aktiviti yang dibeli dari kedai buku
sekolah adalah tidak wajib. Guru tidak boleh memaksa murid untuk
membelinya. Namun guru-guru perlu mengalakkan murid untuk
membeli sebagai latihan pengukuhan.
4.3.5 Penggunaan akhbar didik dalam PnP bagi tahun ini telah bermula bagi
Tahap 2.

Tindakan: Makluman

4.4 Penyemakan Buku Latihan

4.4.1 Guru perlu merujuk Buku Hikmat 2019 untuk jadual penghantaran
buku latihan dan buku kerja murid kepada pentadbir.
4.4.2 Pengerusi menegur bahawa semua guru perlu tegas dengan murid
dalam penggunaan tanda baca dan ejaan. Sekurang-kurangnya
seminggu perlu sekali atau dua bagi latihan menulis imlak yang
diperdengarkan guru. (spell and write)

Tindakan: Makluman

5.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

5.0.1 Bermula tahun 2019, tiada lagi peperiksaan bagi tahap 1. Ia telah ditukar
kepada PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).
5.0.2 Oleh kerana itu, semua guru tahap 1 menyokong agar ujian membaca dan
menulis kerana tahun sebelumnya masih terdapat murid Linus.
5.0.3 Ramai murid tahun 1 yang masih belum mengenal huruf dan belum pandai
membaca.
.
Tindakan: Makluman

5.1 Ketua Aliran

5.1.1 Penetapan penyelaras setiap tahun adalah seperti berikut:

Thn 1: Pn. Zuriah bt Hamzah


Thn 2: Pn. Nur Atikah bt Addly
Thn 3: Pn. Siti Nurzalizah bt Mohd Yusof
Thn 4: Pn. Nur Syahiran bt Juhari
Thn 5: Pn.Nur Iylia binti Zulkepli
Thn 6 : Pn. Maizamah bt Mohd Redzuan

Tindakan : Mengikut nama yang disenaraikan

3
5.2 NILAM
5.2.1 Murid yang tiada buku nilam boleh membeli buku nilam dengan guru pusat
sumber dengan harga RM2. Murid boleh menyambung buku nilam tahun
sebelumnya.
5.2.2 Guru perlu menerangkan kepada murid-murid cara penggunaan buku nilam
tersebut dengan jelas.
5.2.3 Guru matapelajaran perlu menggalakkan murid membaca dan mencatat apa
sahaja bahan bacaan samaada dalam bentuk buku, majalah, surat khabar,
broser atau pamplet.
5.2.4 Puan Rozilah mencadangkan agar dalam seminggu sekali guru membacakan
satu buku kepada murid dan mencatatnya dalam buku nilam.

Tindakan: Makluman

5.3 Pertandingan Ko-Akademik

5.3.1 Setiap kali mesyuarat pengurusan bagi setiap pertandingan, pihak sekolah
perlu menghantar 2 orang wakil guru agar tiada keciciran maklumat akan
berlaku.
5.3.2 Pada tahun 2018, SKPU2 telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan
Bercerita Tahap 1 dan juga Tahap 2 Peringkat Zon MPSJ. Namun mereka
gagal mendapatkan tempat semasa pertandingan peringkat PPD.
5.3.3 Pengerusi menyatakan bahawa pertandingan akan bermula seawal bulan Mac
iaitu dimulai dengan Pertandingan Pantun PPD Petaling Perdana.
5.3.4 Semua guru akan bekerjasama membentuk pasukan yang kuat kerana guru
besar menyatakan hasrat agar SKPU2 menyertai semua pertandingan ko
akademik Bahasa Melayu peringkat zon dan daerah.
5.3.5 Yuran penyertaan bakal meningkat berbanding tahun sebelumnya. Berikut
adalah harga yuran peserta bagi individu mahupun berkumpulan:
Pidato – RM30
Bercerita Tahap 1 – RM30
Bercerita Tahap 2 – RM30
Pantun – RM60
Bahas – RM60
Sahibba – RM30 (maksimum 3 orang)
Bicara Berirama – RM150

5.3.6 Berikut adalah senarai Perlantikan Guru Pembimbing:


Bercerita: Tahap 1 – Atikah, Nazneen dan Noor Azida
Tahap 2 – Mariyani, Zawani dan Nur Iylia

Sahibba: Rozilah, Maizamah, Rodzi, Siti Nurzalizah,Madihah, Salwani

Bicara Berirama: Hafizah, Norsida, Suriani,Norlia,Zuriah,Asiah,Saifullizan

Pantun : Sofiah, Syahiran, Shamri, Norherliana, Khairul Anuar, Sharul Nizam

Pidato : Azlin, Masmera, Rozamri, Munirah, Norahana

Tindakan: Mengikut nama yang disenaraikan

4
5.4 Bengkel Persediaan UPSR

5.4.1 Merujuk kepada Buku Hikmat 2019, bengkel BM bagi Murid Tahun 5 akan
diadakan pada 22 Januari ini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan
murid tentang format peperiksaan baharu.
5.4.3 Bengkel dan program lain yang telah dijadualkan akan berjalan mengikut
ketetapannya.

Tindakan: Makluman

5.5 HAL-HAL LAIN

5.5.1 Puan Rozilah menyatakan agar sudut “Speaker Corner” perlu diwujudkan atas
arahan PPD. Dicadangkan ianya akan dibina di ‘Silent Zone” dan diselia oleh
Panitia BM dan BI. Speaker Corner tersebut akan digunakan oleh murid-murid
bagi mencungkil bakat.
5.5.2 Pada 28 Januari akan diadakan Pelancaran Minggu Bahasa 2019. Pelbagai
aktiviti telah dirancang. Semua guru perlu bersedia dengan tugasan masing-
masing.
5.5.3 Harapan pengerusi agar semua guru dapat menjalankan tugas dengan penuh
amanah, dan beliau akan memberikan sepenuh sokongan kepada semua guru
dan diharapkan agar semua cikgu dapat berkongsi pendapat dan masalah
bersama-sama secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus UPSR 2019
dan mencipta nama dalam pertandingan ko-akademik kelak.

Tindakan: Makluman

6.0 PENUTUP

6.0.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguh pada
jam 2.10 petang.
Tindakan: Makluman

Disediakan oleh;
Urusetia

Panitia Bahasa Melayu


SK Puchong Utama 2

Tarikh: 17 Januari 2019

You might also like