You are on page 1of 2

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk dalam sesebuah negara yang secara

amnya menuntut kedaulatan. Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan


penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah
kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti
kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah
negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat. Kemerdekaan boleh diperoleh
melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan
dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang
biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya
bertujuan untuk pengagihan semula kuasa dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes
pendemokrasian di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah.
Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara;
sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.Autonomi merujuk kepada
sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan
kuasa muktamad terhadap wilayah itu . Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang
bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan
autonomi.Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan
mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland
yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan
Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

Kemerdekaan amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita perolehi
pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain. Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan
masyarakat kita telah lupa akan menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik
peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Di atas sikap segelintir pihak ini, negara
kita telah hampir dijajah sekali lagi pada tahun 1997. Malah negara kita juga hampir hilang
kedaulatan disebabkan penyangak-penyangak mata wang disamping disokong oleh petualang –
petualang dalam negara.. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan kuasa rakyat negara
tersebut. Negara lain atau rakyat negara lain tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju negara
kita. Kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor
bangsa asing tetapi adalah daripada pembelot di dalam negara sendiri. Kalau kita lihat dari konteks
sejarah Kesultanan Melaka, bagaimana Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis, adalah berpunca
daripada pembelot dalam negeri yang berkompromi dengan askar Portugis. Begitu juga dengan
kejatuhan Kerajaan Aceh Darussalam yang Angkatan Melayu Pahang telah membantu Belanda
menyerang Aceh. Kejatuhan empayar-empayar lain di dunia ini jugak berlaku disebabkan corak
yang sama. Peristiwa yang lebih nyata pada hari ini ialah bagaimana Afganistan telah jatuh ke
tangan Amerika Syarikat, bukannya disebabkan dengan kekuatan askar AS tetapi adalah dengan
pakatan pasukan Perikatan Utara, Begitu juga dengan kejatuhan Iraq pada tahun 1990 kerana
Kuwait dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika Syarikat, di samping kerjasama puak-puak
minoriti di dalam negara tersebut. Tetapi jika tidak ada kerjasama ini, maka sesebuah negara
tersebut tidak akan dicerobohi. Daripada peristiwa-peristiwa tersebut akan memberi gambaran
kepada kita bahawa penting kerjasama perpaduan di dalam negara demi menjaga kemerdekaan.
Perkara-perkara sebegini haruslah kita sebarkan kepada generasi akan datang supaya mereka
sentiasa menghargai kemerdekaan. Kita belum tentu dapat merasai kehidupan seperti sekarang jika
individu yang lain menggantikan tempat-tempat mereka ini, dan sewajarnya kita bersyukur kepada
Tuhan kerana telah mengurniakan pemimpin-pemimpin yang bijaksana. Marilah kita sama-sama
menghayati kemerdekaan , dan menjaganya seperti nyawa kita sendiri. Seperti kata Tun Mahathir,
mengekalkan kemerdekaan itu adalah lebih sukar. Maka sama-sama kita mengisi kemerdekaan
yang kita perolehi ini dengan sebaik-baiknya. Sayangilah Negara kita dan hargai perjuangan datuk
nenek kita

You might also like