You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

1 Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas 2

2 Pengertian dan Konsep Semantik 6

3 Perbincangan 12

4 Kesimpulan 20

5 Bibliografi 22

1
Pendahuluan : Konsep tajuk yang dibahas

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek,

iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau

sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada

aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau

sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means

kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai

situasi.

Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa

Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19

lagi. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji

makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Hal ini menegaskan

bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna. Disebaliknya, semantik pula

dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud mengkaji

penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga

bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem tanda. Secara

umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, ‘Pensyarah Bahasa

Melayu saya Encik Rani’. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan

yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam dunia

sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda – tanda itu dengan tanda

lain yang juga disebut sebagai konsep.

2
Seterusnya, menurut Stalnaker (1972: 383), menyatakan bahawa sintaksis mengkaji

ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini telah menjelaskan bahawa semantik

memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang

diungkapkan. Dalam semua perkara, peraturan tersebut sememangnya tidak mendapat

penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan

preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan.

Lantaran itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), sematik ialah bidang kajian

tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang

kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam

sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik

merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara

abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu teori

makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat

diketengahkan secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik pada

peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan

emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada

fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi apabila

penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada

pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata – mata, tetapi

juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar.

Pendapat lain mengenai semantik mengikut pendapat tokoh, iaitu menurut Sperber dan

Wilson (1980), memberi pengertian semantik sebagai kajian tentang makna yang

diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa

dan nahu bentuk logik.

3
Manakala puisi melayu tradisional pula merujuk kepada pendapat Za’ba ialah susunan

perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan

yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan

sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk,

pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti

keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang

dalam kesenian rakyat. Setengah-setengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan

teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis. Warisan ini merupakan pusaka bangsa

melayu yang mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.

Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa masyarakat melayu

zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan beretika.

Rakaman kelembutan komunikasi, hubungan jiran tetangga, kemanisan mendidik anak

dan apa sahaja yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelusuri dengan penuh

bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Rakaman ini juga menampilkan citra masyarakat

melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan halus dalam

teguran. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan puisi-puisi warisan ini dengan amat cepat

memesrai masyarakat Melayu dan masyarakat lain hari ini tanpa mengira batas budaya dan

peringkat usia. Malah, puisi-puisi tetap utuh melandasi kaedah pendidikan baik pada

peringkat awal kanak-kanak hinggalah mendirikan rumah tangga serta hal-hal keagamaan ,

kenduri kendara dan kematian. Segala-galanya mengunkap corak-corak dan bentuk pemikiran

dan falsafah hidup mereka yang tinggi nilainya

4
Puisi tradisional adalah yang lebih menjurus kepada pantun, syair, gurindam dan juga

mantera. Dalam kertas kerja ini yang bertajuk “ Aspek Semantik Dalam Puisi Tradisional”

saya akan menumpukan pada satu aspek sahaja iaitu pantun dengan menggunakan teori

semiotik iaitu ilmu yang mempelajari tentang tanda. Ini kerana, pantun merupakan puisi

melayu tradisional yang paling popular berbanding dengan jenis-jenis puisi tradisional

melayu yang lain. Perkataan pantun dikatakan berasal daripada Indonesia yang dianggap

sebagai satu bentuk karma dari perkataan Jawa parik yang beerti pari yang membawa maksud

paribhasya dalam bahasa sanskrit atau peribahasa dalam bahasa melayu.

5
Pengertian dan konsep semantik

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas

dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam

bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian

juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan,

perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa),

dan unsur semantik dalam nahu.

Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah

ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus

Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu

perkataan.

Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang

bererti “tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu

yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu

bahasa serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan

oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique.

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam

bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif).

Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna

lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (O’Grady, 200, 224,

Fromin et al 2003.173)

6
Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah

bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Mnakala dalam buku Bahasa Malaysia

kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata,

frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk

linguistik.

Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah kajian linguistik

yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan

hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau

konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat

gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah

bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan

penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sperber dan Wilson (1980) pula, Buku Bahasa

Melayu II –mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada

aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu

bentuk logiknya.

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang merujuk kepada kajian

makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah

sebahagian daripada linguistik. Manakala menurut R. H. Robins (1992:24) mendefinisikan

semantik sebagai “Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari

segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik”. Seterusnya

Aminuddin (1988:15) menyatakan “Semantik berasal daripada bahasa Yunani mengamdungi

makna untuk memaknainya.

7
Teori semantik yang menjadi pilihan

Dalam kertas kerja ini yang bertajuk “ Teori semantik dalam puisi tradisional” , teori

yang paling sesuai untuk menghuraikan kajian ini ialah teori semiotik.Teori segitiga semiotik

dipelopori oleh Richard dan Ogden. Teori Semiotik bermula pada 1960-an di Eropah,

khususnya Perancis. Teori ini percaya bahawa ilmu tanda merupakan satu sains sosial yang

penting kerana ia dapat mendatangkan atau menzahirkan makna-makna dan signifikasi

tertentu. Pemikiran tentang lambang` ini terus meluas terutama apabila karya pemikir

Perancis diterjemahkan.

Teori ini menitikberatkan soal kebahasaan dengan penumpuan kepada sistem

perlambangan dan petanda dalam teks. Semiotik mungkin bermula awal, iaitu semenjak

zaman Plato lagi. Namun, untuk beberapa tempoh waktu, ia tidak dipentingkan terutamanya

dalam era penolakan epistimologi teori ini. Walau bagaimanapun, selepas kurun ke-17,

Semiotik muncul semula dengan lebih bertenaga. Beberapa cadangan supaya kajian secara

mendalam tentang bahasa yang lebih sistematik perlu diwujudkan telah disuarakan oleh ramai

pemikir falsafah seperti Ferdinand de Saussure dan Charles Sander Peirce. Idea Semiotik

bertolak daripada idea-idea struktural Fredinand de Saussure seorang ahli linguitik Perancis

yang sangat terkenal dengan kajian ilmu kebahasaan.

Ferdinand de Saussure yang mengkaji bahasa percaya bahawa, bahasa terbina dalam

struktur yang mengandungi tanda-tanda dan setiap tanda dalam bahasa itu memiliki makna

yang tersendiri. De Saussure mengunakan istilah semiologi yang mempercayai bahawa tanda

dalam sistem bahasa dapat dikaji secara saintifik. Menurut Saussure, bahasa adalah suatu

sistem tanda yang berfungsi melalui sebuah koda operasional oposisi binari (Mana

Sikana,2005: 34). Oposisi binari inilah yang menghasilkan makna-makna.

8
Seorang lagi tokoh penting teori Semiotik ialah Sander Pierce. Tidak sebagaimana De

Saussure, Pierce menggunakan istilah semiotik. Beliau dianggap sebagai tokoh pertama yang

menggunakan dan mempopularkan istilah semiotik ini yang kemudiannya dikenali dengan

nama teori Semiotik oleh pengkaji kemudian. Semiotik menghubungkan tanda-tanda dengan

psikologi manusia, manakala semiologi De Saussure memisahkannya.

Istilah Semiotik berasal daripada perkataan Greek daripada akar kata semeion yang

membawa maksud sains umum yang mengkaji sistem perlambangan dalam segenap

kehidupan manusia. Istilah telah digunakan oleh Charles Sander Peirce untuk merujuk kepada

satu cabang autonomous sains. Beliau membezakan tiga jenis lambang iaitu ikonik, indeksikal

dan simbolik (Terry Eagleton,1993: 111). Di antara Peirce dan Saussure ada perbezaan yang

jelas dalam penekanan terhadap lambang ini. Saussure merujuk lambang secara wewenang

kepada penandanya.

Idea semiotik dan semiologi yang dikemukakan oleh Sander Pierce dan De Saussure

terus dibahas dan dikembangkan oleh tokoh-tokoh lain yang turut mendokong idea ini. Antara

tokoh-tokoh yang telah menggunakan dan mengembangkan idea semiotik ini ialah Umberto

Eco, Roland Barthes, Jonathan Culler, Charles Morris, Micheal Rifatarre, Jurij Lotman dan

lain-lain.

Pengasas utama teori Semiotik dalam kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang

menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori dan metodologi semiotik (Mana Sikana,1990:

18). Lotman memberi perhatian kepada semantik sastera dengan melakukannya atas dasar dan

tanggapan bahawa setiap tanda harus memiliki makna. Menurut Lotman lagi, karya sastera

mempunyai sistemnya yang tersendiri, oleh itu interpertasi harus bersandarkan kepada

struktur linguistik dan dihubungkan dengan fenomena budaya dan pemikiran masyarakat.

9
Dengan ini, kita dapat menyatakan Lotman menganggap teks semiotik meliputi teks

kesusasteraan dan teks linguistik.

Berdasarkan teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan kepada tiga unsur atau entiti

yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau

bentuk kata, rujukan dan konsep seperti dalam rajah dibawah.

Teori segi tiga semiotik Ogden dan Richards (1949)

Fikiran

Simbol (Perkataan) Rujukan ( Benda atau perkara)

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship)

dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) atau (referen). Bentuk kata

(lambang) mempunyai hubungan yang tidak langsung ( indirect relationship) dengan rujukan

lain iaitu (benda). Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.

Kajian ini dijalankan untuk melihat aspek penggunaan teori ilmu semiotik dalam puisi

tradisional iaitu pantun. Toeri semiotik merupakan ilmu yang mencakup pelbagai disiplin

10
ilmu yang ada seperti kajian bahasa terutamanya, tanda (sign), simbol, seni bina dan reka

bentuk visual. Banyak kajian-kajian terdahulu dijalankan berkenaan dengan semiotik baik

semiotik terhadap bahasa, reka bentuk lambang atau logo mahupun . Kerangka

konsep dalam penelitian ini menggunakan semiotik Peirce (1839-1914), seorang tokoh

falsafah Amerika yang paling asli dan argumentatif (Alex, 2009). Tanda Peirce (1839-

1914) memberi fokus pada tiga aspek iaitu ikon, indeks dan simbol.

11
PERBINCANGAN

Pantun ditinjau dalam hubungannya dengan pertumbuhan serta perkembangan puisi

Melayu lama yang mempunyai kedudukan istimewa. Keistimewaan pantun terletak pada

keserhanaan serta kepadatan bentuk dan strukturnya. Sebait pantun memancarkan keindahan

pengucapan yang merangkum ketinggian budi, keluasan serta kedalaman pemikiran. Justeru

itu, dalam pantun dibawah akan dianalisis penggunaan semiotik.

Contoh pantun tradisional ialah seperti dibawah :

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Secara umumnya, dua baris pembayang berkenaan menceritakan bahawa ada

sesisir/setandan pisang emas dibawa oleh seseorang sewaktu belayar. Pisang itu diletakkan di

atas peti. Pisang itu kemudiannya masak. Walau bagaimanapun,pisang tersebut tidak masak

sekaligus tetapi sebiji-sebiji.

Pada baris 3 dan 4 di bahagian maksud, kisah orang yang berhutang. Ada dua bentuk

hutang iaitu hutang barangan emas dan hutang budi. Jika seseorang berhutang barangan emas,

hutang tersebut boleh dibayar oleh si pemiutang, tetapi kalau ia berbentuk budi, maka hutang

itu tidak dapat dibayar melainkan dibawa mati.

Melalui rangkap pantun ini, ia dikaitkan dengan 4 kisah berlainan yang kelihatannya

tidak saling berhubungan antara satu sama lain iaitu :

12
1. Kisah orang belayar.

2. Kisah pisang emas masa di atas peti.

3. Kisah hutang emas.

4. Kisah hutang budi.

Justeru itu, signifikannya perkataan utamanya yang menjadi penanda untuk baris

pembayang dan baris maksud. Pembayang ditandai kata kunci 'belayar' dan maksud ditandai

kata kunci 'hutang'. Dalam konteks ini, 'belayar' adalah akibat dan 'hutang' adalah sebab.

Seseorang harus belayar untuk membawa hutangnya. Hutang menjadi sebab untuk seseorang

belayar. Dengan ini 'belayar' menjadi kandungan yang boleh diertikan kekayaan/kekuasaan.

Oleh itu, 'belayar' mengandungi maksud 'hutang'.

Pembayangnya membayangkan maksud pada bahagian maksudnya. Bahagian maksud

baru mendapat makna penuh sebagai semiotik dalam kontrasnya dengan latar pembayang

yang ditransformasikannya.

Dalam pantun ini timbul pelbagai persoalan iaitu :

Kenapa pisang bukannya buah lain seperti rambutan, durian dan sebagainya?

Mengapa pisang emas tidak pisang lain ?

Mengapa harus dibawa pisang emas belayar bersama?

Mengapa dengan cara belayar bukan dengan pelbagai cara lain?

Mengapa harus belayar?

13
Mengapa pisang itu harus dimasakkan sewaktu dalam pelayaran?

Mengapa masaknya sebiji/sebiji-sebiji sahaja tidak semua sekali?

Mengapa pisang diletakkan di atas peti tidak di bawah/di dalam peti?

Mengapa peti bukan benda atau tempat lain?

Mengapa berhutang?

Apakah bezanya hutang emas dengan hutang budi?

Apakah emas, apakah budi itu?

Mengapa boleh? Bolehkah kalau tidak boleh?

Mengapa dibayar? Bolahkah kalau tidak dibayar?

Mengapa harus mati, tidak sakit atau dihidupkan terus?

Apakah yang mati itu?

Mengapa harus dibawa mati?

Seperti di dalam rangkap pantun dibawah yang menimbulkan persoalan :

Pisang emas dengan bawa belayar?

Hutang emas dengan bawa belayar?

Masak sebiji dengan di atas peti?

Hutang budi dengan di bawa mati?

14
Apakah makna semua kod kata yang saling berkait secara tumpang-tindih, simpang-

peranang dan sirat-jala tersebut. Untuk menghuraikannya , oleh itu teori semiotik telah

digunakan. Ini bagi mencari, memberi, menjenis dan memaknakan pantun, bukan hanya pada

perkataan tapi hubungan antara kata ke kata, kata ke baris, baris ke baris dan bahagian ke

bahagian.

Dalam pantun ini penanda-penanda pada kod-kod lambang sama ada berupa ikon,

indeks atau simbol akan dianalisis untuk mendapatkan maknanya.

Oleh itu, “pisang emas’ sebagai pembayang kepada ‘hutang emas’ bukan sahaja secara

linguistik tetapi berdasarkan maksud antara antara keduanya iaitu berhutang emas sama

sedapnya seperti memakan pisang emas.

‘Hutang’ merujuk kepada pemilikan harta yang menandakan pertentangan kelas

antara kaya dan miskin. Si kaya sebagai penghutang sementara si miskin menjadi pemiutang.

Hutang biasa ditanggap dalam dua bentuk iaitu hutang barangan (benda) dan hutang budi

(emotif).

Pada umumnya, hutang emas boleh dibayar, (kerana ia berbentuk barangan), namun

hutang budi akan kekal abadi hingga ke akhir hayat kerana berbentuk emotif. Begitu juga

hal-hal yang berbentuk emotif seperti budi yang akan dikenang oleh seseorang walaupun

sudah meninggal dunia. Dalam masyarakat, setiap manusia secara sedar atau tidak pasti

berhutang dalam hidupnya, paling tidak ‘berhutang’ dengan tuhan secara emotif.

15
Untuk keseluruhan makna pantun ialah ‘Pisang’ adalah sejenis buahan popular yang

dimakan oleh orang Melayu. Ini kerana budaya pemakanan Melayu ada 3 jenis makanan yang

boleh bertukar ganti (pada keadaan tertentu menjadi makanan ruji) iaitu padi/beras/nasi, ubi

dan pisang. Pisang adalah simbol kemiskinan. Orang kaya lebih kerap menjadikan pisang

hanya sebagai pembasuh mulut sahaja. Pisang banyak ditanam dan dianggap penting oleh

petani kampung yang secara amnya digambarkan miskin. Orang kaya menanam pisang hanya

kerana hobi atau sebagai penghias halaman rumah sahaja. Ternyata pisang amat penting dan

berpengaruh dalam kehidupan orang Melayu.

Sifat pisang yang sedemikian rupa membawa maksud dengan sifat hutang bukan

sahaja secara linguistik tetapi juga secara semantik. Seperti mana ‘pisang’, ‘hutang’ juga

merupakan simbol kemiskinan. Orang miskin kebanyakannya terpaksa berhutang demi

meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dalam pengertian yang lebih luas, semua orang

sebenarnya berhutang. ‘Hutang’ menjadi simbol kepada keperluan hidup manusia. Kita tidak

hanya berhutang wang/barangan tapi budi dan emosi. Oleh itu, sama seperti ‘pisang’ yang

menjadi keperluan jasad, maka ‘hutang’ pula bukan sahaja merupakan keperluan untuk

meneruskan kelangsungan hidup jasad malah batiniah juga. Jelasnya ‘pisang’ dan ‘hutang’

sama-sama penting dalam hidup kita.

Seterusnya ‘pisang emas’ dipilih walaupun pelbagai jenis pisang kerana pisang emas

adalah pisang yang rasanya paling sedap berbanding pelbagai jenis pisang yang ada. Warna

segar keemasannya sangat memikat, walaupun ia adalah antara pisang yang bersaiz kecil.

Dari aspek botani, warna buah, susun atur buah disisir dan ditandannya serta bentuk fizikal

pohonnya lebih cantik dari pohon-pohon pisang lain. Secara linguistik dan semantiknya,

16
‘pisang emas’ menbawa maksud dengan ‘hutang emas’. Berhutang memang sedap dan

memikat. Tidak kiralah sama ada hutang yang besar seperti hutang emas mahupun hutang

yang kecil seperti hutang budi. Malah semakin kecil (seni) hutang tersebut, makin tinggi

nilainya. Pandangan masyarakat Melayu terhadapa keperkasaan di kecil telah lama berakar

umbi dalam cerita-cerita rakyat. Sang Kancil berbadan kecil tapi lebih perkasa (pintar) dari

Sang Harimau yang berbadan besar.

Seterusnya dalam pantun ini mengapa pula harus ‘pisang emas yang dibawa belayar?

Apakah pula kaitannya antara ‘pisang emas-belayar-hutang emas-hutang budi?’ Dalam

penerangan diatas telah dijelaskan bahawa ‘pisang’ adalah simbol kemiskinan dan kekayaan.

Orang miskin terpaksa belayar di atas kapal kepunyaan orang kaya untuk membayar

hutangnya. ‘Belayar’ adalah simbol yang sekaligus membawa maksud kekayaan. Orang akan

belayar mencari kekayaan. Orang kaya akan belayar untuk mencari kekayaan dan kekuasaan.

Hal ini banyak tergambar dalam cerita rakyat atau cerita penglipur lara. Si Tenggang

belayar untuk mencari kuasa dan harta. Pelayaran memakan masa yang lama. Untuk

mengharungi masa yang getir meredah lautan luas. Mereka harus membawa bekalan. Dan

bekalan terbaik tentulah pisang, dan pisang yang terbaik tentulah pisang emas. Dalam

masyarakat melayu, pelayaran orang melayu lazimnya hanya pisang emas sahaja yang dibawa

bersama oleh pelayar untuk belayar.

Dunia pelayaran adalah dunia yang lengkap. Di atas kapal tersebut terbentuk suatu

komuniti yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam meneruskan keperitan hidup

di samudera raya yang luas. Tentu sahaja kebergantungan tersebut menjadikan mereka harus

‘berhutang’ antara satu sama lain sama ada dalam bentuk barangan (emas) mahupun maksud

(budi). Semua hutang tersebut pada dasarnya akan dijelaskan oleh mereka apabila habis

17
belayar nanti. Mereka mungkin akan meninggal sewaktu pelayaran. Ini berikutan dunia

pelayaran adalah dunia penuh risiko. Oleh itu mereka telah memperingati diri sendiri dan

orang lain juga bahawa ‘hutang’ yang nantinya sempat dibayar dan akan ada juga yang tidak

sempat dibayar tidak kiralah sama ada hutang barangan (emas) atau hutang budi.

Latar dan suasana ‘belayar’ yang secara luasnya dapat disimbolkan sebagai hidup dan

perjuangan mengajar mereka untuk berhati-hati, bersyukur dan memuliakan hasil jerih perih

mereka. Kerana itulah ‘pisang’ yang penuk nikmat tersebut harus ‘dimasakkan’ secara

berdikit-dikit (sebiji/sebiji demi sebiji) agar mereka dapat menikmati hasilnya semaksimum

mungkin. Sifat berjimat cermat ini membolehkan mereka mengumpulkan kekayaan sebanyak

mungkin untuk dibawa pulang, yang akhirnya membolehkan menjadi kaya-raya, punya kuasa

dan dihormati.

Itulah versi dan misi hidup yang mereka muliakan dan seringkali diingatkan. Kerana

itulah ‘pisang’ tersebut diletakkan ‘di atas peti’. Kalau disimpan pisang tersebut di dalam atau

di bawah peti, mereka mungkin lupa diri dan tujuan ‘pelayaran’ mereka kerana ‘pisang’ yang

menjadi visi dan misi mereka terselindung dari pandangan mata.

Sememangnya perjuangan hidup tidak akan selesai. Semakin getir hidup kita, semakin

tabah semangat dan perasaan kita. Semakin lama hidup, semakin kaya kita dengan aneka

ragam pengalaman. Ada yang boleh kita ‘bayar’ iaitu manfaatkan di dunia dan ada yang

menjadi nostalgia abadi yang tersemat disanubari kita sahaja dimana kita akan ingat, kenang

dan sanjung sampai mati kerana ianya nanti mengulit mimpi-mimpi indah kita di alam

18
barzakh. Maka ‘budi’ baik yang diterima sewaktu di dunia akan dikunci ‘di peti hati’ lalu

bersemadilah ‘budi’ dan ;kematian’ kita ‘di dalam peti’ untuk selama-lamanya. Dengan ini

‘peti’, ‘budi’ dan ‘mati’ adalah simbol saling berhubungan yang menjadi lambang antara dua

dunia iaitu dunia kehidupan dan dunia kematian.

Demikian juga apabila dilihat pujangga dahulu kala ianya sarat dengan keindahan,

keajaiban dan kekreatifannya yang mentransformasikan realiti kehidupan yang direnungi dan

ditafsir kepada teks yang penuh seni dan kiasan

Dengan ini terdirilah serangkap pantun sebagai satu kesatuan bentuk yang membawa

makna yang utuh tanpa perlu memisahkan struktur pembayang dan maksudnya.

Sememangnya, keunikan, kepujanggaan dan kesarjanaan pantun Melayu yang sarat dengan

pemikiran aras tinggi Melayu yang masih tidak berjaya dicerobohi atau diciplak oleh penyair

dan tokoh-tokoh Barat.

19
KESIMPULAN

Melalui kajian semantik iaitu dengan menggunakan teori semantik dapat disimpulkan

bahawa pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu.

Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang

ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara

tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi

alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan

jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan

dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam

pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga

mengandungi makna yang mendalam.

Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam

meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang

merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun

melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air

muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan

harmonis. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa

masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan

terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini.

Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to the point, ataupun

lebih berterus terang dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud, sama ada dalam pantun

mahupun dalam bahasa seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang

semakin merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. Perubahan masa bukanlah

satu alasan untuk generasi hari ini merosakkan dan memperlecehkan keindahan dan kehalusan

20
pantun. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari

ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun.

Adat muda semestinya ada bentuk-bentuk yang baru, tetapi janganlah sehingga mengetepikan

khazanah lama yang ternyata indah dan halus. Membentuk masyarakat yang maju dan

bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan

Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

21
Bibliografi

1)Abdul Halim Ali, Mendekati puisi melayu tradisional, (2006) ,

Penerbitan Profesional Baharu, Tanjung Malim

2)Nor Hashimah Jalaluddin, Semantik Dan Pragmatik Satu Pengenalan,

(1992) , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

3)Uegene A. Nida, Menerokai Struktur Semantik, (1996) , Dewan

Bahas aDan Pustaka, Kuala Lumpur

4)Prof Dr Henry Guntur Tarigan, (1985) , Pengajaran Semantik, Angkasa,

Bandung

5)Maxim Stamenov terjemahan Rusli Abd. Ghani, (1998), Perkembangan

Semasa Teori Semantik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

22

You might also like