You are on page 1of 15

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT.

ISMAIL 700509115298001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA : ZAKIAH BINTI ISMAIL

NO. MATRIKULASI : 700509115298001

NO. KAD PENGENALAN : 700509-11-5298

NO TELEFON : 013-9399570

E-MAIL : zakiahismail54@yahoo.com

PUSAT PENGAJIAN : OUM KELANTAN

PENSYARAH : EN. SAUFI BIN ABDULLAH

0
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT

1.0 Pengenalan 2-4


1.1 Latar Belakang
1.2 Matlamat
1.3 Objektif
1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan
1.5 Tempat
1.6 Tema
1.7 Modul/Topik
1.8 Kumpulan Sasaran
1.9 Aktiviti
1.10 Senario Pembelajaran Dunia Seni Visual Pada Masa
Kini

2.0 Pengalaman 4-6


2.1 Aktiviti 1: Lukisan (Minggu Pertama)
2.2 Aktiviti 2: Catan (Minggu Kedua)
2.3 Aktiviti 3: Kolaj (Minggu Ketiga)
2.4 Aktiviti 4: Montaj (Minggu Keempat)

3.0 Ekspresi 7-9


3.1 Aktiviti 1: Lukisan
3.2 Aktiviti 2: Catan
3.3 Aktiviti 3: Kolaj
3.4 Aktiviti 4: Montaj

4.0 Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian) 9-11

5.0 Kesimpulan 12-13

Rujukan 14

1
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

1.0 Pengenalan
Seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan
bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain.
Manakala menurut Herbert Read (1997), pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Seni Dalam Pendidikan
merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan
dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.
Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti,
sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan
juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai
dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai
nilai jati diri yang tinggi.Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan
pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang
telah dipelajari. Seni Dalam Pendidikan menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Tugasan HBEF1403 Seni
Dalam Pendidikan ini meminta kami menyediakan kertas cadangan yang memperincikan
aktiviti kreatif murid sekolah rendah melalui program seni lukis dan seni reka dengan
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen ekspresi dalam
sesebuah hasil seni.

1.1 Latar Belakang


Sekolah Kebangsaan Bukit Gading merupakan sebuah sekolah gred B yang terletak di pinggir
bandar Tanah Merah dengan jumlah murid di sekolah ini dianggarkan seramai 350 orang.
Terdapat enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual dan tiga orang
daripadanya merupakan guru yang tiada pengkhususan dalam Pendidikan Seni. Saya telah
diamanahkan mengajar Dunia Seni Visual Tahun Tiga di mana terdapat sebilangan kecil
murid masih bermasalah dalam Bidang Menggambar kerana tidak dapat membezakan warna
asas, apatah lagi mencampur warna untuk menghasilkan lukisan yang berkualiti. Justeru,
bertitik tolak daripada hasil kerja yang telah diberikan, saya berpendapat masalah ini perlu
diatasi dengan segera kerana pengalaman menguasai kemahiran seni adalah penting kepada

2
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

murid-murid untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
1.2 Matlamat
i. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen
ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
ii. Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

1.3 Objektif
i. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berkarya dan berimaginasi mengikut
kreativiti mereka sendiri.
ii. Memupuk semangat keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
iii. Melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri sendiri.

1.4 Cadangan Masa Perlaksanaan


27 September hingga 22 Oktober 2015 (Empat minggu)

1.5 Tempat
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, Tanah Merah Kelantan.

1.6 Tema
“Seni Di Hatiku”

1.7 Modul/Topik
Modul Menggambar – Lukisan

1.8 Kumpulan Sasaran


Semua murid Tahun 3

1.9 Aktiviti
i. Lukisan
ii. Catan
iii. Kolaj
iv. Montaj

3
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

1.10 Senario Pembelajaran Dunia Seni Visual Pada Masa Kini


Di sekolah rendah, pengajaran Dunia Seni Visual secara tradisinya lebih kepada lukisan dan
mewarna secara bebas sahaja. Murid tidak didedahkan kepada teknik dan penggunaan warna
dengan betul. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan guru Dunia Seni Visual tidak
mendapat latihan secara formal dalam mata pelajaran tersebut. Dalam meneliti abad ke-21,
Dunia Seni Visual menjadi salah satu mata pelajaran yang telah dimartabatkan dan berperanan
besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum
dalam mata pelajaran lain.

2.0 Pengalaman
Jelaskan pengalaman yang bakal dilalui oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir bagi
perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan topik yang dipilih. (contohnya, kemahiran
melukis)
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian (Zulkifi
Yaakob, et. al., 2014). Antara aktiviti yang dirancang ialah:

2.1 Aktiviti 1: Lukisan (Minggu Pertama)


Melukis merupakan seni di mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari
objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan
Alam Semula Jadi iaitu bertajuk Buah Epal dan Oren. Aktiviti ini berkaitan dengan pengalaman
dengan kehidupan diri murid dengan kerana dengan menggunakan bahan maujud iaitu gambar
buah epal dan oren yang seau mereka lihat. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Penggunaan pelbagai jenis alat boleh memberikan imej tertentu kepada media yang
digunakan. Murid akan berpengaaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media,
serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. Di samping itu juga mereka dapat mengenal
dan menyatakan jenis-jenis media, bahan-bahan yang digunakan seperti kertas lukisan dan
pensel warna atau oil pastel serta mengetahui penggunaan media, proses dan teknik dalam
penghasilan lukisan sama ada garisan selari atau garisan bersilang atau gabungan kedua-dua
garisan. Guru boleh menunjukkan cara melakar gambar buah epal dan buah oren dengan
memberikan penekanan pada ruang dan imbangan dan cara mewarna lakaran dengan
menekankan penggunaan ton warna untukmenimbulkan bentuk.

4
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni murid-murid terutama dalam kerja-
kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni murid-murid,
guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bahasa tampaknya.
Disebabkan setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-
kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran murid-murid juga
berlaku melalui pemerhatian terhadap persekitaran murid-murid. Di samping itu, aktiviti yang
dirancang juga memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual
dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Melalui
aktiviti melukis ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang
dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh
diaplikasikan dalam kerja-kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya. Murid juga
dapat membuat apresiasi terhadap karya mereka sendiri dan rakan-rakan berpandukan bahasa
seni visual dengan mempamerkan hasil karya yang dihasilkan seterusnya menghargai dan
menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

2.2 Aktiviti 2: Catan (Minggu Kedua)


Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka.
Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi iaitu bertajuk Rama-Rama. Murid-
murid lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik
perhatian mereka. Penggunaan berus lukisan dan palet, kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau
cat tempera akan menarik minat murid. Murid berpengaaman mengetahui definisi catan, mengenal,
memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan, media, serta proses dan teknik
sama ada basah atau kering semasa menghasilkan catan. Mereka juga berpeuang mengenali bentuk,
warna sama ada sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna, ruang, prinsip rekaan, imbangan
sama ada simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan serta kepelbagaian warna. Aktiviti
menghasikan catan akan memberi kepuasan dan keseronokan murid melukis terutamanya apabila
mereka memegang peralatan melukis mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. Sains boleh
digunakan dalam aktiviti ini. Murid-murid akan melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan seni
mereka. Misalnya, pemcampuran dua warna asas akan menghasilkan warna kedua yang lain.

2.3 Aktiviti 3: Kolaj (Minggu Ketiga)


Aktiviti melukis atau mengambar dengan menggunakan teknik kolaj dapat memberi
pengalaman kepada murid-murid dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan bentuk.
Murid-muridini boleh memilih bahan-bahan yan disukai dan mengeluarkan idea. Mereka akan
menghasilkan kolaj mengikut imaginasi dan kekreatifan mereka. Mereka akan menggunakan

5
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

pemikiran kreatif mereka untuk menghasilkan kolaj yang menarik dan menepati tajuk atau
tema yang diberi. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam Semula Jadi iaitu bertajuk
Kumbang Ladybird. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan mengetahui definisi kolaj dan
didedahkan dengan cara membuat kumbang Ladybird dengan menggunakan bahan seperti
kertas lukisan, gam, majalah, surat khabar dan alatan seperti gunting. Murid juga akan
berpengalaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual, jenis-jenis media, serta proses
dan teknik dalam penghasilan kolaj. Teknik kolaj dan mewarna dapat mengembangkan daya
imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga berpengalaman
berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya di samping mewujudkan suasana yang dinamik
dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Di samping itu, Matematik boleh di gunakan
di dalam setiap aktiviti kerana murid-murid. selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang
di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka
membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi.

2.4 Aktiviti 4: Montaj (Minggu Keempat)


Melalui aktiviti ini, murid-murid secara tidak langsung terlibat dengan kemahiran motor halus
dan motor kasar semasa menggunting surat khabar lama atau gambar untuk membentuk
montaj. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Objek Buatan Manusia iaitu bertajuk
Suasana di Jalan Raya. Melalui aktiviti ini, murid dapat menzahirkan persepsi dan pemahaman
bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian, kesatuan objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan gambar teknik montaj. Berpandukan contoh montaj dan gambar
pelbagai jenis kenderaan murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual
yang ada pada gambar teknik montaj melalui unsur seni seperti bentuk dan ruang mengikut
ilusi mereka, memahami prinsip rekaan melalui imej yang pelbagai. Selain diberi pengalaman
membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini
termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan. Dalam aktiviti ini guru boleh membimbing murid kemahiran lisan
seperti nyayian. Ia dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi
dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan
pembelajaran lebih menyeronokkan.
3.0 Ekspresi
6
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Menurut Taylor (1976), ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa

hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti

pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Standard Kandungan KSSR

Dunia Seni Visual mengandungi ekspresi kreatif di mana murid dapat mengaplikasikan

pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik

dalam penghasilan karya dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif,

menggunakan bahasa seni visual iaitu dalam penghasilan karya dan mengaplikasikan proses

dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya mereka. (Panduan Pengajaran Dunia Seni

Visual KSSR). Ekspresi visual seseorang murid terhadap sesuatu objek yang dilukis

merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan. Aktiviti -

aktiviti yang dilaksanakan akan dapat memperkembangkan daya kreativiti serta membuat

ekspresi visual (pernyataan hasrat diri atau ekspresi diri) murid-murid.

3.1 Aktiviti 1: Lukisan

Melalui aktiviti kreatif dan estetika murid-murid dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan
dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudah di mana aktiviti estetika dan kreatif membantu
kanak -kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka. Mereka juga dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya mereka dengan memilih dan memanipulasi bahan secara
kreatif, menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya dan seterusnya
mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya. Bahan yang
digunakan dalam aktiviti ini ialah kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel. Murid dapat
melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru serta menghasilkan lukisan mengikut
kreativiti. Ekspresi akan lahir dari kesan bentuk mengikut ilusi murid, garisan seperti tebal dan
nipis, warna sama ada primer dan sekunder, ruang mengikut ilusi serta imbangan sama ada
simetri atau tidak simetri ataupun gabungan imbangan. Warna misalnya dapat memberikan
kesan, suasana, dan mempengaruhi perasaan murid-murid. Warna dapat membuat perasaan
menjadi ceria, meningkatkan semangat, meningkatkan konsentrasi, dan sebagainya kerana
dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk,
panas dan sebagainya. Menurut Zul Fazli Md Noh (2015), secara psikologi setiap warna

7
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

memberikan pengaruh terhadap rasa, perilaku, dan sebagainya. Warna sejuk banyak
terinspirasi dari dinginnya air, sejuknya awan dan pemandangan serta segarnya daun. Warna
sejuk terdiri dari empat warna iaitu hijau, biru, ungu, dan merah jambu (pink). Kebiasaannya
murid-murid akan mentafsirkan warna berdasarkan apa yang dilihat. Contohnya, air dan langit
berwarna biru, tanah berwarna perang, pokok berwarna hijau, pakaian terdiri daripada pelbagai
aneka warna dan sebagainya. Dalam aktiviti ini, ekspresi digambarkan secara realiti bahawa
warna hijau menggambarkan alam contohnya buah epal berwarna hijau atau merah.

3.2 Aktiviti 2: Catan


Catan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat
air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Aktiviti yang
melibatkan penggunaan warna dapat merangsang minda murid lebih kreatif di mana semasa
menghasilkan karya catan murid diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir
sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang
sesuai dengan karya. Dengan cara ini, murid bebas meneroka, meluahkan perasaan dan
kreativiti. Murid yang menghasilkan catan juga akan dikuasai oleh ekspresi perasaan diri
mereka sendiri di mana mereka dapat menzahirkan luahan perasaan melalui karya mereka.
Murid mampu mengolah serta meluahkan perasaan mereka melalui contengan serta
penggunaan warna yang tebal dan nipis, serta garisan-garisan yang dihasilkan mengikut
kehendak diri mereka sendiri. selain itu, kesan warna tebal, menunjukkan kepada ketegasan,
perasaan marah dan sebagainya. Murid dapat memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
dalam menghasilkan catan. Murid harus diperkenalkan dengan media yang akan digunakan dan
didedahkan dengan tunjuk cara melakar gambar rama-rama dengan memberikan penekanan
pada ruang dan imbangan serta teknik mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton
warna untuk menimbulkan bentuk.

3.3 Aktiviti 3: Kolaj


Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan
bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi
ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh
bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan
kepada kandungan dan penyampaian gambar. Menerusi teknik kolaj, murid dapat
menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar
8
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

mereka. Murid diperkenalkan dengan media yang digunakan iaitu gunting, kertas lukisan, gam,
kertas warna, kertas majalah dan bahan-bahan lain yang sesuai. Mereka akan menampal bahan-
bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran
ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini
menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar
lebih kreatif dan berkesan. Garisan juga menjadi unsur yang terpenting dalam kerja melukis
dan menggambar. Melalui garisan murid boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar,
membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui teknik kolaj. Guru akan
menunjuk cara melakar rupa kumbang ladybird dan contoh membuat kolaj kumbang ladybird
supaya mereka dapat menghasilkan kolaj mengikut kreativiti masing-masing setelah diberi
bimbingan.

3.4 Aktiviti 4: Montaj


Dalam aktiviti menggambar menggunakan teknik montaj, murid-murid dapat menggunakan
berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang
tersendiri. Ini jelas dapat membantu perkembangan murid-murid dari aspek psikomotor dan
emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid-murid. Bidang ini
menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Media seperti gunting,
kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan
dengan menggunakan teknik montaj. Melalui teknik ini murid dapat memahami cara
menggunting dan menampal gambar kenderaan secara tersusun menjadi satu komposisi yang
menarik mengikut kreativiti mereka.

4.0 Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)


Mengenal pasti cara belajar dan merancang intervensi bagi memudahkan proses pembelajaran
dapat membantu murid melaksanakan aktiviti dengan efektif dan berkesan sesuai dengan
kemampuan dan minat mereka. Keseronokan ketika menjalankan aktiviti akan memudahkan
murid untuk memahami ilmu kerana setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang
bersesuian. Guru perlu memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti yang berkesan
supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan tersebut. Penekanan yang khusus perlu
diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam teori kecerdasan pelbagai. Menurut Gardner
(1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan
Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal, Kecerdasan Kinestetik,

9
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan


Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang, pemilihan tajuk aktiviti mestilah bersesuaian
dengan kebolehan murid. Contohnya bidang menggambar, aktiviti lukisan, tajuk ‘Buah Epal
dan Oren’, guru boleh memperkenalkan bahan maujud yang merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang sebagai sumber. Aktiviti ini akan menarik
minat murid kerana mereka akan belajar melalui pengalaman di dalam dunia sebenar seperti
contoh di bawah:

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Aktiviti 3

10
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Aktiviti 4

Sumber: Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR Tahun 3

Semasa aktiviti dijalankan, pelbagai teori kecerdasan akan diaplikasikan. Peranan guru sangat
penting dalam mengembangkan lapan jenis kecerdasan ini iaitu melalui pendidikan,
pengalaman dan persekitaran. Kecerdasan Visual-Ruang banyak digunakan dalam seni visual.
Kecerdasan tidak boleh dinilai secara berasingan misalnya Kecerdasan Visual-Ruang boleh
disepadukan dengan Kecerdasan Logic-Matematik. Semua ujian kecerdasan mesti berupaya
mengukur semua jenis kecerdasan murid. Menurut kajian yang dijalankan oleh Ikhsan Othman
(2010), mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan unsur
kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif untuk berlakunya
pembelajaran. Manakala kajian Siti Rahayah Ariffin et. al. (2008), pula mendapati seseorang
individu itu mempunyai lebih daripada dua kecerdasan tradisi iaitu Kecerdasan Verbal-
Linguistik dan Kecerdasan Logik-Matematik. Justeru, kesemua unsur kecerdasan pelbagai
perlu diperkembangkan dalam diri setiap murid melalui kurikulum selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mewujudkan individu yang dapat menyumbang
kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

5.0 Kesimpulan

11
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada
murid untuk meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan
meningkatkan nilai estetika. Dunia Seni Visual merupakan mata pelajaran penting untuk
meningkatkan daya kreativiti dan berkeupayaan tinggi dalam membuat inovasi serta
melahirkan murid yang celik seni dan berbudaya, di samping memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Dunia Seni
Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada murid-murid memupuk minat,
memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Lukisan, catan, kolaj dan
montaj yang terkandung dalam aktiviti yang dirancang menekankan perkembangan imaginasi,
kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar menggalakkan murid
membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik
mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat
penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga
dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa
akan datang.
Adalah diharapkan, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid-
murid serta memupuk sikap menghargai, menyayangi dan mencintai seni seterusnya dapat
menarik minat mereka terhadap mata pelajaran Dunia Seni Visual bertepatan dengan tema
yang dipilih iaitu “Seni Di Hatiku”. Amat diharapkan juga, melalui aktiviti yang dirancang
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran seperti pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan melukis dan
mengenai sumber motif dalam persekitaran. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid
pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,
berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Semoga segala aktiviti yang
12
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

dirancang dapat membuka minda murid-murid agar sentiasa berfikiran kreatif serta membuka
mata warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gading bahawa murid-murid sekolah ini mempunyai
kebolehan mereka tersendiri dan kreatif.

6.0 Rujukan

13
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3.
(2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum,
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, Tanjong Malim:
Universiti Sultan Idris.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books.
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun
3. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber.
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor Kontribusi
Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja, Jurnal Pendidikan, Vol. 33,
35-46.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Internet
Abu Bakar. (2010). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. (Atas Talian):
http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html.
Diakses pada 20 September 2015.
Colourexist. (2010). Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi
Pendidikan Seni. (Atas Talian): http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-
seni-definisi-seni-definisi.html. Diakses pada 20 September 2015.
Zul Fazli Md Noh. (2015). Warna Berperanan Dalam Menjelaskan Ekspresi Pelukis Terhadap
Budaya Masyarakat, Persekitaran Dan Warisan Bangsa. (Atas Talian):
http://duniasenizulfazli.blogspot.my/2015/09/warna-berperanan-dalam-
menjelaskan_13.html Diakses pada 20 September 2015.

14

You might also like