You are on page 1of 3

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga hari ini
seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada murid-murid Tahap Dua. Sepanjang penggal
pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan
mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yang terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.

Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini
bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botol-botol kaca, barang-barang
plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, aktiviti ini juga
telah menambahkan tabungan kelab hasil jualan barang-barang terpakai tersebut kepada kedai kitar semula.
Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri
Tualang.

Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar semula di Shah Alam.
tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang bagaimana menguruskan barang terpakai
untuk dikitar semula.

Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta dengan mengunakan
bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti murid-murid dalam
menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan
hangat daripada ahli-ahli kelab serta para pelajar.

Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya ahli-ahli kelab
menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan masalah itu untuk dibincangkan dan
diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat dan ahli jawatan kuasa Kelab Alam Sekitar.

Laporan disediakan oleh, 15 Disember 2010

You might also like