You are on page 1of 6

Kuih biskut semperit susu

Bahan-Bahan:

– 250 Buttercup
– ½ cawan gula icing
– ½ cawan susu pekat
– ½ cawan tepung kastard
– 400gm tepung jagung
– Sedikit esen vanilla

CARA-CARANYA:

– Buttercup di gaul sebati bersama gula icing menggunakan senduk kayu.


– Masukkan susu pekat, gaul hingga sebati lagi kemudian masukkan esen
vanilla.
– Masukkan tepung kastard dan gaul lagi.
– Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit hingga dapat doh yg lembut dan
tidak melekat di tangan.
– Tekan adunan menggunakan acuan samperit di atas loyang yg di
alaskan kertas minyak/baking paper.
– Biarkan dahulu selama 1 jam (anginkan dengan kipas angin) supaya
bunga tidak jatuh/kembang selepas bakar
– Panaskan dahulu oven dengan suhu 160c dan bakar selama 25min api
atas bawah atau mengikut oven masing-masing.
Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup
Bahan-Bahan;

375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)


1 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan badam hancur
2 cawan tpg jagung*
2 1/2 cawan tpg gandum*(*di ayak bersama)
Untuk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul mentega dan gula serta kuning telur dan esen vanila. Gaul sebati
je.

2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan tepung gandum dan uli
menjadi doh yang lembut. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.

3. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan


taburkan sedikit badam cincang.

4. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu oven 160C.
RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)


 1 1/4 cawan brown sugar
 1 sudu kecil esen vanila
 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B
 2 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 cawan tepung jagung
 1 sudu kecil baking powder
 1 sudu kecil soda bikarbonat
 6 sudu besar minyak
 *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila
dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)

3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam
setengah jam.

4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk
membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk
bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan Gebu & Sedap
Bahan-Bahan:
– 1/2 cawan butter
– 1 cawan gula perang
– Sedikit esen vanila
– 1 sudu besar minyak sapi
– 1 biji kuning telur
– 2 sudu kecil pewarna merah
– 1 sudu kecil pewarna oren
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 sudu kecil cuka masakan
– 1 sudu kecil baking powder
– 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu besar tepung beras
– 2 sudu besar tepung jagung
– 1 3/4 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan almond slice
– 1/2 cawan coklat chip putih
Cara-Cara:
1. Masukkan butter, gula perang, esen vanilla, minyak sapi dan telur.
Sebatikan
2. Masukkan pewarna merah dan oren kemudian gaulkan.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang selebihnya ke dalam adunan.
Gaul hingga sebati.
2. Kemudian cubitkan doh dan letak ke atas loyang
3. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit.
Resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan Cookies
Bahan resepi red velvet cookies simple :
1. Setengah cawan atau 150 gram butter
2. Satu cawan gula perang
3. Sedikit esen vanilla
4. Satu sudu besar minyak sapi
5. Satu biji kuning telur
6. Dua sudu kecil pewarna merah
7. Satu sudu kecil pewarna oren
8. Satu sudu kecil cuka masakan
9. Satu sudu kecil baking powder
10. Setengah sudu kecil soda bikarbonat
11. Satu sudu besar tepung jadung
12. Satu, tiga per empat cawan tepung gandum.
13. Coklat chips putih secukupnya
14. Almond slice secukupnya

Cara membuat biskut red velvet :

1. Satukan butter, gula, esen vanilla, minya sapi, telur kuning. Whisk
kan sampai sebati.
2. Masukkan pewarna, sebuk koko serta cuka masakan. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung beras, tepung jadung dan kacau rata
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Masukkan coklat chips dan almond slice dan gaul rata. ( tak perlu di
sangai )
6. Tutup adunan guna plastc wrap dan rehatkan dalam peti ais
bahagian chiller selama setengah jam

You might also like