You are on page 1of 10

SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

BAB 2
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN
PASARAN

2.1 Menghuraikan Permintaan

2.1.1 Mendefinisikan Permintaan


 Permintaan  sejumlah kuantiti sesuatu brg & perkhidmatan yg sanggup &
mampu dibeli oleh pengguna pd beberapa tingkat harga alternatif dlm masa
tertentu.
 Menunjukkan kuantiti sesuatu produk yg akan dibeli pd beberapa tingkat harga
yg mungkin.
 Terbahagi kpd 2 :-

 Individu
− Permintaan individu menunjukkan perhubungan antara tingkat harga &
kuantiti brg tertentu yg diminta oleh seseorg pengguna pada masa tertentu.

 Pasaran
− Jumlah kuantiti sesuatu brg yg diminta oleh semua pengguna dlm pasaran
terhadap brg itu pd suatu tingkat harga dlm tempoh masa tertentu.
2.1.2 Menerangkan Hukum Permintaan
i. Hukum permintaan menerangkan semakin tinggi harga
barang, semakin kurang kuantiti barang yang diminta dan
sebaliknya, semakin rendah harga barang, semakin banyak
barang yang diminta. Ini beerti harga dan kuantiti barang
diminta mempunyai hubungn yang songsang atau negatif.
Oleh itu, keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri dan
ke kanan.

 Fungsi Permintaan

Qd = a – bP

Qd = kuantiti diminta
P = harga
a = pintasan pd paksi harga
b = kecerunan keluk DD

2.1.3 Mengenalpasti faktor-faktor Permintaan


Faktor-faktor permintaan terdiri daripada harga barang itu sendiri,
harga barang lain, citarasa atau perubahan citarasa, saiz dan
struktur penduduk, ramalan atau jangkaan harga masa depan
(spekulasi), pendapatan isi rumah atau pengguna, dasar atau polisi

11
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

kerajaan, musim, kadar bunga atau kadar faedah dan kemudahan


kredit agihan pendapatan dan agihan pendapatan.

i. Harga barang itu sendiri


 Dengan andaian lain adalah tetap atau ceteris
paribus, perubahan sesuatu barang akan
menyebabkan kuantiti diminta barang tersebut turut
berubah.
 Apabila harga sesuatu barang jatuh, permintaan akan
meningkat dan sebaiknya, apabila sesuatu barang
naik, permintaan akan berkurangan.

ii. Harga barang lain (Pn)


Barang-barang dalam ekonomi saling berkait. Perubahan
harga sesuatu barang akan mempengaruhi permintaan
terhadap barang lain.
a) Barang pengganti
 Barang pengganti adalah barang yang dapat
menggantikan fungsi penggunaan barang lain.
Kenaikan harga salah satu barang ini akan
menyebabkan permintaan terhadap barang
yang lagi satu meningkat.
 Contoh barang pengganti ialah margerin dan
mentega, minyak kelapa sawit dan minyak
jagung, atau kopi dan teh.
b) Barang penggenap
 Barang penggenap ialah barang yang perlu
digunakan bersama-sama dengan barang lain
bagi melengkapkan fungsi penggunaan
sesuatu barang. Kenaikan harga salah satu
barang akan mengakibatkan permintaan
terhadap barang yang satu lagi berkurangan.
 Contoh barang penggenap ialah kamera dan
filem, kereta dan petrol, printer dan dakwat.

iii. Citarasa atau perubahan cita rasa


 Citarasa merupakan kegemaran isi rumah terhadap
sesuatu barang. Citarasa berubah dari semasa ke
semasa dan dipengaruhi oleh perubahan fesyen
terbaru, iklim, kesedaran kesihatan, pengaruh
pengiklanan, dan galakan jualan.

iv. Saiz dan struktur penduduk


 Bilangan penduduk di sesuatu kawasan turut
mempengaruhi permintaan. Apabila penduduk di
sesuatu kawasan bertambah, permintaan terhadap
sesuatu barang secara umunya akan bertambah.
 Struktur penduduk seperti umur, jantina dan bangsa
turut mempengaruhi permintaan.

12
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

v. Ramalan atau jangkaan harga masa depan


 Jika pengguna menjangka harga sesuatu barang
akan naik pada masa depan, pengguna akan
membeli lebih banyak barang tersebut pada masa
kini. Ini menyebabkan permintaan terhadap barang
tersebut bertambah.
 Jika pengguna menjangka harga sesuatu barang
akan jatuh pada masa depan, pengguna akan
menangguhkan pembelian barang tersebut pada
masa kini. Maka, permintaan terhadap barang
tersebut akan berkurangan.

vi. Pendapatan isi rumah atau pengguna


 Pendapatan yang diterima oleh isi rumah akan
menentukan kuasa atau kemampuan membeli
pengguna dan corak perbelanjaan pengguna.
 Apabila kuasa membeli pengguna meningkat,
permintaan terhadap barangan akan turut meningkat.

vii. Dasar atau polisi kerajaan


 Dasar kerajaan juga dapat mempengaruhi
permintaan sama ada melalui kawalan cukai atau
bantuan subsidi.
 Contohnya, apabila kerajaan meningkatkan kadar
cukai terhadap barang import, permintaan terhadap
barang import akan berkurangan. Ini disebabkan
harga barang import telah naik.

viii. Musim
 Musim turut mempengaruhi permintaan terhadap
barangan seperti musim hujan, musim perayaan dan
musim persekolahan. Contohnya, pada musim
perayaan, permintaan terhadap barang makanan,
pakaian dan pengangkutan akan meningkat.

ix. Kadar bunga atau kadar faedah dan kemudah kredit


 Apabila kadar faedah pinjaman perumahan
meningkat, kos meminjam juga akan meningkat, iaitu
pengguna mesti membayar balik pinjaman pada
kadar faedah yang lebih tinggi. Ini menyebabkan
permintaan permintaan terhadap rumah
berkurangan.

x. Agihan pendapatan
 Sekiranya sebahagian besar daripada penduduk di
sesuatu kawasan terdiri daripada orang kaya,
permintaan terhadap barang mewah seperti banglo
dan kereta mewah akan meningkat.

13
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

xi. Kesan Pengiklanan


 Melalui pengiklanan yang dijalankan dalam media
elektronik dan media cetak, peniaga boleh menarik
pelanggan supaya membeli sesuatu barang seperti
minuman bertenaga dan telefon berkamera.

2.1.4 Melakarkan Keluk Permintaan


Keluk permintaan menggambarkan hubungan diantara kuantiti
diminta sesuatu barang atau perkhidmatan dengan tingkat harga.
Contoh:

Kuantiti diminta
Kombinasi Harga (RM)
(unit)
O 50 0
P 40 2
Q 30 4
R 20 6
S 10 8
T 0 10
Jadual Permintaan

60
0
50
P
40
Q
Harga (RM)

30
R
20
S
10
T
0
-5 0 5 10 15
-10
Kuantiti diminta (RM)

Keluk Permintaan
Merujuk rajah diatas, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi
menegak pula menunjukkan tingkat harga. Titik P, Q ,R dan S menunjukkan
kombinasi kuantiti barang diminta pada tingkat harga yang berlainan.
Apabila titik P,Q,R,dan S disambungkan, terbentuk keluk permintaan DD.

14
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

2.2 Menghuraikan Penawaran


2.2.1 Mendefinisikan Penawaran
 Penawaran  sejumlah kuantiti sesuatu brgan & perkhidmatan yg sanggup &
mampu ditawarkan oleh pengeluar pd sesuatu tingkat harga tertentu dlm masa
yg tertentu.

 Firma (Individu)
− Kuantiti brg tertentu yg ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga
dlm jangka masa tertentu.

 Industri (Pasaran)
− Jumlah kuantiti brg tertentu yg ditawarkan oleh semua firma pd satu tingkat harga
dlm jangka masa tertentu
2.2.2 Menerangkan Hukum Penawaran
i. Hukum penawaran menyatakan bahawa apabila harga
sesuatu barang meningkat, kuantiti barang yang ditawarkan
juga akan meningkat. Sebaliknya, apabila harga sesuatu
barang jatuh, kuantiti barang yang ditawarkan akan
berkurangan.
ii. Mengikut hukum penawaran, harga barang itu kuantiti yang
ditawarkan adalah berhubungan positif (langsung).
 Fungsi Penawaran

Qs = a + bP
Qs = kuantiti ditawar
P = harga
a = pintasan pd paksi harga
b = kecerunan keluk SS

2.2.3 Mengenalpasti faktor Penawaran


Penentuan penawaran terdiri daripada:
a) Harga barang itu
b) Faktor lain

a) Harga barang itu


i. Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang
ditawarkan bagi barang itu akan meningkat. Sebaliknya,
apabila harga barang itu jatuh, kuantiti yang ditawarkan
terhadap barang tersebut akan berkurangan.
ii. Merujuk rajah diatas, menunjukkan hubungan antara
harga seunit buku dengan kuantiti yang ditawarkan. Jika
harga naik daripada RM 10 kepada RM 20 seunit, kuantiti
buku yang ditawarkan meningkat daripada 2 unit kepada
3 unit.

15
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

30

25
S
20

Harga (RM)
15
S
10

0
0 1 2 3 4
Kuantiti buku (RM)

Keluk penawaran terhadap buku


iii. Sebaliknya, jika harga jatuh daripada RM 20 kepada RM
10, kuantiti yang ditawarkan menurun daripada 3 unit
kepada 2 unit.
iv. Menurut hukum penawaran, hubungan antara harga
dengan kuantiti yang ditawarkan adalah positif.

b) Faktor-faktor lain
i. Faktor-faktor lain terdiri daripada harga barang lain, harga
faktor pengeluaran, tingkat teknologi, jangkaan harga
pada masa depan, cuaca, matlamat pengeluar dan
dasar kerajaan.

a. Harga barang lain


Penawaran sesuatu barang dan perkhidmatan
dipengaruhi oleh perubahan harga barang laian
iaitu barang pengganti dan barang penggenap.
 Barang pengganti
 Barang pengganti merupakan barang
yang mudah ditukarkan dengan
barang yang lain.
 Sebagai contoh, seorang pengeluar
mempunyai sebidang tanah untuk
mengeluarkan koko dan lada hitam
adalah barang pengganti. Jika harga
koko meningkat di pasaran manakal
harga lada hitam tidak berubah,
sesetengah firma yang mengeluarkan
lada hitam besar kemungkinan akan
menukarkan kepada pengeluaran koko.
 Barang penggenap
 Barang penggenap pula adalah
barang yang dikeluarkan bersama-
sama.

16
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

 Sebagai contoh, kereta dan petrol


merupakan barang penggenap. Jika
permintaan terhadap kereta
bertambah, hal ini akan menyebabkan
permintaan terhadap petrol bertambah
dan seterusnya menaikkan harga petrol.
Keadaan ini akan mendorong firma
menambahkan penawaran petrol di
pasaran. Maka keluk penawaran petrol
beralih ke kanan.

b. Harga faktor pengeluaran


 Perubahan kuantiti yang ditawarkan
dipengaruhi juga oleh perubahan faktor
pengeluaran.
 Apabila hargaa faktor pengeluaran naik,
maka kos pengeluaran firma turut meningkat.
Sebaliknya, jika harga faktor pengeluaran
jatuh, maka firma dapat menggunakan lebih
banyak faktor-faktor pengeluaran.

c. Tingkat teknologi
 Kemajuan dalam teknologi seperti reka cipta
mesin atau pembangunan teknik pengeluaran
yang lebih efisen dan cekap akan
meningkatkan daya pengeluaran faktor-faktor
pengeluaran dan menurunkan kos
pengeluaran firma.
 Dengan kemajuan teknologi, firma akan dapat
mengeluarkan barang dengan lebih banyak
pada kos pengeluaran yang lebih rendah.
Keadaan ini akan meningkatkan keuntungan
firma.

d. Jangkaan harga masa depan


 Jangkaan harga sesuatu barang pada masa
depan dapat mempengaruhi pengeluaran
barang itu pada masa sekarang.
 Jika harga televisyen dijangka akan jatuh
pada masa depan, firma akan menambahkan
penawaran televisyen pada masa sekarang.
Maka, keluk penawarannya beralih ke kanan.

e. Cuaca
 Perubahan cuaca dapat mempengaruhi
penawaran sesuatu barang.
 Pada musim tengkujuh, penawaran ikan
akan berkurang. Sebagai kesannya, keluk
penawaran ikan akan beralih ke kiri.

17
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

f. Matlamat pengeluar
 Matlamat pengeluar yang berbeza akan
mempengaruhi penawaran terhadap
sesuatu barang.
 Jika matlamat pengeluar adalah untuk
memaksimumkan keuntungan, maka firma
akan mengurangkan penawaran barang itu.

g. Dasar kerajaan
 Kerajaan dapat mempengaruhi penawaran
sesuatu barang melalui cukai dan subsidi.
 Sebagai contoh, apabila kerajaan
menaikkan cukai atas komputer, kos
pengeluaran komputer akan naik. Sebagai
kesannya penawaran komputer akan
berkurang dan keluk penawarannaya akan
beralih ke kiri.

2.2.4 Melakarkan Keluk Penawaran


i. Keluk penawaran ialah graf yang menunjukan hubungan
antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan dalam
suatu tempoh tertentu.

Jadual Penawaran Individu


Kuantiti yang
Titik Harga (RM/unit)
ditawarkan (unit)
E 5 40
F 10 50
G 15 60
H 20 70
Jadual Penawaran album oleh firma X

ii. Jadual di atas menunjukkan hubungan antara harga


dengan kuantiti album yang ditawarkan oleh syarikat X.
iii. Semakin tinggi harga album, semakin banyaklah kuantiti
album yang ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah
harga, semakin kurang kuantiti album yang ditawarkan.
iv. Sebagai contoh, apabila harga album naik daripada RM 5
kepada RM 10 seunit, firma menambah kuantiti yang
ditawarkan daripada 40 kepada 50 unit. Sebaliknya,
apabila harga album jatuh daripada RM 20 kepada RM 15
seunit, firma mengurangkan kuantiti yang ditawarkan
daripada 70 unit kepada 60 unit
v. Harga album dan kuantiti album yang ditawarkan
mempunyai hubungan yang positif.

18
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

80
G
70
G
60
Harga album (RM/unit) F
50
E
40

30

20

10

0
0 5 10 15 20 25
Kuantiti album yang ditawarkan (unit)

Keluk Penawaran album oleh firma X

2.3 Menghuraikan Keseimbangan Pasaran


2.3.1 Menerangkan Keseimbangan Pasaran
i. Sesuatu pasaran berada dalam keseimbangan apabila
keluk permintaan pasaran bersilang dengan keluk
penawaran pasaran.
ii. Keseimbangan pasaran tercapai apabila keluk permintaan
pasaran (DD) bersilang dengan keluk penawaran pasaran
(SS) dititik E.

2.3.2 Menerangkan Penentuan Keseimbangan Pasaran


i. Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan
bersilang dengan keluk penawaran.

Qd = Qs
Di mana,
Qd = Kuantiti diminta (unit)
Qs = Kuantiti ditawarkan (unit)

ii. Sesuatu pasaran tidak akan berada dalam keseimbanan


sekiranya kuantiti tidak sama dengan kuantiti ditawarkan.
Ini mungkin disebabkan oleh
a) Lebihan penawaran
b) Lebihan permintaan

19
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

Contoh :

Harga Kuantiti diminta Kuantiti Kesan kepada pasaran


(RM) (unit) ditawarkan
(unit)
1 32 18 Lebihan Permintaan
2 28 21
3 24 24 Berlakunya
keseimbangan Pasaran
4 20 27 Lebihan Penawaran
5 16 30

6
D S
5 Lebihan
4
Penawaran
E
Harga (RM)

2 Lebihan
S D
1
Permintaan

0
0 10 20 30 40
Kuantiti (Unit)

Pada tingkat harga RM 3, didapati kuantiti diminta sama dengan kuantiti


ditawarkan, iaitu sebanyak 24 unit. Oleh itu, harga keseimbangan ialah RM 3 dan
kuantiti keseimbangan ialah 24 unit.

20

You might also like