You are on page 1of 9

Omar dan dicetak pertama kalinya pada tahun 1985 .

Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra,


Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di negeri kelahirannya.
Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Indonesia dan memperolehi
Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Setelah itu, beliau telah meneruskan pengajiannya di
Universiti of London dan memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bida
Antara kerjaya yang pernah beliau sandang ialah Penolong Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya pada 1963 hingga 1966. Setelah beliau bersara pada tahun 1995, beliau juga
pernah dilantik sebagai Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI serta menyandang Kursi

Antara pencapaian dari sumbangannya dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di


Malaysia ialah memperolehi anugerah gelaran Doktor Persuratan (D.Litt) dari Universiti Malaya
pada tahun 2000. Beliau pernah mendapat Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa Kebangsaan dari
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Pada tahun 2011, disebabkan ketokohan dan
kepakaran beliau diangkat sebagai Tokoh Akademik Negara. Sebagai tanda penghargaan beliau
terhadap Negara, beliau juga mendapat Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Zaman dari
kerajaan Malaysia untuk sumbangan beliau terhadap Negara pada tahun 2012.
Sekurang-kurangnya 60 buah buku telah dihasilkan beliau antaranya Essays on Malaysian
Linguistics (DBP 1975), Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu (DBP 1977), An
Introduction to Malay Grammar [Asmah Haji Omar, Rama Subiah (DBP 1985)], Bahasa dan
alam pemikiran Melayu (DBP 1986), Bahasa Melayu abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan
Tek -Nasafi (DBP 1991), Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik
Menjadi Pulau (DBP 2006) dan buku yang akan dikupaskan untuk ulasan kali ini ialah Susur
Galur Bahasa Melayu (DBP 2007).
Sehingga kini, asal usul bahasa melayu masih menjadi bahan penyelidikan oleh pengkaji
ataupun pakar-pakar linguistik sejarawi . Meskipun, bahasa Melayu ini sangat rumit untuk
diselidiki susur galurnya, ada diantara para pengkaji ,mengaitkan asal usul bahasa melayu
dengan bahan peninggalan lama yang digunakan oleh orang-orang Melayu dan orang-orang yang
seketurunan dengannya.
Bukti peninggalan-peninggalan purbakala yang ditemui di gua-gua di Perak, serta ciri
bentuk muka, kepala dan rambut dapat diteka bahawa orang-orang Papua dan orang-orang asli
dari Australia pernah melalui Tanah Semenanjung dalam perjalanan mereka ke kawasan
kediaman mereka pada masa ini. Kemudiaannya, datanglah orang-orang yang menurunkan
orang-orang Melayu dan bangsa besar Melayu di Semenanjung dan gugusan Pulau Melayu. Ini
terbuktinya terdapat lukisan burung yang sama melalui alat seperti gendang tembaga yang
ditemui di Semenanjung dan di Sungai Tembeling yang mempunyai persamaan dengan yang
terdapat di Tonkin negeri China, Jawa dan Bali.
Melalui kepercayaan dan adat juga, kita dapat melihat pergerakan antara suku-suku
bangsa di kepulauan Melayu dan dapat dikaitkan kepada yang terdapat di daratan Asia.
Sebagaimana contoh, sebelum orang-orang Melayu di Semenanjung dan Kepulauan Melayu
memeluk Islam, mereka terlebih dahulu memeluk agama Hindu.
Persamaan bahasa antara suku bangsa juga dapat dikaitkan dengan penyebaran bahasa
Melayu. Misalnya,sungguhpun bahasa orang asli di Taiwan berlainan dengan bahasa Melayu
sekarang ini dan bahasa lain yang kawasannya dikenali sebagai Autronesia, persamaannya tetap
ada dari segi perbendaharaan kata seperti dalam bahasa Melayu iaitu hulu, ulu, dan bahasa
Tagalong dan Paiwan juga menyebut ulu.
Orang Hindu percaya pada semangat samaada makluk yang bernyawa ataupun tidak
seperti binatang, pokok, batu dan lain-lainnya. Dengan itu, kita dapat melihat segelintir dalam
rumpun Melayu mereka meminta izin terlebih dahulu sebelum menebang hutan belukar dan
sebagainya. Kita dapat lihat juga, persamaan suku bangsa dari adat-adat seperti menyambut bayi
yang baru lahir, kematian serta rentak irama dalam tarian suku bangsa tersebut.
Perkembangan bahasa Melayu bermula daripada bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu
Klasik dan hinggalah kepada bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini. Dari sejarah
terdahulu, bahasa asing yang pertama sekali tiba di Alam Melayu ialah Bahasa Sanskrit.
Buktinya kata-kata Sanskrit sudah masuk ke dalam bahasa Melayu dan sebahagiannya daripada
perkataan itu sudah sebati dengan sistem bunyi bahasa Melayu. Batu Yupa ataupun Prasasti yang
bertarikh abad keempat Masihi yang ditemui di Tenggara Kalimantan, Indonesia ditulis dalam
bahasa Sanskrit.
Penyebaran bahasa juga berlaku apabila penutur-penuturnya merentas kawasan yang luas
ataupun berlaku perpindahan atau migrasi dari satu tempat ke tempat lain. Misalnya, semasa
zaman penjajahan seperti bangsa-bangsa Inggeris, Perancis dan Belanda.Mereka berjaya
menyebarkan bahasa mereka di kawasan jajahan mereka iaitu Bahasa Inggeris. Seperti zaman
penjajah British dalam abad ke-19 hingga ke sebelum Perang Dunia Kedua, mereka berjaya
menyebarkan bahasa Inggeris hampir separuh kawasan dunia.
Selain itu, penyebaran bahasa boleh berlaku apabila penutur-penuturnya berpindah ke
kawasan yang lain demi mencari keselesaan hidup. Mereka mungkin terpaksa atau sukarela
berpindah kerana tempat kediaman asal tidak selesa disebabkan bencana seperti banjir, letusan
gunung berapi, gempa bumi, kemarau panjang, ribut taufan, ketandusan tanah dan kemiskinan
alam dikawasan yang didiami yang menyebabkan mereka mencari tempat yang baru untuk
memulakan kehidupan yang baru bagi diri ataupun bersama keluarganya.
Pada tahun 1970an, orang Vietnam melakukan perpindahan secara sukarela dengan
mengharapkan tempat yang baru akan memberikan impak hidup yang lebih sempurna dan secara
langsungnya mewujudkan masyarakat-masyarakat bahasa Vietnam di negara seperti Australia,
Kanada dan Amerika Syarikat.
Pada awal abad 1 Masihi, orang-orang India kaum Brahmin juga datang secara sukarela
membawa bahasa Sanskrit untuk menyebarkan agama Hindu. Di samping itu, mereka datang ke
Kepulauan Melayu untuk berdagang seperti membeli rempah-rempah dan menjual barangan
yang lain dari mereka. Justeru itu, melalui aktiviti jual beli mereka juga dapat menyebarkan
bahasa Sanskrit di sini. Misalnya piagam-piagam yang bertarikh abad ketujuh Masihi sudah
menunjukkan kesan bahasa Sanskrit di dalam bahasa Melayu.
Begitu juga, pedagang-pedagang Arab dan mubaligh-mubaligh Arab yang datang pada
akhir abad ke-10 Masihi, seperti pengembara Arab Abu Dalif Misa (940M) yang singgah di
Kedah dalam perjalanan pergi dan balik untuk ke negeri China. Persinggahan zaman dahulu
mengambil masa berbulan-bulan, malahan bertahun menyebabkan orang-orang ini dapat bergaul
mesra dengan orang-orang tempatan bahkan berkahwin juga dengan wanita-wanita tempatan.
Maka, bahasa Arab dapat disebarkan, orang Melayu mempelajari Al-Quran dan Hadith serta
wujudnya sekolah -sekolahArab dan sekolah-sekolah pondok dalam masyarakat Melayu.
Berbanding dengan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu disebabkan kesempitan hidup.
Begitu juga bahasa Tamil dan bahasa India selatannya yang datang secara sukarela dan juga
didorong oleh East India Company (Inggeris) yang berpusat di Calcutta dengan menggunakan
buruh-buruh murah India untuk bekerja di ladang getah dengan bayaran gaji yang murah. Namun
kesan, bahasa Cina dan India amatlah sedikit di kalangan-kalangan orang Melayu kerana orang
Melayu sendiri tidak memainkan peranan dalam penyebaran bahasa Cina dan India.
Perpindahan bangsa secara paksaan juga berlaku boleh membawa bahasnya bersama ke kawasan
yang lain. Misalnya perdagangan hamba abdi yang di lakukan oleh orag Belanda pada abad ke-
17 dan ke-18 yang memperdagangkan orang Melayu ke Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Akhir sekali, dapat kita lihat disini, faktor penyebaran bahasa adalah selari dengan kemajuan
bangsa yang menurunkannya sendiri. Faktor-faktor dari segi politik, sosial, ekonomi, budaya dan
juga bencana alam juga memainkan peranan yang penting dalam proses menyebarkan bahasa itu
sendiri.

Menjelaskan isi utama buku, tentukan tema utama dan synopsis buku secara kesuluruhan
Buku ini menceritakan kajian penulis mengesan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa
Melayu yang dituturkan oleh bangsa ataupun suku bangsa yang tinggal di sesuatu kawasan. Buku
ini juga mengetengahkan aspek yang mempengaruhi penyebaran bahasa Melayu sama ada di
Semenanjung mahupun Sabah Sarawak. Di dalamnya juga mengandungi sejarah perpindahan
rumpun Austronesia yang berkaitan asal usul bahasa Melayu dengan membuat perbandingan
bahasa-bahasa dalam rumpun berkenaan dan bahasa-bahasa di daratan Asia. Melalui karya
Profesor Asmah Haji Omar ini, kita dapat mengenal pasti beberapa teori serta pendapat yang
dikemukan oleh sarjana-sarjana terdahulu antaranya seperti yang akan diulaskan untuk tugasan
ini.
Pada abad ke-
Bandingan, Wilhem Schmidt. Hasil penelitian beliau mendapati, adanya persamaan perkataan
dalam bahasa-bahasa di daratan Asia dan juga di pulau-pulau selatannya. Sumber yang
menurunkan bahasa-bahasa tersebut dipanggil filum ataupun Filum Austrik. Filum yang
bermaksud kelompok bahasa yang berusia 5000 tahun dahulu. Kemudiannya, Filum Austrik
terbahagi kepada dua iaitu Rumpun Austroasia (Asia Selatan) dan Rumpun Austronesia (Pulau-
pulau Selatan).
Sebelum istilah Autronesia, Malayo-Polinesia telah digunakan dahulu oleh Wilhelm von
Humboldt. Beliau mendapati adanya persamaan bahasa di Perpulauan Polinesia dengan bahasa
Melayu. Walaupun ada ciri persamaan dalam rumpun Austronesia, terdapat juga perbezaan
sistem bunyi, pembentukan kata dan perbendaharaan kata yang membolehkan beliau
memecahkannya kepada empat keluarga iaitu Indonesia, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.
Pendapat ini juga dibangkitkan oleh Willim Marsden yang mencipta istilah Polinesia.
Manakala, Sarjana Belanda H.Kern berpendapat perpindahan bangsa Melayu dari daratan Asia
berlaku secara berperingkat-peringkat dan bermula pada abad 1500 tahun sebelum Masihi.
Peninggalan-peninggalan purbakala yang ditemui ada yang berasal dari budaya paleolit, mesolit
dan neolit. Melalui analisis perbendaharaan kata juga, dia berpendapat kawasan asal itu adalah di
-nama
binatang di laut dan dari pengetahuan orang-orang Austronesia tentang kenderaan am, maka
Kern berpendapat kawasan itu berdekatan dengan laut.
Menurut Ahli Linguistik Teodoro Liamazon, nenek moyang orang Filipina keluar dari daratan
Asia dari China Selatan,dan disitu mereka menyusur pantai Indo-Cina dan Semenanjung
Malaysia. Selepas itu, mereka berpecah dari rakan-rakan mereka dengan menyusuri pantai barat
Borneo, manakala rakan lain meneruskan perjalanan ke pulau-pulau sebelah Timur, Melanisia,
Polinesia dan Mikronesia.
Ahli Ekspedisi Thor Heyerdahl, telah membuktikan orang boleh belayar menggunakan
rakit dari Amerika Selatan ke Pulau Easter. Beliau mendapati orang-orang di Pulau Easter
mempunyai persamaan dari segi bahasa orang-orang Melayu. Dia berpendapat, kemungkinan
bahawa orang-orang dari Pulau Easter dan orang-orang Polinesia melalui jalan timur dan juga
jalan barat seterusnya menyusur ke Pantai-Pantai Pasifik Utara. Menurut beliau, orang-orang
Polinesia itu belayar mengikut arus menyusur pantai Asia menuju ke Amerika barat
daya.Kemudian ,mereka mengikut arus dengan dibantu oleh angin yang membawa mereka ke
Hawai dan pulau-pulau lain.Teori ini diyakinkan lagi dengan peninggalan perahu yang besar di
pulau yang tidak jauh dari barat daya Amerika serta ekspidisi Kon-Tiki beliau.
Isidore Dyen Ahli Linguistik Bandingan berbangsa Amerika berpendapat orang-orang
Austronesia mungkin berasal dari Farmosa(Taiwan) atau New Guinea. Hasil kajian beliau,
kedua-dua tempat tersebut mempunyai paling banyak bahasa dalam satu kawasan yang kecil.
Dyen lebih menitikberatkan New Guinea sebagai tanah tempat asal itu kerana dia berpendapat
bahawa orang-orang Austronesia (Malayo-Polinesia) masuk ke Kepulauan Indonesia (termasuk
Malaysia) melalui dua jalan.
Pertama, mereka mengikuti Indonesia Timur sampai ke Flores, yang keduanya mereka
melalui Palau/Guam dan menetap di Sulawesi Utara, Borneo dan Mindanao Selatan. Namun,
hipotesis ini tidak disokong dikalangan Ahli Lingistik Bandingan yang bependapat tanah asal
sepatutnya berasal dari tanah daratan bukannya pulau kerana tiada bukti-bukti peninggalan
purbakala dan firasat rupa manusia.Profesor Asmah, menyokong hipotesis penting dari Dyen
yang mengatakan bahawa tanah asal sudah mempunyai banyak bahasa walaupun dalam satu
keluarga dan apabila suku-suku bangsa Autronesia berpindah mereka menyebarkan bahasa-
bahasa sendiri di tempat baru.
Manakala John Crawfurd, seorang sarjana Inggeris, membuat kajian perbandingan antara
bahasa Melayu dan Jawa dengan bahasa-bahasa di Sumatera, Borneo dan kawasan Polinesia.
Hasil analisis, Crawfurd berpendapat bahawa tempat asal orang-orang Melayu adalah di Pulau
Sumatera dan Pulau Jawa
dalam bahasa-bahasa serumpun dan suku bangsa dalam rumpun Austronesia, suku bangsa
Melayu dan Jawa serta dapat dilihat mereka sudah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada
abad ke-19.
Selain itu, menurut cerita dalam Sejarah Melayu, penaklukan Singapura oleh anak Raja
dari Palembang, Sumatera menurunkan raja-raja Melayu yang lainnya. Cerita inilah yang
membuktikan bahawa orang-orang Melayu di Semenanjung serta raja-raja mereka berasal dari
Sumatera. Sebelum kedatangan Demang Lebar itu, Semenanjung dan Pulau Singapura sudahpun
diduduki oleh bangsa Melayu. Ini terbukti dengan bahan-bahan arkeologi dan juga cerita Hikayat
Merong Mahawangsa yang menceritakan kedatangan anak Raja Rom ke China bertujuan untuk
berkahwin dengan anak Raja China di serang oleh Garuda yang menyebabkan kapal angkatan
mereka terdampar di Pantai Kedah. Profesor Asmah Haji Omar berpendapat kemungkinan
orang-orang Rom itu bukanlah orang Rom dari Itali tetapi salah satu suku bangsa yang tinggal di
sebelah barat, utara, atauppun Selatan Kedah.

Mengulas buku secara keseluruhan dan sejauh mana ia dapat diaplikasikan dalam masyarakat
kini. Melalui buku Susur Galur Bahasa Melayu, kita dapat mengkaji segala kemungkinan asal-
usul bahasa Melayu disamping mengetahui asal-usul Tamadun Melayu dari kajian dan bukti-
bukti yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana terdahulu dan juga masa ini. Diantara bukti-bukti
tersebut ialah melalui persamaan atau perbandingan bahasa mahupun kebudayaan dan juga
peninggalan purbakala zaman dahulu.
Permulaan penyebaran bahasa itu sebenarnya adalah wujud apabila berlaku pertuturan yang
dikongsi antara sekumpulan individu ke individu yang lain. Lama-kelamaan ia akan membentuk
satu bangsa yang tersendiri.
berbahasa Melayu, yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei
dan tempat-tempat lain yang berdekatan. Pengertian yang lebih luas oleh satu pertubuhan
-orang
Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Kini bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan negara Malaysia dan bahasa pengantar

dalam perlembagaan Malaysia orang Melayu dirujuk sebagai orang yang bertutur dalam bahasa
Melayu, menganut Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu.
Sejak zaman dahulu, penduduk Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap
kaum ini mempunyai bahasa ibunda tersendiri. Manakala dalam masyarakat Melayu, mereka
mempunyai pelbagai dialek dan dialek ini hanya boleh difahami dalam lingkungan mereka
sendiri.Bagaimanapun, sebagai bahasa perantara (lingua franca), bahasa Melayu telah
membolehkan masyarakat tanpa mengira dialek atau bahasa ibunda berkomunikasi antara satu
sama lain. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa perhubungan berbanding bahasa lain kerana ia
bahasa pertuturan harian sebahagian besar penduduk di Nusantara.
Jika dilihat, perkembangan bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di
Malaysia. Bahasa Melayu telah menjadi salah satu mata pelajaran wajib dipelajari di sekolah
rendah, menengah, dan , tinggi dan maktab perguruan;contohnya kursus Pengajian Melayu yang
ditawarkan di Universiti Malaya pada peringkat lepasan ijazah mengiktiraf akan kepentingan
Bahasa Melayu.
Bagi penerbitan dan perkembangan bahasa dan sastera dalam pendidikan, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas itu. Penubuhan Institusi Bahasa
juga ditubuhkan untuk melatih dan menghasilkan guru-guru yang berwibawa dalam pengajaran
Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek tentang bahasa khasnya
Bahasa Melayu. Kini Bahasa Melayu sangat penting dan menjadi syarat kelulusan wajib
diperlukan dalam peperiksaan awam bagi memenuhi syarat persijilan.
Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam pendidikan teknologi dan maklumat (ICT).
Melalui kemajuan yang pesat bahasa Melayu dapat disebarkan melalui teks, bunyi, grafik dan
video di rantau Nusantara ini dengan menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer,
telefon dan sebagainya. Sebaiknya teknologi ini diguna sebaiknya bagi menyebarkan bahasa
Melayu yang betul dan tidak dicampur adukkan (bahasa rojak).
Kita juga dapat melihat kegunaan bahasa Melayu di dalam bidang pengangkutan jalan dan
pengiklanan. Kebanyakkan sistem jalan di Malaysia masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama. KESALAHAN dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan
papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap yang
tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang
mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat
bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah negara yang mempunyai
pelbagai kaum seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan dan
meningkatkan Bahasa Melayu. Kita tidak mahu Bahasa Melayu ditindas oleh bahasa-bahasa
yang lain kerana bahasa melambangkan sesebuah bangsa seperti perumpamaan ini

You might also like