You are on page 1of 1

SISTEM SALIRAN: NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Negeri Kedah telah disaliri dengan lapan lembangan sungai yang utama iaitu Sungai Perlis,
Sungai Perai, Sungai Jawi, Sungai Kerian, Sungai Kedah, Sungai Merbok, Sungai Yan Kechil,
dan Sungai Muda.

Sungai perlis mempunyai keluasan 724. 398 km2. Sungai ini bersempadan dengan
negeri Kedah dan Negeri Perlis. Sungai Jawi pula mempunyai keluasan 231. 031 km 2 yang
bersaliran antara negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sungai Yan Kechil pula mempunyai keluasan
83. 699 km2. Lembangan sungai Sungai Kedah ialah sebatang sungai di Kedah, Malaysia.
Sungai ini mengalir melalui Alor Setar dan mengosong ke dalam Selat Melaka di Kuala
Kedah. Isipadunya leih kurang 3695 km³. Sungai Muda ialah sungai terpanjang di
negeri Kedah yang terletak di utara Malaysia. Sungai ini berukuran 178 km dan melalui
daerah-daerah Baling, Sik, dan Kulim selain Kuala Muda sebelum menemui Selat Melaka.
Sungai ini, yang dijadikan sempadan di antara negeri Kedah dan Pulau Pinang merupakan
sumber utama air di negeri Pulau Pinang selain menjadi punca pengairan bagi penanaman padi
di kawasan ini. Sungai Muda merupakan sumber utama air mentah bagi negeri Kedah, Pulau
Pinang dan juga kawasan selatan negeri Perlis. Ia membekalkan sekitar 80% daripada
keseluruhan bekalan air di Pulau Pinang. Air sungai ini mengalir ke Sungai Dua sebelum dipam
ke seluruh negeri Pulau Pinang. Di Kedah sungai ini amat penting terutamanya setelah sebuah
empangan dibina di punca sungai ini sekitar Hulu Muda. Sungai Muda juga bertemu
dengan Sungai Beris di lembah Sungai Beris yang sempit.

Sungai Perai atau Sungai Prai terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang,Malaysia. Air
sungai ini mengalir ke barat iaitu ke Selat Perai bermula di daerah Kulim, Kedah. Airnya
tercemar kerana melalui pelbagai taman perumahan dan kawasan perindutrian di Seberang
Perai. Sungai ini juga merupakan sempadan daerah semulajadi yang memisahkan Seberang
Prai Utara dan Seberang Prai Tengah. Sungai Kerian mempunyai keluasan 1420.23 km2.
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan
Negeri Pulau Pinang dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan,
daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. Daerah Kerian terletak di
utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang dan
negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan
dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.
Lembangan terakhir adalah Sungai Merbok yang mempunyai keluasan sungai iaitu 439.407
km2. Ia merupakan sungai lembangan di dalam negeri Kedah.

You might also like