You are on page 1of 20

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK: PENYEDIAAN NOTA BACAAN

DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

KOD KURSUS : MBT 13203

NAMA KURSUS : PRINSIP REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI DALAM


PTV

NAMA PELAJAR : SUHANA BINTI SABRAN (HB170059)

NAMA PENSYARAH: EN. TAN KING HIYANG


ISI KANDUNGAN
5.1 DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL ....................................................................................... 3
5.1.1 PERBEZAAN DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL FASA 1 DAN FASA 2 ........... 5
5.1.2 PROSES TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL ........................................................................... 6
5.2 DOMAIN REKABENTUK .................................................................................................................... 6
5.2.1 Rekabentuk Sistem Pengajaran ........................................................................................................ 6
5.2.2 Rekabentuk Mesej ............................................................................................................................ 8
5.2.3 Rekabentuk Strategi ......................................................................................................................... 8
5.2.4 Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar ......................................................................................................... 9
5.3.5 Ringkasan Domain Rekabentuk ....................................................................................................... 9
5.3 DOMAIN PENGEMBANGAN ............................................................................................................ 10
5.3.1 Ringkasan Domain Pembangunan ................................................................................................. 11
5.4 DOMAIN PENGGUNAAN ................................................................................................................. 12
5.4.1 Penggunaan Media Dan Kaedah ............................................................................................. 12
5.4.2 Penyerapan Atau Difusi Inovasi ............................................................................................. 12
5.4.3 Pelaksanaan Dan Institusionalisasi ................................................................................................ 14
5.4.4 Polisi dan Peraturan ....................................................................................................................... 14
5.4.5 Ringkasan Domain Penggunaan .................................................................................................... 15
.................................................................................................................................................................... 15
5.5 DOMAIN PENGURUSAN .................................................................................................................. 16
5.5.1 Ringkasan Domain Pengurusan ..................................................................................................... 16
5.5 DOMAIN PENILAIAN .................................................................................................................. 17
5.6.1 Analisis masalah ............................................................................................................................ 17
5.6.2 Pengukuran Rujukan Kriteria......................................................................................................... 17
5.6.3 Penilaian Formatif Dan Sumatif .................................................................................................... 17
5.6.4 Perancangan Jangka Panjang ......................................................................................................... 18
5.6.5 Ringkasan Domain Penilaian ......................................................................................................... 18
5.6 CONTOH PROSES MEREKABENTUK PdP MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM ......... 19
5.1 DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Domain bermaksud pengetahuan dalam bidang atau bidang kepakaran. Domain tidak
menyampaikan hubungan konseptual dan merupakan bidang pengetahuan yang terlalu umum
sebagai taksonomi. Domain memainkan peranan untuk menentukan bidang, mengenalpasti dan
menganjurkan hubungan daripada teori dan amalam yang perlu dibangunkan.

Definisi teknologi: keupayaan menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik/


pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu
mempamerkan amalan yang praktikal dlm melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai
kejayaan.

Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology 1979):


Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan
manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta
mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan
di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.

Teknologi pengajaran / instruksional juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang
digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam. Secara
mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat
membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh
merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Definisi teknologi instruksional juga sebagai teori dan amalan reka bentuk,
pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber
untuk pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang
menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan
pembelajaran.
Domain dalam teknologi instruksional melalui dua (2) fasa iaitu;

FASA PERTAMA (1977)

1. Pengembangan pengajaran
2. Sumber pembelajaran
3. Pengurusan pengajaran

DOMAIN TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL
FASA KEDUA (1994)

1. Reka bentuk
2. Pengembangan
3. Penggunakan
4. Pengurusan
5. Penilaian
6.

RAJAH 1: Jenis Domain Teknologi Instruksional

Fasa pertama: tahun 1977

Domain teknologi instruksional fasa pertama (1977) adalah menganalisis masalah – masalah
pembelajaran (mereka bentuk, melaksana dan menilai)

Satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan
dan organisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta mereka bentuk, menilai dan
menguruskan penyelidikan. Kepada masalah – masalah dalam keadaan dimana proses
pembelajaran (Yusuf Hashim, 1998)

Fasa kedua: tahun 1994

Domain Teknologi instruksional fasa kedua (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka
bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.
Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan
pengetahuan. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mengandungi lima (5) domain utama.
Penjelasan lima (5) domain dalam teknologi instruksional meliputi teori dan merekabentuk,
pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.

1. Reka bentuk
2. Pengembangan/Pembinaan
3. Penggunaan
4. Pengurusan
5. Penilaian

5.1.1 PERBEZAAN DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL FASA 1 DAN FASA 2

RAJAH 2: Perbezaan Domain Teknologi Instruksional Fasa 1 & Fasa 2


5.1.2 PROSES TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
 Menjadikan perlaksanaan teknologi pengajaran adalah secara tersusun, sistematik dan
melibatkan proses.

 Proses ialah satu siri aktiviti yang menjurus ke arah pencapaian sesuatu keputusan
tertentu.

 Urutan proses ialah:


PENILAIAN

TEORI &
PENGURUSAN REKA BENTUK
PRAKTIKAL

PENGGUNAAN PENGEMBANGAN

RAJAH 3: Proses Domain Teknologi Instruksional

5.2 DOMAIN REKABENTUK


Rekabentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri – ciri dan
keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain rekabentuk ini pula dipecahkan kepada empat
bidang utama iaitu rekabentuk sistem pengajaran, rekabentuk strategi, rekabentuk mesej
dan ciri-ciri pelajar.

5.2.1 Rekabentuk Sistem Pengajaran


Rekabentuk sistem pengajaran merupakan satu tatacara yang sistematik dan terancang untuk
pelbagai tujuan. Tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis, merekabentuk,
membina dan melaksana bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum
agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan pensyarah mengajar.

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran /instructional design yang boleh digunakan
sebagai panduan. Terdapat lebih daripada 40 model.
Antaranya ialah:
 Model ADDIE (Berorentasikan Produk)
 Model ASSURE (Berorentasikan Bilik Darjah)
 Model Dick & Carrey (Berorentasikan Sistem)

CONTOH BERASASKAN MODEL ADDIE (Berorentasikan Produk)
 Proses menganalisis: pensyarah menentukan apa yang akan diajar kepada pelajarnya.
 Mengenalpasti masalah pengajaran yang ada
 Senaraikan bahan rujukan yang digunakan
 Kenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikan
 Kenalpasti pelajar sasaran, objektif pengajaran aplikasi, kaedah penyampaian, isi
kandungan pelajaran dan persekitaran penggunaan

 Proses merekabentuk: pensyarah menentukan spesifikasi pengajaran.


 Pemilihan media yang paling sesuai, (contohnya video, audio, grafik, gambar dan
sebagainya)
 Pemilihan perisian /media yang sesuai
 Dokumen ringkas mengenai bahan /program yang dibangunkan
i. Buat lakaran dalam bentuk carta alir
ii. Buat lakaran papan cerita /storyboard

 Proses membina: pensyarah menjalankan proses membina dan menghasilkan bahan


pengajaran dan pembelajaran.
 Memindah kan segala maklumat/bahan yang telah dirancang dalam bentuk
lakaran ke dalam komputer.
 Kumpulkan sumber bahan - bahan yang diperlukan seperti teks, grafik, gambar,
audio, animasi, lukisan 3D dan video ke dalam folder - folder yang berkaitan
 Proses melaksana: pensyarah perlu menggunakan pelbagai bahan dan kaedah dalam
menyampaikan pengajarannya.
 Peringkat prototaip (menyerupai hasil akhir dan boleh diguna dan diuji)
 Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada pakar dalam bidang tersebut untuk
melihat kesesuaian dan keberkesanannya.
 Segala komen/kelemahan diperbaiki semula

 Proses menilai: menilai keseluruhan proses PdP yang telah dijalankannya bagi
menentukan keberkesanan dan keupayaan pengajarannya.

5.2.2 Rekabentuk Mesej


Rekabentuk mesej membawa maksud cara dan format mengenai apa yang paling berkesan
untuk menyampaikan mesej kepada pelajar.

Rekabentuk mesej sebagai pola-pola simbol yang akan mempengaruhi perilaku kognitif, efektif
dan psikomotor murid-murid selepas pengajaran dan pembelajaran.
Rekabentuk mesej memberi tumpuan kepada:

 Perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan rekabentuk skrin
komputer yang terdapat pada sesuatu unit pelajaran.
 Medium - statik, dinamik atau kombinasi
 Tugasan pembelajaran - pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau
penghafalan.

Rekabentuk mesej berperanan dalam pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau
pun penghafalan sesuatu konsep pelajaran oleh murid-murid.

5.2.3 Rekabentuk Strategi


Rekabentuk strategi adalah melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran
dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan
media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran.
5.2.4 Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar
Dalam bidang ini, pensyarah akan menyelidiki setiap aspek pelajar seperti latar belakang,
kemahiran, pengetahuan dan sikap sedia ada yang mana akan memberikan impak terhadap
proses pembelajaran.

Pensyarah haruslah menyedari bahawa pengetahuan dan sikap sedia ada para pelajar akan
mempengaruhi pencapaian mereka pada akhir sesi pembelajaran.

Ciri-ciri pelajar terbahagi kepada 2 jenis:

 Ciri – ciri spesifik iaitu seperti kemahiran dan pengetahuan sdia ada, gaya pembelajaran
 Ciri – ciri umum iaitu jantina, umur, sosio ekonomi dan pekerjaan

5.3.5 Ringkasan Domain Rekabentuk


5.3 DOMAIN PENGEMBANGAN
Domain pengembangan juga dikenali sebagai domain pembinaan iaitu satu proses untuk
menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal produk yang melibatkan proses
rekabentuk, bina, guna dan nilai.

Domain pengembangan mempunyai empat kategori bahan iaitu bahan cetak, bahan pandang
dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan bersepadu multimedia.

 Teknologi percetakan: terdiri daripada teks atau tulisan dan juga bahan dalam bentuk
visual. Cara untuk mengemukakan atau menyampaikan bahan – bahan melalui proses
percetakan mekanikal atau fotografi seperti buku – buku dan bahan – bahan visual statik.
Pereka instruksional boleh membangunkan produk pengajaran dengan menggunakan
pelbagai alat- alat teknologi untuk menghasilkan teks dan untuk menyampaikan
maklumat.
 Teknologi audiovisual (bahan pandang dengar) terdiri daripada pita audio, slaid, filem
jalur, transparensi, pita video atau filem iaitu visual bergerak, CDI, VCD, dan CD-
ROOM.Pereka instruksional mengaplikasikan prinsip visual untuk pembangunan bahan
seperti papan cerita atau penulisan skrip untuk pembangunan audio atau video.
 Teknologi berasaskan komputer terdiri daripada bahan yang berasaskan mikroprosesor
dan bahan berbentuk digital. pereka instruksional boleh mereka bentuk dan menghasilkan
bahan pengajaran dengan bantuan komputer. Pereka instruksional mengaplikasikan
prinsip visual untuk pembangunan bahan seperti papan cerita atau penulisan skrip untuk
pembangunan audio atau video. peralatan teknologi yang sesuai boleh digunkan untuk
memudahkan persembahan instruksional. peranti – peranti seperti kamera digital,
pengimbas, projektor boleh digunakan untuk menghasilkan pengajaran berasaskan
komputer.
 Teknologi bersepadu (multimedia) melibatkan bahan multimedia dan hiperteks atau
hipermedia. Pereka instruksional boleh menggabungkan media elektronik dan bukan
elektronik untuk menghasilkan bahan pengajaran. Penggunaan web 2.0 dan
pembangunan laman web yang bersesuaina akan membangunakan bahan instruksional
yang profesional.
5.3.1 Ringkasan Domain Pembangunan
5.4 DOMAIN PENGGUNAAN
Domain penggunaan merupakan domain yang menggunakan proses (kaedah dan model
pengajaran), sumber (bahan dan perkakasan media) serta alam sekeliling untuk tujuan
pembelajaran. Melibatkan pelajar dengan bahan atau aktiviti tertentu, menyediakan pelajar untuk
berinteraksi dengan bahan, memberi panduan semasa pelajar menggunakan bahan dan
memeberikan keputusan penilaian.

Empat (4) kategori domain penggunaan:

 Penggunaan media dan kaedah iaitu cara sistematik dalam penggunaan sumber/bahan,
 Penyebaran inovasi iaitu proses berkomunikasi melalui strategi yang dirancang dengan
tujuan untuk mendapatkan penerimaan. Pereka instruksional perlu mengenal pasti strategi
penyebaran, penggunaan dan penyebaran inovasi untuk komuniti pembelajaran.
 Pelaksanaan dan institusional iaitu proses menggunakan bahan pengajaran atau stategi
(bukan simulasi) dalam situasi sebenar. institusionalisasi menggunakan inovasi
pengajaran secara rutin dan berterusan dalam struktur dan budaya sesuatu orgnaisai.
 Polisi dan peraturan adalah peraturan dan tindakan masyarakat yang memberi kesan
kepada penyebaran dan penggunaan teknologi pengajaran.

5.4.1 Penggunaan Media Dan Kaedah


Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara
sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia
Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Penggunaan adalah proses membuat keputusan
terhadap pelaksanaan berdasarkan reka bentuk pengajaran.

5.4.2 Penyerapan Atau Difusi Inovasi


Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik
untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan.
Rogers (1995) mengemukakan lima fasa:
a. Menimbulkan kesedaran,
b. Menimbulkan minat,
c. Membuat penilaian,
d. Melakukan percubaan dan menerima inovasi,
e. Mengintegrasi inovasi.
CONTOH:
INOVASI PENGGUNAAN PEMBELAJARAN ONLINE DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI.

Fasa pertama:
Pihak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran tentang kepentingan
pembelajaran online dalam proses PdP.Kesedaran boleh dicetus dengan mengadakan ceramah
atau seminar tentang pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi ini dapat
dicetuskan.

Fasa kedua:
Menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat boleh ditimbulkan dengan
menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran online atau
menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara sistem pembelajaran
online dilaksanakan.

Fasa ketiga:
Melakukan penilaian terhadap sistem yang akan diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau
Fakulti disediakan sistem pembelajaran ini dan penilaian dilakukan oleh pensyarah konten dan
kaedah untuk mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik
juga boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini.

Fasa keempat:
Mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan
akademik universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari
pensyarah hasil dari kajian percubaan ini.

Fasa kelima:
Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi boleh membuat keputusan untuk menerima atau
menolak sistem pembelajaran online. Jika diterima, usaha harus dijalankan untuk mengintegrasi
sistem pembelajaran online dalam kurikulum dan instruksi di pusat pengajian tinggi.
5.4.3 Pelaksanaan Dan Institusionalisasi

Pelaksanaan dan institusionalisasi adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi
instruksional dalam proses PdP. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi maka sistem
pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
CONTOH:
Untuk melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan infrastruktur dan
peralatan multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada pensyarah cara menggunakan
peralatan multimedia, keadah menggunakan pembelajaran online serta cara membina bahan
online. Pelaksanaan pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut
kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah.

5.4.4 Polisi dan Peraturan

Polisi dan peraturan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional
berasaskan peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat seperti
warga universiti atau masyarakat sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan dilaksanakan maka
uasaha harus diteruskan untuk mengekalkan atau menginstitutionalisasikan inovasi dengan
menyediakan peraturan dan polisi menggunakan sistem pembelajaran berkenaan

Pereka instruksional perlu mengenalpasti dan menggunakan dasar yang menggabungkan etika
profesional dalam amalan. pereka instruksional juga perlu mengenalpasti dan melaksanakan
dasar – dasar yang berkaitan dengan penggunaan, aplikasi dan integrasi teknologi instruksional.
5.4.5 Ringkasan Domain Penggunaan
5.5 DOMAIN PENGURUSAN
Domain pengurusan merupakan kawalan ke atas teknologi instruksional melalui perancangan,
penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk
membolehkan aktiviti PdP berjalan dengan tersusun dan berkesan.

Pengurus melibatkan pengawalan teknologi pengajaran melalui perancangan, menyusun,


menyelaras dan menyelia. Menunjukkan kepimpinan sifat – sifat dengan individu dan kumpulan
(contohnya kemahiran interpersonal, dinamik kumpulan, pembinaan pasukan)

Empat (4) kategori domain pengurusan yang terdiri daripada:

 Pengurusan projek: melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan terhadap


projek rekabentu dan pembinaan bahan pengajaran.
 Pengurusan sumber: melibatkan perancangan, pemantauan, dan pengawalan ke atas
perkhidmatan bantuan sumber serta perkhidmatan lain-lain media.
 Pengurusan sistem penyampaian: melibatkan perancangan, pemantauan dan
pengawalan ke atas kaedah serta media. Gabungan bahan dan kaedah penggunaan bahan
yang digunakan untuk menyampaikan maklumat pengajaran kepada pelajar.
 Pengurusan maklumat: melibatkan perancangan, pemantauan dan kawalan ke atas
pengumpulan, pemindahan dan pemprosesan bahan-bahan teknologi instruksional.

5.5.1 Ringkasan Domain Pengurusan


5.5 DOMAIN PENILAIAN
Penilaian adalah proses menentukan keberkesanan PdP.

Domain penilaian ini adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan program
pendidikan di bahagikan kepada empat kategori yang utama:

 Analisis masalah: Seperti ujian dan peperiksaan


 Pengukuran rujukan kriteria: penguasaan unit pelajaran
 Penilaian formatif dan Sumatif: mengesan dan menambahbaik PdP. Membuat
keputusan untuk menilai keseluruhan pencapaian pelajar pada setiap semester atau pada
tahun semasa.
 Peperancangan jangka panjang: Perancangan jangka panjang fokus kepada
perancangan strategik.

Domain penilaian dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi penilaian:

• penilaian pencapaian pelajar

• penilaian penggunaan media

• penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan

• penilaian program atau projek media

5.6.1 Analisis masalah


Analisis masalah melibatkan penentuan sifat dan parameter masalah ini dengan menggunakan
pengumpulan maklumat dan strategi membuat keputusan.

5.6.2 Pengukuran Rujukan Kriteria


Ukuran rujukan kriteria melibatkan teknik – teknik untuk menentukan tahap penguasaan
kandungan yang ditentukan.

5.6.3 Penilaian Formatif Dan Sumatif


Penilaian formatif melibatkan mengumpul maklumat mengenai keberkesanan dan menggunakan
maklumat ini sebagai asas untuk perkembangan lanjut.

Penilaian sumatif melibatkan pengumpulan maklumat mengenai keberkesanan dan menggunakan


maklumat ini untuk membuat keputusan mengenai penggunaan.
5.6.4 Perancangan Jangka Panjang
Perancangan jangka panjang fokus kepada perancangan strategik.

Jangka panjang biasanya ditakrifkan sebagai tempoh masa lebih kurang tiga hingga lima tahun
atau lebih untuk masa hadapan.

Semasa membuat perancangan strategik, pengurus akan cuba untuk membuat keputusan tentang
apa yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan orgnaisasi pada masa hadapan.

Pereka instruksional perlu membangunkan pelan strategik jangka panjangn yang berkaitan
dengan mana – mana domain atau subdomain.

5.6.5 Ringkasan Domain Penilaian


5.6 CONTOH PROSES MEREKABENTUK PdP MENGGUNAKAN GOOGLE
CLASSROOM

REKABENTUK

Perekabentuk indtruksional menganalisis, merekabentuk, membina, melaksanakan dan menilai


bahan instruksional. Kemudian, perakabentuk memilih untuk menggunakan ‘GOOGLE
CLASSROOM’ untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Penyusunan aktiviti pembelajaran
dalam satu unit pelajaran seperti urutan, kandungan dan aktiviti dilakukan. perekabentuk
menganalis pelajar daripada aspek kemahiran, pengethahuan, sikap yang sedia ada yang
memberi kesan terhadap proses pembelajaran.

PENGEMBANGAN

Perekabentuk instruksional menterjemahkan spesifikasi rekabentuk untuk menghasilkan bahan


instruksional iaitu dengan memilih berasaskan Komputer dan multimedia iaitu penggunaan
‘GOOGLE CLASSROOM’

PENGGUNAAN

Pelajar menggunakan ‘GOOGLE CLASSROOM’yang telah di sediakan oleh Perekabentuk


instruksional.

PENGURUSAN

Perekabentuk instruksional akan meletakkan kawalan ke atas platform ‘GOOGLE


CLASSROOM’menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan aktiviti bagi
tujuan membolehkan semua aktiviti berjalan dengan tersusun dan berkesan.
PENILAIAN

Perekabentuk instruksional akhirnya akan melaksanakan penilaian sebagai proses menentukan


kesesuaian dan keberkesanan PdP menggunakan platform ‘GOOGLE CLASSROOM’.
Penilaian juga sebenarnya berlangsung semasa setiap proses domain dilakukan. Namun penilaian
keseluruhan dilaksanakan akan melalui empat kategori iaitu analisis masalah pengajaran,
penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

You might also like