You are on page 1of 10

Keratan akhbar – Harian Metro bertarikh 26 April 2015

MONEY BOY 1
1.0 DEFINISI

Money Boy ialah lelaki yang menawarkan khidmat kepada pelanggan lelaki dan wanita.
Golongan ini berbekalkan wajah ‘jambu’ selain bertubuh maskulin mirip ‘Abang Sado’,
segelintir lelaki muda dikesan bergiat aktif meraih pendapat puluhan ribu rringgit sebulan
dengan menawarkan khidmat sebagai teman lelaki upahan atau ‘Money Boy’.

Isu yang berkaitan dengan money boy mula dibincangkan oleh media di negara ini pada
awal tahun 2009. Paparan awal telah dibuat oleh akhbar saluran perdana mengenai sekumpulan
remaja lelaki yang menawarkan pelbagai perkhidmatan terutamanya perkhidmatan seks kepada
golongan lelaki homoseksual untuk tujuan mendapatkan wang dan habuan lain seperti hadiah
percutian dan sebagainya.

Memang sukar untuk beralih bahawa dunia kini penuh dengan pelbagai masalah, sama
ada masalah besar ataupun kecil. Hampir semua golongan yang bersetuju bahawa masalah ini
adalah salah satu punca masalah sosial. Dan sesungguhnya dunia ini tidak bebas dari pelbagai
masalah.

Ada segelintir masyarakat yang ingin membasmi maslah ini dan ada ramai juga
masyarakat yang tidak ambil tahu-menahu tentang masalah ini, malah menanggap masalah ini
adalah perkara yang biasa.

Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai isu ini terhenti selepas liputan yang
dibuat pada awal tahun tersebut. Walaupun isu money boy ini tidak lagi dipaparkan oleh akhbar
saluran perdana, ia menjadi topik perbincangan yang hangat dalam media sosial seperti
facebook dan juga twitter terutamanya dalam kalangan generasi muda.

MONEY BOY 2
2.0 SITUASI

Gejala money boy dalam erti kata lain adalah lelaki yang menawarkan khidmat kepada
pelanggan lelaki dan wanita. Isu ini kerana wang adalah segala – galanya dan menggaburi mata
anak muda hingga sanggup menggadaikan maruah diri dalam mencari keseronakkan hidup.
Gejala negatif ini bukanlah dalam sesebuah negara sahaja, malah melibatkan hubungan
antarabangsa sehingga mencalarkan imej sesebuah negara.

Cadangkan cara penyelesaian yang terbaik bagi membendung pemasalahan ini daripada
berterusan.

3.0 MENGENALPASTI MASALAH

Pemasalahan yang berlaku berkisarkan pemasalah money boy yang berlaku di


Malaysia. Hampir semua golongan masyarakat bersetuju akan senario ini. Semua golongan
sarna ada terdiri daripada golongan atasan ataupun bawahan seperti doktor, peguam, ahli
pemiagaan, kerani, tukang kebun dan sebagainya, bersetuju bahawa dunia pada hari ini tidak
bebas daripada masalah sosial. Ada di antara masyarakat yang ingin melakukan sesuatu untuk
membasmi masaIah yang timbuI dan ada juga yang tidak ambiI kisah mengenai masalah
tersebut malah berasa gembira melihat mereka sengsara akibat masaIah yang wujud.
Persoalannya adakah gejala ini dapat di bendung ?

MONEY BOY 3
4.0 MEMAHAMI MASALAH

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya aktiviti money boy
dalam kalangan remaja pada hari ini. Pemasalahan ini berlaku adalah berpunca daripada sikap
mementingkan diri oleh individu, ibubapa mahupun masyarakat.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada pemasalahan ini dari segi individu
adalah golongan yang mengalami masalah kewangan. Hal ini kerana, bayaran yang diperolehi
dengan pekerjaan money boy sehingga ratusan ringgit dalam satu hari. Ada juga diantara
mereka yang memperolehi pendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit untuk satu malam.
Oleh hal yang demikian, mereka sanggup menggadaikan maruah diri untuk mencari wang
sampingan dengan jalan yang mudah kerana ekonomi negara semakin gawat. Kadar bayaran
untuk perkhidmatan money boy ini meningkat pada setiap hujung minggu.

Selain itu, dari segi ibubapa pula mereka memandang enteng akan penjagaan anak-anak
dengan mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan. Disebabkan ekonomi yang
tidak menentu dan merosot pada masa kini, ibubapa berkerah tenaga untuk mencari rezeki. Hal
ini demikian, generasi ibubapa sekarang sibuk mengejar kerjaya berbanding mendidik sahsiah
anak–anak.

Di samping itu, dari segi masyarakat yang memberi galakkan kepada Money Boy
berleluasa terutama bagi golongan orang kaya, dato dan datin mahupun golongan hubungan
sejenis. Hal ini juga, mereka mahu mendapatkan kepuasan harian akibat pasangannya yang
tidak mampu memberi nafkah batin. Jelaslah, ketiga-tiga faktor tersebut mempunyai
hubungkait yang kuat sebagai pendorong kepada berlakunya aktiviti money boy ini

MONEY BOY 4
5.0 MENGENALPASTI PENYELESAIAN

Pemasalahan yang wujud dapat diselesaikan dengan mengambil kira beberapa


pendekatan dan situasi.

Antara pendekatan dan situasi yang boleh diambil kira bagi golongan individu ialah
mereka perlu mendalami ilmu agama dan moral supaya dapat mengetahui tentang baik atau
buruk sesuatu.

Seterusnya, untuk golongan ibubapa mereka harus mencurahkan kasih sayang yang
secukupnya dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungya. Hal ini kerana, ibubapa merupakan insan
terhampir dengan diri anak-anak.

Di samping itu, bagi pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan jabatan agama islam
(JAIS) mengadakan serbuan secara besar-besaran bagi meninjau gejala money boy yang
semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat sekarang. Hal ini kerana, pihak kerajaan
dapat memberi impak kepada sesebuah negara itu.

MONEY BOY 5
6.0 PEMILIHAN PENYELESAIAN TERBAIK

Penyelesaian terbaik adalah dari pihak kerajaan paling sesuai untuk menyelesaikan
gejala Money Boy dan dikatakan bahawa kerajaan akan memberi impak yang sangat meluas
kepada sesebuah negara. Hal ini dapat dibuktikan dan disokong pelbagai situasi.

Antaranya ialah, masalah gejala sosial Money Boy ini semakin hari semakin meningkat
bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Gejala ini dapat dilihat semakin meleluasa dalam
kalangan generasi Y di Malaysia.

Dalam akhbar dikatakan individu yang melakukan pekerjaan ini tidak mempunyai
pendapatan yang cukup. Money Boy ini adalah suatu perkerjaan yang terdesak. Indeks
menyatakan 85% daripada mereka adalah berketurunan melayu. Umur mereka dalam
lingkungan 15 hingga 30 tahun.

Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah yang drastik bagi
membendung gejala ini dengan mengadakan kerjasama antara pihak Majlis Agama Islam dan
NGO-NGO yang berkaitan.

Berdasarkan persetujuan antara kerajaan dan pihak-pihak lain, beberapa perkara telah
dipersetujui, Antaranya, mengenakan denda dan kompoun oleh pihak kerajaan.

MONEY BOY 6
7.0 LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi pemasalahan ini ialah
pihak kerajaan perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan membuat perundingan tentang langkah-langkah
bagi membendung isu money boy yang melanda pada era globalisasi ini misalnya membuat
serbuan secara berskala bagi mengurangkan kes ini terus berleluasa.

Selain itu, pihak kerajaan harus menyekat laman sesawang yang memaparkan
perkhidmatan seks yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Hal ini jelas, dengan
kecanggihan IT yang salah digunakan oleh masyarakat sekarang dengan hanya melayari
internet untuk melanggan bagi memuaskan nafsunya.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu menghantar golongan Money Boy ini ke pusat
pemulihan akhlak dan diberi pencerahan tentang kesan jika seseorang itu melibatkan diri gejala
tersebut. Dengan cari itu, individu tersebut akan sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan
dan dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.

MONEY BOY 7
8.0 MENILAI PENYELESAIAN

Antara kesan negatif daripada gejala Money Boy yang dihadapi adalah pentadbiran
negara akan merosot. Hal ini kerana, kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan
keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala money boy dan
keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah
dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala money boy ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya
anasir-anasir luar akan meresap masuk ke dalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini
tidak tahu menjaga akhlak mereka.

Selain itu, cetek ilmu pengtahuan agama dan moral remaja menyebabkan terjerumus
dalam kegiatan sumbang. Hal ini demikian, bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya
remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan
kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran
islam yang sebenarnya, malahan memalukan agama, bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan
juga kesan gejala money boy ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.

Berdasarkan langkah-langkah yang dibuat untuk mengelakkan gejala money boy


berleluasa, terdapat beberapa kesan sampingan berlaku. Antarannya ialah, peningkatan kos
bagi melakukan pemantaun yang kerap bagi kerajaan Malaysia. Hal ini demikian, belanjawan
yang harus dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk membasmi gejala ini amat ketara. Tambahan
pula, berlaku pertambahan kakitangan dan kerahan tenaga apabila membuat sesuatu serbuan
dan pemantauan tentang krisis ini.

Disamping itu, purata gejala money boy dapat dikurangkan dengan ketara. Hal ini
demikian, pemuda pada masa kini yang menjadi tulang belakang harapan bangsa dan negara.
Oleh itu, semakin cerah kerajaan untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Tambahan pula,
sektor pelancongan tidak perlu bimbang lagi kerana kehadiran pelancong akan kembali seperti
sediakala disebabkan gejala ini dapat dikurangkan.

MONEY BOY 8
9.0 KESIMPULAN

Isu money boy yang muncul dalam masyarakat pada hari ini merupakan satu fenomena
baru yang melanda Generasi Y. Isu ini mula bertapak dalam kalangan Generasi Y pada awal
tahun 2009. Kesempitan dan cabaran hidup di era globalisasi pada hari ini menjadi pendorong
utama kepada Generasi Y untuk terlibat secara langsung dengan aktviti yang tidak bermoral
ini. Walaupun telah dilaksanakan pelbagai inisiatif untuk membendung masalah ini dari
berterusan, namun usaha terse buttidak menunjukkan perkembangan yang positif. Oleh itu,
sebagai masyarakat yang majmuk, kita perlu berganding bahu untuk menyampaikan maklumat
kepada pihak berkuasa tentang aktiviti itu dan bukan mengaharapkan usaha agensi-agensi
tertentu sahaja. Bak kata peribahasa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”. Dengan penyatuan masyarakat, cara ini dapat membantu mengurangkan gejala
money boy serta dapat menghapuskan kegiatan tidak bermoral yang merosakkan anak bangsa.

Justeru adalah menjadi keutamaan kepada semua pihak untuk berpadu tenaga dan usaha
menyebarkan kesedaran ini, bermula dari rumah, sekolah dan institusi pengajian kepada
golongan remaja agar mereka sedar kesannya kepada masa depan mereka. Selain daripada
usaha ini, pelbagai usaha lain daripada pihak kerajaan juga perlu dilaksanakan seperti kempen
berterusan melalui media cetak dan elektronik agar seluruh pelusuk masyarakat akan mendapat
infomasi yang sarna dan tepat. Hanya dengan adanya semangat kerjasama dari semua pihak
sahajalah aktiviti dan isu money boy ini dapat ditangani dengan berkesan.

MONEY BOY 9
RUJUKAN

1. http://psasir.upm.edu.my/57405/

2. http://psasir.upm.edu.my/57405/1/Mohammad%20shatar%20sabran.pdf

3. https://www.youtube.com/watch?v=7mig8OpQ4m0

4. Profesor Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, 2015, Money Boy Masalah Gejala Sosial
Era Generasi Y, Universiti Putra Malaysia: Persatuan Penerbit Buku Malaysia
(MABOPA)

5. https://www.youtube.com/watch?v=TEeYFPppqYw

6. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131119/ke_01/Money-Boy

MONEY BOY 10

You might also like