Professional Documents
Culture Documents
Tugasan Individu-Kesatuan Sekerja
Tugasan Individu-Kesatuan Sekerja
0 PENGENALAN
V3 Builders Sdn Bhd ditubuhkan pada 20 Julai 2007 merupakan syarikat kontraktor binaan
yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 . Syarikat ini menyediakan
projek. V3 Builders Sdn Bhd adalah syarikat kontraktor binaan bertaraf Bumiputera dan
mahir (kumpulan profesional) dan kumpulan sokongan, syarikat ini turut terlibat di dalam
Kumpulan sokongan ini terdiri daripada 65 orang pekerja. Walau bagaimanapun, salah
seorang pekerja V3 Builders Sdn Bhd dari kumpulan sokongan iaitu, En Muhammad Ismail
telah mengadu dan mencadangkan supaya mewujudkan kesatuan sekerja disebabkan perkara-
perkara yang ingin dibincangkan. Oleh itu, En Mohammad Ismail telah mengajak kesemua
pekerja bahagian kumpulan sokongan untuk menyertai kesatuan sekerja. Akan tetapi,
adalah dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam pembentukan kesatuan sekerja bagi
Notis mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja bagi kumpulan sokongan serta laporan minit
mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja tersebut adalah seperti di Lampiran I dan Lampiran II.
2.0 PERBINCANGAN
Setelah selesai membuat mesyuarat penubuhan, sesebuah kesatuan sekerja itu perlulah
didaftarkan seperti mana yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Menurut Wu Min Aun (1985:10), “…setiap kesatuan sekerja diperlukan memohon
pendaftaran dalam jangka masa sebulan dari tarikh penubuhannya. Tempoh ini boleh
dilanjutkan atas budi bicara Pendaftar Kesatuan Sekerja, tetapi jumlah kesemua tempoh itu
mestilah tidak melebihi enam bulan”. Wu Min Aun (1985:10-11) turut menyatakan
bahawa “…sekiranya mana-mana kesatuan sekerja gagal memohon pendaftaran dalan masa
yang sepatutnya (atau jika pendaftaran ditolak; ditarik balik atau dibatalkan),
Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS), V3 Builders Sdn Bhd telah membuat permohonan kepada
Ketua Pengarah atau Pendaftar Kesatuan Sekerja bagi mendapatkan pengesahan tentang kesatuan
tersebut telah dibuat melalui Borang B (Lampiran III). Permohonan telah dibuat pada 28 Mei
2013 iaitu setelah segala dokumen seperti laporan minit mesyuarat penubuhan serta dokumen lain
Selain itu, di bawah seksyen 14 Akta Kesatuan Sekerja 1959,“…Ketua Pengarah boleh
meminta untuk maklumat lanjut bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu permohonan
itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau bahawa kesatuan sekerja
itu berhak didaftarkan di bawah Akta ini”, (International Law Book, 2011: 17). Menurut Wu Min Aun
(1985: 13), “…sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa kesemua kehendak telah dipatuhi, ia akan
mengeluarkan satu sijil pendaftaran kepada kesatuan”. Perkara ini telah disebut di bawah seksyen
hendaklah mengeluarkan kepada kesatuan sekerja itu suatu pengakuan pendaftaran dalam borang
yang ditetapkan dan pengakuan itu, melainkan jika dibuktikan bahawa ianya telah dibatalkan atau
ditarikbalik hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi semua maksud bahawa kesatuan sekerja
itu telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Akta ini”,(International Law Book Services, 2011:
17).
Oleh demikian, setelah membuat permohonan pendaftaran kepada Ketua Pengarah dan
memberikan kerjasama kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan segala maklumat yang diperlukan,
maka, Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) V3 Builders Sdn Bhd diberikan perakuan
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA
Perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut:
Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada kita semua.
Kehadiran:
1. En. Mohammad Ismail
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir bagi
menubuhkan kesatuan sekerja yang akan mewakili ahli-ahli di dalam berurusan dengan
majikan.
Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis melantik salah seorang ahli dengan persetujuan ahli-ahli
yang lain iaitu Cik Aireen Fadzillah binti Harun sebagai pencatat minit sementara untuk
mencatat minit mesyuarat ini.
Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda mesyuarat pada pagi ini iaitu melibatkan
perbincangan mengenai tujuan penubuhan kesatuan, menetapkan skop keahlian, yuran
kesatuan, nama kesatuan dan alamat berdaftar, peraturan yang digunapakai di dalam
kesatuan, perlantikan Jawatankuasa kesatuan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Pengerusi berharap kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberi kerjasama dan
berbincang untuk memudahkan keputusan bagi menubuhkan kesatuan sekerja ini dapat
dilaksanakan dengan segera. Majlis diteruskan dengan perbincangan berkenaan agenda yang
telah ditetapkan.
Pengerusi bertindak menerangkan secara umum berkenaan fungsi kesatuan sekerja dan
seterusnya membincangkan tujuan penubuhan kesatuan sekerja bersama-sama ahli yang
lain yang hadir.
(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan
pekerja-perkerja lain,di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di
antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang
perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat
atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.
(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan
dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
(e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka
jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerj
(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian
perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk
faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan dan perbincangan berkaitan dengan
tujuan penubuhan kesatuan sekerja ini.
Hasil daripada cadangan dan perbincangan, keputusan bagi skop keahlian adalah seperti
berikut:
(a) Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Kakitangan Sokongan Satu dan
Kakitangan Sokongan Dua Dari Gred 1 Hingga Gred 40 yang digaji oleh Kolej
Kerjasama Perak.
4. Yuran Kesatuan
Pengerusi meminta ahli-ahli memberikan pendapat berkenaan dengan yuran yang perlu
dikenakan ke atas ahli-ahli yang ingin mendaftar masuk serta yuran bulanan bagi
kesatuan sekerja ini. Respon yang diberikan oleh ahli yang hadir sangat
memberangsangkan dengan pelbagai cadangan berkaitan telah diberikan.
Hasil perbincangan Pengerusi bersama ahli-ahli yang hadir, kata sepakat diperolehi
berkenaan dengan yuran kesatuan iaitu:
Kadar bayaran yang ditetapkan ini adalah tertakluk kepada persetujuan bersama ahli-ahli
yang hadir melalui undian yang dilakukan dan sebarang kenaikan atau pertukaran
jumlah bayaran yuran hendaklah diputuskan melalui undian sulit menerusi perkara 25.
Selain itu, ahli sebulat suara telah bersetuju untuk menggunakan alamat berdaftar bagi
kesatuan iaitu Tingkat 1, V3 Builders Sdn Bhd, 52100 Kepong, WP Kuala Lumpur.
Pengerus memohon semua ahli yang hadir untuk memberikan cadangan untuk memilih
ahli jawatankuasa kesatuan bermula daripada Pengerusi sehingga kepada AJK iaitu
seramai empat orang.
Hasil daripada cadangan dan persetujuan daripada semua ahli yang hadir, antara
individu yang dilantik bagi memimpin kesatuan sekerja ini adalah seperti berikut:
7.1.2 Semua AJK perlu memberi kerjasama dan pertolongan bagi memudahkan
urusan tersebut.
Majlis telah bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Pengerusi di dalam
perkara 7.1.1 dan 7.1.2.
8. Penutup
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang
hadir dan berharap agar penubuhan kesatuan sekerja ini dapat memberi manfaat kepada
semua ahli.
Disediakan oleh
_________________________________________
PERAKUAN PENDAFTARAN
(Seksyen 13 dan Peraturan 7)
_______________________________
bahawa
…….……………………………….
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil (1) dlm. PAKS
Tarikh: 21 JUN 2013
Ketua Pengarah,
V3 Builders Sdn Bhd,
52100 Kepong
WP Kuala Lumpur
Tuan,
PERKARA: PELAWAAN PERUNDINGAN KOLEKTIF
Merujuk perkara di atas.
2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Mohammad Ismail wakil dari Persatuan
Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) selaku Pengerusi yang telah dilantik ingin
mempelawa Tuan untuk mengadakan satu perundingan kolektif bagi membincangkan dan
mempertimbangkan cadangan yang telah diutarakan oleh persatuan kami. Antara cadangan
yang ingin kami perbincangkan adalah seperti berikut:
b) Peruntukan upah bagi setiap pekerja yang terpaksa mengorbankan hari cuti rehat
dan melaksanakan kerja lebih masa.
3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Maklum balas dari
Tuan adalah diharapkan bagi memastikan perundingan ini dapat diteruskan demi
kepentingan organisasi dan para pekerja.
Muhhamd Ismail
……………………………….
(MUHAMMAD ISMAIL)
Pengerusi
Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS)
RUJUKAN
International Law Book Services. (2011). Undang-undang Malaysia: Akta Kesatuan Sekerja
1959 (Akta 262) & Peraturan-peraturan. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. (2011). Garis panduan tentang penubuhan dan
pendaftaran kesatuan sekerja. Retrieved 2019, January 28 from
http://jheks.mohr.gov.my/pda/images/stories/pdf/garispanduan/GARIS_PANDUAN
_TENTANG_PENUBUHAN_DAN_PENDAFTARAN_KESATUAN_SEKERJA.