You are on page 1of 2

Isu UPSR: KPM perlu dapatkan

pandangan semua pihak


Sinar Harian | Ogos 06, 2019 09:05 MYT

Ada pihak berpendapat peperiksaan awam UPSR masih relevan dan penting untuk menilai tahap
pencapaian akademik murid. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mendapatkan
pandangan daripada pihak berkepentingan sebelum memansuhkan
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, kajian menyeluruh


perlu dijalankan berikutan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap
pencapaian sekolah rendah.
“Saya menyokong cadangan untuk mansuhkan UPSR namun harus
diingatkan yang kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk memastikan
peperiksaan atau penilaian yang akan menggantikan ia nanti setanding atau
lebih baik daripada peperiksaan awam itu bagi menilai pencapaian pelajar di
peringkat sekolah.
“Peperiksaan yang dijalankan di sekolah perlu dipantau agar selaras dengan
standard peperiksaan awam sedia ada.
"Soalan berbentuk objektif perlu dikurangkan kerana tidak dapat menilai
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seseorang pelajar itu,” katanya
kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan


seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini memberi


tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta-tuli semata-mata
untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperoleh
boleh digunakan pada masa-masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Seri Petaling, Fauzi Ahmad Marzuki berkata, peperiksaan
awam itu masih relevan dan penting untuk menilai tahap pencapaian
akademik murid.

“Saya tak bersetuju jika UPSR dimansuhkan kerana ia dapat menilai sejauh
mana pencapaian murid sebelum ke sekolah menengah. Jika dimansuhkan,
dengan apa cara lagi kita dapat menilai murid terbabit.

“Kementerian perlu memperkenalkan sistem lebih baik daripada yang sedia


ada jika ia akan dilaksanakan. Saya amat berharap pihak berkenaan tidak
gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan
daripada semua pihak,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-upsr-kpm-perlu-dapatkan-pandangan-
semua-pihak-214281

You might also like