You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI

23000 DUNGUN, TERENGGANU

Kertas Kerja

Sambutan Maulidur Rasul


2018M / 1440H
Anjuran:
Panitia Pendidikan Islam
Tarikh:
15 November 2018
Hari:
Khamis
Masa :
8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:
Dewan Rajawali SK Pulau Serai
Surau Al-Abrar SK Pulau Serai
KERTAS KERJA
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
( ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM )

1. PENDAHULUAN
Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan
terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda
dan berbangga dengan baginda, sebagaimana Allah berbangga terhadap baginda
dengan memuji baginda dalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak
yang mulia" (Al-Qalam: 4).

Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung, ia memberi
peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang
dimiliki oleh Rasulullah serta memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w.

2. MATLAMAT
Memperingati sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan mengambil iktibar daripada
pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid
Islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya.

3. OBJEKTIF
Mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w.

Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid Islam tahun 1 hingga tahun 6, Prasekolah Dan PPKI
Semua warga SK Pulau Serai
5. TARIKH, TEMPAT DAN MASA
15 November 2018
Khamis
Dewan Rajawali, SK Pulau Serai & Surau Al-Abrar, SK Pulau Serai
8.00 pagi – 12.30 tengahari

6. JAWATAN KUASA INDUK DAN AJK PELAKSANA

J/Kuasa Induk
Penasihat : En Mohd Apandi bin Omar Baki
Pengerusi : En Mohd Aripen bin Muda
Timb. Pengerusi : En Saidi bin Abdullah
: Pn Amimah Nur bt Harun
: En Baharuddin bin Ismail
Penyelaras Program : Pn Rashidah bt Abdul Wahab
Setiausaha : Pn Rosnani bt Nordin

J/Kuasa Kerja Guru


Pengerusi Majlis : Pn Juairiah bt Hasan
Penceramah : Ustaz Kamalul Zaman bin Lukman
Bacaan Doa : En Ahmad Rozali bin Wahab
PA Sistem : En Ahmad Rozali bin Wahab (K)
: En Mohd Azli bin Mat Nawi
Persiapan Tempat : Pn Che Ramlah bt Che Kar (K)
: Pn Nurul ‘Ain bt Osman@Salim
: En Ahmad Sarisha bin Mohd Nor
: En Mohd Azizuddin bin Mohd Kamal
Dokumentasi : Pn Rashidah bt Abdul Wahab (K)
: Pn Norimah bt Talib
: Pn Melinda Tan Yen Sia
Pamplet/Banner : Pn Wan Sharatulnaim bt Wan Jusoh (K)
: Pn Siti Norhidayah bt Mamat
Tayangan : En Mohd Sukri bin Abdul Wahab (K)
: Pn Wan Nurul Naimah bt Wan Hibadullah
Kawalan Murid : Pn Norliza bt Ismail@Chik (K)
(Dewan Rajawali) : Pn Rohani bt Mat Nor
: Pn Harisah bt Md Yusof
: En Abdul Salam bin Yaakob
: En Mohd Saufi bin Abdullah
: En Mohd Azri bin Salleh
: Pn Fadzilah bt Khalid
: Pn Noraida bt Awang
: Pn Suriati bt Ismail
: Pn Che Wan Noraini bt Che Wan Da
: Pn Wan Naimah bt Wan Jali
: Pn Soraya bt Aziz@Abdul Aziz
: Cik Zuhairah bt Mohd Zaid
: Pn Rosminah bt Embong
: Pn Roshamiza bt Awang
Kawalan Murid : En Mohd Sukri bin Abdul Wahab (K)
(Surau Al-Abrar) : YM Syed Mohd Zainuddin bin Tuan Moning
: En Sulkefli bin Ismail
: YM Tuan Sarifah Saerah bt Tuan Nik
: Pn Zubaidah bt Muda
: Pn Zakiah bt Idris
: Pn Siti Zubaidah bt Bujang@Mail
: Pn Norjihan bt Ambak
: Pn Noorakmal bt Abdul Rahman
: Pn Norhayati bt Alias
: Pn Suaibatulaslamiah bt Abdul Razak
: Pn Norfazilah bt Ibrahim
: Pn Norhaslina bt Hashim
: Pn Khatijah bt Zawawi
Jamuan VIP : Pn Salina bt Ahmad (K)
: YM Tengku Zaini bt Tengku Bakar
: Pn Maziah bt Ismail
: Pn Zalina bt Ali
: Pn Asma bt Ahmad
Perarakan : En Mohd Hasnizam bin Abdullah (K)
: Pn Halimah bt Kadir
: Pn Zarita bt Musa
: Pn Zalina bt Mamat
: Pn Nurul Eaimie bt Mat Sah
: Pn Nuraznida bt Shafei
: Pn Norhasliza bt Abdul Rahman
: Pn Diam Masliana bt Talib

7. TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Perarakan Pasukan Solawat


8.10 pagi : Majlis Khatam Al-Quran
: Semua berkumpul di Dewan Rajawali
10.00 pagi : Rehat Tahap 1
10.30 pagi : Rehat Tahap 2
10.30 pagi : Murid-murid Tahap 1 - Berada di Surau Al-Abrar
: Tayangan Filem Berunsur Islamik
11.00 pagi : Murid-murid Tahap 2 – Berkumpul di Dewan Rajawali
: Ceramah Maulidur Rasul
12.30 tengahari : Bersurai

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Publisiti/Banner = RM100
Percetakan/Fotostat = RM20
Makan (800 orang murid x RM1.50) = RM1200
Jumlah = RM1320
9. PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat menambahkan cinta
kepada baginda Nabi dalam kalangan murid, seterusnya meningkatkan pengetahuan
murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________________ __________________________
(PN RASHIDAH BT ABDUL WAHAB) (PN ROSNANI BT NORDIN)
Penyelaras Ketua Panitia
Sambutan Maulidur Rasul Pendidikan Islam
SK Pulau Serai SK Pulau Serai

Disahkan oleh,

___________________________________
(EN MOHD APANDI BIN OMAR BAKI)
Guru Besar
SK Pulau Serai

You might also like