You are on page 1of 10

KERTAS KERJA CADANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM SK TUNGOU RANAU TAHUN 2019

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu daripada aktiviti pendidikan luar yang kali
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha menangani segala bentuk masalah sosial yang
semakin menjadi di negara kita dewasa ini. Dengan adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita
mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap
perkara.

Pada tahun ini, pihak Sekolah Kebangsaan Tungou Ranau telah merangka sebuah kertas
kerja bagi melaksana Aktiviti Perkhemahan Bersepadu unit beruniform tahun 2019. Dengan
adanya kerjasama dari setiap unit beruniform di sekolah ini, diharapkan program ini dapat
dijayakan dengan cemerlang dan tercapai objektifnya.

2.0 NAMA PROGRAM

- Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2019 SK Tungou Ranau Sabah

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini adalah :

i. Mengukuhkan pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-
sama rakan dan jurulatih.
ii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iii. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
iv. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Melahirkan rasa syukur dengan alam kurniaan tuhan yang Maha Esa.
ii. Merasai suasana bermalam di dalam khemah.
iii. Berdikari semasa melakukan kerja individu dan berkumpulan seperti mengurus diri sendiri,
membina gajet, malam kebudayaan, dan larian komando.
iv. Menyatakan rasa seronok semasa melakukan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan di
sekitar mereka.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
En. Jaipin Bin Kimburon
Guru Besar

NAIB PENGERUSI I:
Pn Tan Mui Hiong
Guru Penolong Kanan Kurikulum

NAIB PENGERUSI II:


En. Juhilin Bin Majin

PENYELARAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM :


En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim

SETIAUSAHA : KETUA UNIT PENGAKAP:


En. Edward Bin Jamkim En. Jerome E Agong

BENDAHARI : KETUA UNIT TKRS:


Pn. Nancy Bt Baudin Pn. Suraya Bt Sood.

KEM KOMANDAN : TIMB. KEM KOMANDAN :


En. Effendi Bin Ibrahim Pn. Siti Milia Bt Giak

PERALATAN:
En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim, Azrishukry Bin Saman, Juhilin Bin Majin, Edward Jamkim,
Mohd Effendi Ibrahim, Ustaz Ismail, Pengawal Keselamatan, PIBK, dan Sukarelawan

IBADAH:
Ustaz Ismail Bin Hassan
Ustazah Harini
En. Edward Bin Jamkim

DISIPLIN PESERTA:
En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim
Kem Komandan, Timb. Komandan
6.0 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI:
En. Effendi Bin Ibrahim
En. Mohd Yahya Bin Mohd Rustim
Pn. Nurul Hayati Bt Gibun
Pn. Erus Bt Sahamin

KESELAMATAN:
En. Juhilin Bin Majin (Ketua)
Pengawal Keselamatan
Rela Kg Tungou

MAKANAN DAN MINUMAN: HADIAH DAN CENDERAMATA:


Pn. Samsiah Bt Ghani Pn. Jabiah Bt Sapin
Pn Yus Pn. Effadilawati Bt Giak
Pn. Stella Pn. Jumaisah
Pn. Erus Bt Sahamin Ustazah Harini
Pn. Jurinah Bt Supilin

PENDAFTARAN PESERTA
Pn. Siti Milia Bt Giak
Pn. Nurul Hayati Bt Gibun
Pn. Erus Bt Sahamin
En. Suresh

DOKUMENTASI:
Guru Penasihat Unit Beruniform

7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada


i. Hari : Jumaat hingga Sabtu
ii. Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2019
iii. Tempat : Padang SK Tungou Ranau Sabah.
iv. Jurulatih : Guru dan kakitangan sekolah.
8.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah disasarkan kepada ahli-ahli unit berunifom Pengakap dan TKRS

9.0 SUMBER KEWANGAN

- Peruntukkan PCG sekolah


- Sumbangan syarikat swasta dan orang perseorangan

10.0 SENARAI TUGAS

1. PENYELARAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah dan komuniti sekolah

2. KETUA PERKHEMAHAN (KEM KOMANDAN)


a. Membantu ketua menjalankan tugas-tugas ketua
b. Merancang segala pengisian aktiviti.
c. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

3. SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat-menyurat dan borang

4. BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

5. PERALATAN
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah
dalam keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN


a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih.
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan


b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10. IBADAH
a. Memimpin para peserta solat berjemaah
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan dan kerohanian.

11. HADIAH DAN CENDERAMATA


a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program.

12. DISIPLIN PESERTA


a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

13. PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran.
b. Menyemak kehadiran berdasarkan nama.
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN BARANG KEPERLUAN

- Terimaan kewangan

PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) CATATAN


Kain putih 10 Meter X RM5 50 * Anggaran
Macis Kayu 5 Kotak X RM 1 5
White board Maker + Parmenant Maker RM 4.50 X 3 X 6 81
Bandace 5 X RM 7 35
Tali Rapia 8 gulung X RM 7 56
Bateri Hellar - 20
Telur 2 Tray x 11.00 22
Ikan Laut 4 Kg X RM 10 40
3 in l 1 Pek Besar 15
Biskut 2 x RM 8 16
Sijil 1 Bundle 75
Hamper 25 X 10 250
Cenderahati Perasmi - 15
(Garam / Minyak Masak / Ajinomoto) - 30

JUMLAH 710.00

12.0 TENTATIF PROGRAM

Jumaat - 18 Oktober 2019

MASA PERKARA TINDAKAN


1.30 pm Pendaftaran AJK Pendaftaran
(Murid berkumpul di padang sekolah)
2.00 pm – 2.10 pm Taklimat daripada Ketua penyelaras / Ketua penyelaras
Kem Komandon Kem Komandan
1st Roll Call Timb. Kem Komandan
“Pemberian Amanah”
2.10 pm – 4.00 pm 1. Taklimat cara-cara mendirikan Kem Komandan dan
khemah dan gajet utama Timb. Kem Komandan
2. Mendirikan khemah mengikut AJK
kumpulan. Platun Rela Kg Tungou
3. Mendirikan gajet PERWIS
4. Mencipta bendera kumpulan
5. Mencipta yell kumpulan
4.00 pm – 4.30 pm Minum petang. AJK Makanan
Solat AJK Ibadah
4.30 pm – 5.30 pm Pertandingan pertolongan cemas Jurulatih
PERWIS
5.30 pm -7.50 pm Mandi AJK Makanan
Makan malam AJK Ibadah
Solat Maghrib (Tapak Perkhemahan
@ Dewan Makan SK Tungou)
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
8.00 pm – 11.00 pm Aktiviti malam kebudayaan AJK Makanan
Malam unggun api
“Sayang si buta”
“Burung Pungguk”
11.00 pm Minum malam Jurulatih
2nd Roll Call
Rehat
11.00 pm Aktiviti spontan yang difikirkan sesuai AJK Makanan
Tidur AJK Perkhemahan

Sabtu - 19 Oktober 2019

MASA PERKARA TINDAKAN


4.30 am – 7.00 am Solat Subuh (Tapak Perkhemahan @ AJK Perkhemahan
Dewan Makan SK Tungou) AJK Ibadah
Persiapan diri
Sarapan
7.00 am – 7.30 am Senaman pagi Jurulatih
AJK Riadah
Perwis
7.30 am – 9.30 am Jungle Tracking / Kembara Hutan / Jurulatih
Khidmat Masyarakat / Pembentangan Rela
Ubatan Hutan Pengawal Keselamatan
Perwis
9.30 am – 10.30 am Pertandingan kawad kaki dan lintas Kem Komandan
lalu Timb Kem Komandon
Jurulatih
Rela
10.30 am – 11.00 am Rehat & Minum Pagi AJK Makanan
11.30 am – 12.30 pm Pertandingan Masakan Rimba Jurulatih
Gajet kumpulan diadili Semua AJK
12.30 pm – 1.30 pm Makan tengahari / Rehat / Solat Jurulatih
1.30 pm – 2.30 pm “Larian Komando” Platun Rela Kg Tungou
“ Pencarian Iron Man dan Iron Lady” PERWIS
2.30 pm – 4.30 pm
Aktiviti Perasmian / Penyampaian Penyelaras
Hadiah dan Sijil perkhemahan\Kem
Last Roll Call Komandan dan Tim. Kem
Berkemas dan bersurai Komandon
YDP PIBK
Guru Besar
Penolong Kanan
Semua AJK
Rela Kg Tungou
PERWIS

13.1 JUSTIFIKASI PERLAKSANAAN AKTIVITI UTAMA PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM

13.1.1 Mendirikan khemah dan menbina gajet utama

Bagi aktiviti ini, taklimat cara-cara mendirikan khemah akan dilakukan bagi memudahkan
pelajar menjalankan aktiviti mendirikan khemah mengikut kumpulan. Aktiviti ini menjadi
aktiviti yang pertama dalam tentatif program ini bagi mendedahkan murid cara-cara mendirikan
khemah dengan betul di samping menerapkan nilai bekerjasama antara ahli kumpulan. Manakala
aktiviti membina gajet pula dapat merangsang kreativiti murid untuk mencipta gajet utama yang
bersesuaian dengan aktiviti perkhemahan. Di samping itu juga, mrid berkeupayaan dan
mengawal kualiti binaan gajet mereka.

13.1.2 Mencipta bendera dan yell kumpulan.


Murid akan dapat berkeupayaan untuk membina kreativiti melalui perbincangan kumpulan untuk
menentukan logo dan bendera kumpulan mereka. Yell yang dicipta juga akan mewakilkan
identiti kumpulan mereka.

13.1.3 Pemberian amanah

Amanah yang dimaksudkan adalah item yang akan ditakrifkan sebagai nyawa murid sepanjang
perkhemahan unit beruniform ini. Dalam konteks ini, murid akan dibekalkan sebiji telur ayam
untuk menjadi “nyawa‟ mereka. Sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap „nyawa” akan
mempengaruhi markah kumpulan murid itu sendiri. Di samping itu, murid juga boleh dikenakan
tindakan yang bersesuaian dengan suasana perkhemahan.

13.1.4 Pertandingan pertolongan cemas

Murid akan dinilai dengan kreativiti dan teknik balutan serta rawatan yang bertepatan dengan
situasi kecederaan ringan yang dikemukakan. Ianya juga akan menjadi pengetahuan asas murid
yang dapat diaplikasikan sepanjang hayat murid.

13.1.5 Malam kebudayaan

Aktiviti akan menguji kreativiti dan ketersediaan murid untuk menyerlahkan dan menyampaikan
bakat berkumpulan dalam malam kebudayaan. Aktiviti ini akan merangsang keyakinan dan
keterampilan sahsiah murid yang cemerlang.

13.1.6 Sayang Si Buta / Burung Pungguk

Aktiviti ini berupaya untuk memberi kesedaran dan keyakinan kepada diri sendiri serta ahli
kumpulan untuk menerima kekurangan diri serta menghargai ihsan individu lain melalui konsep
pelaksanaan aktiviti ini.

13.1.6 Jungle trangking / Kembara Hutan / Mengenalpasti herba ubat – ubatan hutan

Aktivti dilakukan bagi mendedahkan rahsia alam yang tersembunyi di persekitaran pelajar. Di
samping menguji tahap kecerdasan mental dan fizikal murid, ia juga akan menjadi wadah
pengapresasian alam semulajadi yang menjadi warisan turun temurun kita.
13.1.7 Masakan rimba

Aktiviti ini akan menjadi wadah kepada murid untuk lebih mandiri dan berkeupayaan untuk
menempuhi cabaran kehidupan pada masa hadapan. Di samping itu juga, ia juga merupakan
kaedah pengapresasian alam sekitar meliputi flora dan fauna yang amat berguna sebagai sumber
makanan manusia.

13.1.8 Larian Komando

Aktiviti ini dapat mengenalpasti daya tahan murid dalam menempuhi laluan tidak lazim yang
boleh diasimilasikan sebagai salah satu norma cabaran kehidupan seharian. Di samping itu ianya
juga dapat memupuk kerjasama di kalangan ahli kumpulan, ianya juga akan dapat memberikan
keyakinan fizikal, mental, dan rohani kepada para murid.

13.1.9 Kawad Kaki

Aktiviti ini menjadi medan ujian kepada murid untuk mempraktikkan ilmu kawad kaki yang
telah dipelajari sepanjang perjumpaan unit berunform di sepanjang tahun 2019.

14.0 PENUTUP

Dengan adanya penganjuran program seperti ini, dapat membentuk dan melahirkan insan yang
mempunyai jiwa yang kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari. Pihak jawatankuasa telah sedaya upaya merancang dan berusaha untuk merealisasikan
program ini. Diharap agar para peserta bersungguh-sungguh untuk mengikuti setiap aktiviti
yang telah digarapkan oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHD YAHYA BIN MOHD RUSTIM JAIPIN BIN KIMBURON


Penyelaras Perkhemahan Guru Besar
Unit Beruniform SK Tungou Ranau

SK Tungou Ranau

You might also like