You are on page 1of 3

MBSSKL PK07-3

SMK LAKI-LAKI METHODIST, JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM STREAM PT3 BIL 1 TAHUN 2019

Mesyuarat : Jawatankuasa Program Stream PT3 1/2019

Tarikh : 10.10.2019 (Khamis)

Masa : 2.30-4.00

Tempat : Bilik Centennary

Pengerusi : Pn Phua

Senarai nama penuh AJK dengan jawatan


Kehadiran : ...........................................................................................................................

Hadir Bersama (Jika ada) : ............................................................................................................................................

Tidak Hadir : ...........................................................................................................................

Urus Setia/Setiausaha : Mohd Aizat bin Omar

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucap terima kasih kepada guru yang hadir dalam mesyuarat.
1.2 Memaklumkan bahawa program ini adalah berbentuk showcase berdasarkan
elemen STREAM (Science, Technology, Reading, Engineering, Arts and
Mathematics)
1.3 Memaklumkan bahawa program bermatlamat untuk memberikan pelajar
pengalaman dalam pengaplikasian kehidupan seharian melalui aktiviti hands-on.
Tindakan: makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Tiada

Tindakan: makluman

3 AKTIVITI PROGRAM STREAM MBSSKL:


3.1. Pn Muniammah memaklumkan bahawa showcase dicadangkan untuk
diadakan pada 31 Oktober 2019 di Dewan Sekolah selepas cuti Deepavali.
3.2. Program showcase akan melibatkan pelajar mempamerkan persembahan
mereka melalui tapak (booth) yang ditetapkan di dewan.
3.3. Pelajar diberikan peluang untuk menetapkan kumpulan dan topik
persembahan berdasarkan subjek yang dipilih.
3.4. Mesyuarat bersetuju penetapan kumpulan dan subjek seperti berikut:
3.4.1. 3M,3E,3T,3H- Asas Sains Komputer, Matematik dan Sains
3.4.2. 3O, 3D,-Reka Bentuk Teknologi.
3.5. Mesyuarat juga bersetuju bahawa pelajar 3O dan 3D akan terlibat dalam
acara Zumba yang akan diadakan pada pagi 31 Oktober.

Tindakan: Makluman
____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu/ MBSSKL
1 Januari 2014 – Keluaran 01/ Pindaan 00
MBSSKL PK07-3
3.6. Persembahan showcase akan diadakan secara serentak melalui tapak
(booth) di Dewan:
3.6.1. Reka Bentuk Teknologi
3.6.2. Sains
3.6.3. Matematik
3.6.4. Asas Sains Komputer
3.6.5. Bahasa Inggeris (Scrabble)
3.6.6. Robotik
3.7. Bagi persiapan, kumpulan terlibat akan bergerak sendiri dan berjumpa guru
bidang masing-masing untuk membantu mereka dalam melengkapkan
persembahan mereka. Perbincangan dilakukan selepas aktiviti Pasca PT3
pada 21-23 Oktober serta selepas sekolah.
3.8. Raptai dan persediaan tempat akan ditetapkan pada 30 Oktober 2019.
3.9. Tentatif showcase STREAM dicadangkan seperti berikut:
7.30-8.30 : Zumba bersama warga MBSS
8.30: Pelajar bersedia di Dewan
9.00: Showcase bermula
3.10. Showcase akan dibuka kepada semua pelajar Menengah Rendah dan
Tingkatan 4

Tindakan:
Makluman

4 HAL-HAL LAIN

4.1. Mesyuarat bersetuju agar ahli jawatankuasa dikemaskini dan ditambah baik
untuk menambah jumlah guru yang terlibat berdasarkan keperluan yang
mendesak dan bidang tugas.
4.2. Mesyuarat bersetuju agar penetapan bajet ditetapkan bagi setiap bidang dan
pengiktirafan berbentuk sijil diberikan kepada pelajar dan guru terlibat.
4.3. Mesyuarat bersetuju agar wakil pelajar bagi setiap kelasdipilih sebagai
pemimpin untuk menetapkan kumpulan dan membantu kelancaran
pelaksanaan program. Pemilihan telah dibuat pada 11/10/2019:
4.3.1. AIMAN AIZUDDIN BIN ILZAM [3D]
4.3.2. RAMAN BIN RAMLI [3O]
4.3.3. CLEMENT CHEONG CHIEW HEEN [3H]
4.3.4. LEONG JOON MUN [3T]
4.3.5. CHING WEIYANG [3M]
4.3.6. LYE LIK ZANG [3E]

Tindakan: Makluman
6
PENUTUP

Mesyuarat diakhiri pada pukul 4.00

Disediakan oleh,

…………………..........................................
(Mohd Aizat bin Omar)
Setiausaha Program

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu/ MBSSKL
1 Januari 2014 – Keluaran 01/ Pindaan 00
MBSSKL PK07-3
Tarikh: 11/10/2019

____________________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar & Pudu/ MBSSKL
1 Januari 2014 – Keluaran 01/ Pindaan 00

You might also like