You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MA’MOR

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil 3 / 2019

Tarikh : 14 Ogos 2019


Masa : 1:10 – 2:20 petang
Tempat: Makmal Komputer
Pengerusi : Pn. Ruziathul Amira binti Mazlan
Setiausaha mesyuarat : Pn. Aniza binti Masiron

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru Matematik ke Mesyuarat Panitia
Bahasa Melayu Bil 3/2019.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan Panitia Bahasa Melayu.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat Bil 2/2019 dicadang untuk disahkan oleh Pn. Khairunnisa
dan disokong oleh Cik Zarena.

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pencerapan Pdp Guru


4.1.1 Pencerapan kedua untuk semua guru akan diadakan mengikut kesesuaian
masa dalam bulan Ogos, September dan Oktober mengikut jadual.
Tindakan: Makluman
4.2 PBS
4.2.1 Pentaksiran murid telah dijalankan secara offline dari Tahun 1 hingga 6.
Pelaporan telah ditunjukkan kepada ibu bapa semasa perjumpaan 3
penjuru yang telah dijalankan pada bulan Jun.
4.2.2 Tahun 6, pentaksiran PEKA / PLBS , PAJSK dan PSIKOMETRIK
dijalankan dan dikeluarkan sijil.
4.2.3 Pentaksiran Psikometrik merupakan ujian aptitud yang digunakan untuk
meramalkan kejayaan seseorang murid di masa hadapan. Ia dijalankan
untuk murid Tahun 3. Ia mengandungi 80 soalan di mana 30 soalan BM,
30 soalan BI dan 20 soalan Matematik selama 1 jam.
Tindakan: Makluman

4.3 PLBS
4.3.1 Guru diingatkan untuk menjalankan penggredan dan PLBS kali ke 2 pada
bulan Oktober 2017.
Tindakan: Makluman

4.4 PEMULIHAN
4.4.1 Murid Tidak Menguasai dan murid yang masih lemah dari Tahun 1 hingga
Tahun 3 diajar oleh Cik Zarena mengikut jadual Bahasa Melayu.
4.4.2 Program yang sedang dijalankan ialah program 5 minit pra bacaan dan
program lakonan sketsa literasi mengikut topik.
4.4.3 Cik Zarena berkata masalah yang dihadapi bagi murid pemulihan ialah
kehadiran ke sekolah, selalu ponteng dan sikap murid itu sendiri tidak
suka belajar. Perkara ini telah dimaklumkan kepada ibu bapa semasa
perjumpaan 3 penjuru yang lalu.
Tindakan: Makluman

4.5 PRA SEKOLAH


4.5.1 Pra sekolah semasa mempunyai 25 orang murid. 14 orang murid lelaki dan
11 orang murid perempuan.
4.5.2 Dua program dijalankan iaitu bimbingan suku kata dan membaca ayat
mudah serta program Matematik operasi tambah dan tolak.
4.5.3 Perjumpaan 3 penjuru telah dijalankan pada 23 Jun 2019; membincangkan
mengenai pentaksiran / pencapaian murid bersama-sama ibubapa justeru
dapat mengenal pasti murid termasuklah ketidakhadiran murid.
4.5.4 Puan Sitiu Sarah akan memberi latih tubi berbentuk soalan LINUS
(Literasi) sebagai persediaan murid ke Tahun 1dan dijangka akan bermula
pada bulan September hingga November dan telah dipersetujui oleh waris
prasekolah dalam perjumpaan 3 penjuru.
Tindakan : Puan Siti Sarah
4.6 Program Kecemerlangan UPSR
4.6.1 Murid Tahun 6 telah menghadiri 4 kali bengkel untuk subjek BM, BI,
Matematik dan Sains dari 30 Mei hingga 2 Jun 2019 yang lalu.
4.6.2 Jadual anjal bermula 23 Jun hingga Peperiksaan UPSR.
Tindakan: Makluman

4.7 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ABAD KE 21(PAK 21)


4.7.1 Semua guru melaksanakan pdpc abad 21 kerana ditekankan sekarang
bukan fizikal kelas tetapi pengisian pdpc.
4.7.2 Semua guru hendaklah melaksanakan pdpc yang bercirikan PAK21 iaitu:
i. berasaskan murid
ii. pembelajaran kolaboratif
iii. menguasai kemahiran
iv. pembelajaran adalah proses
v. pemikiran aras tinggi
vi. praktikal
vii. kemahiran untuk kehidupan
viii. berkumpulan
ix. komuniti
x. pentaksiran kognitif
xi. belajar untuk kehidupan

Tindakan: Makluman

4.8 Pentaksiran sumatif / peperiksaan akhir tahun 2019


4.8.1 Peperiksaan akhir tahun mungkin akan diadakan pada penghujung bulan
Oktober. Ketua Panitia berharap semua guru BM bersedia dengan soalan.
Soalan hendaklah mengikut aras dari mudah, sederhana dan sukar; boleh
dedahkan unsur-unsur K.B.A.T dan menjurus ke arah format UPSR.
4.8.2 Soalan hendaklah disemak oleh KP dan disahkan oleh PK 1.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

4.9 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019


i. Bahasa Melayu Pemahaman
Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 D4A 27 27 0 1 3.70 9 33.33 12 44.44 4 14.81 1 3.70 26 96.30 2.81

2 D5A 27 27 0 2 7.41 9 33.33 7 25.93 4 14.81 5 18.52 22 81.48 3.04

3 D6A 18 18 0 5 27.78 10 55.56 3 16.67 0 0.00 0 0.00 18 100.00 1.89

4 D6B 19 19 0 0 0.00 1 5.26 6 31.58 8 42.11 4 21.05 15 78.95 3.79

ii. Bahasa Melayu Penulisan

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 D4A 27 27 0 0 0.00 2 7.41 5 18.52 11 40.74 9 33.33 18 66.67 4.00

2 D5A 27 27 0 0 0.00 3 11.11 10 37.04 6 22.22 8 29.63 19 70.37 3.70

3 D6A 18 18 0 10 55.56 5 27.78 3 16.67 0 0.00 0 0.00 18 100.00 1.61

4 D6B 19 19 0 1 5.26 2 10.53 4 21.05 7 36.84 5 26.32 14 73.68 3.68

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu


5 HAL-HAL LAIN
Tiada

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.
6.3 Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan November.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

__________________ ____________________
(ANIZA BINTI MASIRON) (RUZIATHUL AMIRA BINTI MAZLAN)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Melayu
SK Seri Maamor SK Seri Maamor

Tarikh : 17 April 2019

You might also like