You are on page 1of 1

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KOTA BELUD

W.D.T 161, 89158 KotaBelud.


Tel : 088-976179 Fax : 088-976562
Email: skpekankotabelud_sabah@yahoo.com.my /Ruj
skep@sabah.edu.my / skep@msn.com
: XBA 5317/100-5-1/1( )
Web :http://www.sabah.edu.my/skep/ / http://www.skep.com
Tarikh : 16 OKTOBER 2019
Kepada;
Ibu Bapa/Penjaga

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PENGUATKUASAAN PENUTUPAN PAGAR BELAKANG SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa satu keputusan telah diambil dalam mesyuarat
bersama AJK PIBG SK Pekan Kota Belud untuk menutup pintu pagar belakang sekolah pada waktu
pagi persekolahan dan akan dibuka pada waktu tengahari (waktu balik dari sekolah).

3. Keputusan ini dibuat bagi mengemaskini pelaksanaan disiplin serta keselamatan pelajar dan atas
nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa penguatkuasaan ini
akan bermula pada 21 Oktober 2019 (Isnin).

4. Oleh itu PIBG SK Pekan Kota Belud memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga yang
menghantar anak ke sekolah pada waktu pagi agar menghantar anak melalui pintu utama sekolah dan
boleh menunggu atau mengambil anak melalui pintu pagar belakang, pintu pagar prasekolah dan pintu
utama sekolah pada waktu tengahari.

5. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih. Mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Sebarang pertanyaan bolehlah mendapat
penjelasan daripada pihak sekolah dan AJK PIBG.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah;

EN AMDIN BIN ATOH


YDP PIBG SK Pekan Kota Belud
2019/2020
SK -Fail

You might also like