You are on page 1of 21

Penghargaan

Assalamualaikum wrt saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca warkah ini. Penghargaan

merupakan satu perkara yang sangat penting bagi saya kerana melalui ucapan ini, saya dapat

menunjukkan perasaan terima kasih saya kepada sesiapa sahaja yang memberi sumbangan

kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, kami terlebih dahulu memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana

limpah dan kurniaNya dapatlah kami menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Di samping

itu, saya selaku pelajar kepada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu Prof. Dr. Hashimah,

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. kerana telah memberi tunjuk ajar dan

bimbingan kepada saya selama mempelajari kursus ini. Hasilnya maklumat-maklumat yang

kami peroleh dapat membantu kami untuk memantapkan isi tugasan ini dan juga akan kami

gunakan apabila saya memasuki alam persekolahan sebagai seorang guru Pendidikan Khas.

Saya juga mengucapkan terima kasih kami kepada semua rakan-rakan yang banyak

membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Akhir sekali saya berharap

pengalaman ini dapat digunakan semasa kami memasuki alam persekolahan.

1
1.1 Pengenalan

1.1.1 Definisi

Menurut Gane (1985) , dalam pembelajaran matematik terdapat terdapa lima katogori

iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah.

Katogori yang paling penting merupakan objektif dan tujuan utama dalam

pembelajaran matematik ialah penyelesian masalah. Hal ini kerana, penyelesian

masalah amat perlu untuk dikuasai setiap pelajar kerana untuk menghadapi kehidupan

harian yang tidak boleh lari dari matematik. Di dalam penyelsaian masalah terdapat

satu kemahiran yang penting untuk dikuasai individu, iaitu kemahiran mengira.

Menurut Mayer ( 1983) Masalah merupakan beberapa ‘siri langkah operasi mental

atau pemikiran’ yang digerakan menuju kearah pencapaian matlamat tertentu. Apa

yang dimaksudkan oleh mayer ialah masalah merupakan satu penghadang bagi

seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam kes ini, masalah ialah penghalang

bagi seseorang pelajar untuk memahami mata pelajaran matematik yang diajar oleh

guru terutama masalah mengira. Memetik artikel yang di tulis oleh David Tall dan

/mohamad Rashidi Razali (1991), “kesukaran mempelajari matematik yang dihadapi

oleh pelajar yang kurang berkebolehan (koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi

daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental)” . Masalah mengira

sering kali dikaitkan dengan pelajar yang menghadapi masalah

pembelajaran yang lebih dikenali dengna diskalkulia. Diskalkulia didefinisikan

sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi

2
pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008) mereka lemah

dalam pengiraan, mengira wang dan menganggarkan kuantiti air dan sebagainya.

Namun, dalam masalah mengira, terdapat juga individu yang tidak mengalami

diskalkulia menghadapi masalah dalam mengira.

Sesuatu masalah perlu dirungkaikan dan perlu direntasi halangan tersebut bagai

mencapai matlamat adalah dengan penyelesaian masalah. Kemahiran penyelesaian

masalah merupakan aset bagi individu. Sebagai seorang guru, guru perlu kritis dan

kretif dalam mencipta bahan untuk menyelesaikan masalah pelajar yang bermasalah

dalam mengira. Menurut Suffi(2009) Guru memainkan peranan penting dalam

penyediaan kebolehan penyelesaian pelajar. Mereka mesti memilih masalah-masalah

yang membolehkan pelajar mengingatinya. Mereka perlu mewujudkan persekitaran

yang boleh mengalakkan untuk menjelajah, mengambil risiko, berkongsi kegagalan

dan kejayaan dan bertanyakan soalan antara satu sama lain.

1.1.2 Ringkasan Tajuk

Apa yang difokuskan dalam tugasan ini adalah untuk menyediakan bahan bagi

mengatasi masalah mengira. Seorang pelajar perlu dikaji masalah matematik yang

dihadapinya dan guru perlu untuk memikirkan bahan yang mampu untuk mengatasi

masalah mengira. Untuk mengajar pelajar mengira adalah berbeza dengan guru

mengajar membaca dan menulis. Kemahiran mengira perlu diajar dengan

menggunakan pelbagai objek dan pergerakan badan bagi memudahkan lagi pelajar

untuk memahami konsep-konsep dalam mengira.

3
2.1 Instrument Kajian

2.1.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan kajian ini pemerhatian telah dijalankan kepada subjek yang

dikaji, subjek diperhatikan dari segi kelakuan fizikal dan dalaman ketika melakukan aktiviti

mengira. Kajian dibuat dengan melihat kemampuan dan kelemahan subjek dalam mengira. Ia

juga untuk mengesan tahap kognitif subjek.

2.1.2 Ujian kertas dan pensil

Kajian dilakukan dengan menggunakan model ujian kertas dan pensel. Satu kertas

ujian yang mengandungi beberapa soalan mengira diberikan. Soalan disusun mengikut tahap

dari mudah ke sukar. Subjek akan menggunakan pensil untuk menjawab soalan di dalam

kertas. Dengan menjalankan instrument ini, akan dapat untuk mengesan tahap keupayaan

subjek dalam mengira.

2.1.3 Rekord profile

Rekord profile juga menjadi instrument kajian ini. Ia mengandungi beberapa rekod

tentang subjek dari segi pelajaran dan kesihatan. Melalui rekord profile, ia dapat untuk

mengesan latar belakang subjek. Disamping dapat menganalisis pencapaian subjek dalam

masalah mengira.

4
3.1 Latar Belakang Murid

3.1.1 BIODATA PELAJAR

Nama : Muhammad Hazwan Bin Abd Rahman.

Jantina : Lelaki

Umur : 9 Tahun

Tarikh Lahir : 24 Ogos 2005

Tempat Lahir : Hospital Besar Alor gajah Melaka

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Bilangan adik beradik : 5 orang

Anak ke berapa : ketiga

Bahasa Pertuturan : Bahasa Malaysia

Kenderaan ke sekolah : Kereta

Alamat rumah :8997 Jalan Anggerik, Taman Seri kelemak, 78000 Alor Gajah

Melaka

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, 78000 Alor

gajah, Melaka.

Nama Bapa : Abd rahman Binn Suboh.

No K/P : 530331-01-5345

5
Pekerjaan bapa : Guru Besar(bersara)

Nama Ibu : Maimunah Binti Md Nek.

No K/P : 561213-08-5862

Pekerjaan Ibu : Juru rawat.

3.1.2 Masalah Murid

Setelah melakukan kajian terhadap subjek dengan menggunakan beberapa

instrument penilaian, didapati subjek mempunyai masalah dalam penguasaan nombor. Subjek

mempunyai masalah untuk menghafal sifir 2 hingga 12. Ia dapat dikesan apabila subjek

melakukan ujian dalam operasi pendaraban dalam sifir dua. Di dalam ujian tersebut subjek

gagal menjawab soalan yang diberikan walaupun hanya soalan 2 x 2 = . Subjek juga gagal

untuk memahami konsep ini walaupun dengan menggunakan pelbagai istilah seperti sifir,

darab dan kali.

3.1.3 Masalah yang difokuskan

Dalam kajian ini, masalah yang difokuskan ialah masalah dalam memahami

konsep darab. Sifir darab Yang difokuskan untuk subjek adalah sifir 2 sahaja

6
4.1 Tinjauan Ke Perpustakaan

4.1.1 Faktor Masalah Mengira

Terdapat beberapa faktor masalah dalam mengira. Antara faktornya adalah

seperti keliru tentang nilai nombor, keliru semasa menulis angka belas, keliru dengan simbol

+,-,x tidak boleh mengenal angka,tidak boleh menulis angka dengan betul,bermasalah dalam

melengkapkan turutan menaik dan menurun, menyusun dua kumpulan nombor untuk

membentuk ayat matematik dan masalah ingatan.

Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran mengingat akan

memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah berayat dengan cara berikut:

i) Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru

ii) Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma

iii) Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran

iv) Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa

v) Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan lebih

dari satu langkah.

4.1.2 Jenis Masalah Mengira

4.1.2.1 Masalah penguasaan pra nombor

4.1.2.2 Masalah penguasaan nombor

4.1.2.3 Masalah penguasaan operasi tambah dan tolak

4.1.2.4 Masalah penguasaan operasi darab

7
5.1 Bahan Mengatasi Masalah memahami konsep mendarab.

5.1.1 Abakus

Menurut laman sesawang kamusq.blogspot “definisi abakus adalah alat untuk

menghitung, yang berupa deretan bulatan dari kayu, plastik yang bertusuk, setiap tusuk berisi

sepuluh buah”. Abakus merupakan bahan bantu mengajar yang berupa konkrit, bahan ini

mampu untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep dalam matematik. Abakus juga

dikatakan sebagai suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik. Abakus boleh digunakan

untuk membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan. Abakus boleh digunakan untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya konsep matematik dapat

dipersembahkan dengan lebih efektif dan menarik. Pada tahun 1995, abakus telah digunakan

sebagai bahan bantu mengajar yang efektif untuk menggalakkan aritmetik mental di sekolah

rendah. Abakus digunakan untuk membantu mereka menguasai empat operasi asas iaitu

tambah, tolak, darab dan bahagi. Abakus biasanya dikenali sebagai sempoa dalam kalangan

orang Melayu dan “suan pan” dalam masyarakat Cina. Pada asanya, abakus digunakan

sebagai alat mengira untuk melakukan empat operasi asas matematik.

5.1.2 Cip Pembilang

Cip pembilang juga merupakan bahan konkrit, yang dapat membantu pelajar

untuk melihat sendiri konsep mendarab. Cip pembilang dapat memudahkan lagi pelajar untuk

mempelajari konsep dalam mendarab. Contoh cip pembilang ialah duit syiling dan coin2

plastik dan sebagainya.

8
5.1.3 Kad Carta

Kad carta boleh diperbuat dengan sendirinya. Guru tidak perlu bersusah dalam menghasilkan

kad ini. Kad ini boleh dibuat untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penggunaan kad

ayat matematik ini membolehkan murid membuat banyak operasi matematik dengan sendiri

tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberikan kad ini sebagai aktiviti pengukuhan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Kad carta merupakan kad yang mengandungi unsur-

unsur darab, kad ini menterjemahkan konsep darab. Setiap kan mempunyai maklumat .

5.1.4 Aktiviti Tatasusun

Aktiviti tatasusun ini dilakukan oleh guru kepada murid bagi menunjukan bilang dan urutan

dalam operasi mendarab. Hal ini dapat membantu pelajar mengetahui urutan sifir mengikut

operasi pendaraban yang tertentu.

5.1.5 Permainan petak seratus

Petak seratus merupakan petak-petak kecil yang berbentuk segi empat digunakan untuk

memudahkan pengiraan. Petak ini amat membantu murid dalam memahami konsep dan

menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 kepada peratus.

Petak seratus ini merupakan satu bahan bantu mengajar yang mudah difahami oleh murid

supaya murid dapat melakukan pengiraan dengan betul. Guru dapat menggunakan petak

seratus dalam mengajar murid operasi darab dan petak ini membolehkan murid melakukan

9
sesuatu pengiraan dengan jelas. Penggunaan petak seratus telah membantu guru menambah

baik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Dengan

penggunaan petak seratus guru dapat melibatkan murid dalam proses pengajaran dengan

baik.

5.1.6 Lagu darab

Lagu darab ini adalah bertujuan untuk membantu murid menghafal, mengingati dan

memahami segala yang berkaitan dengan Matematik. Penggunaan lagu dalam kelas

menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan cara yang

lebih mudah, berkesan dan efektif. Murid-murid akan belajar operasi asas Matematik dengan

penuh riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan kerana belajar sambil menyanyi secara

tidak langsung dapat memupuk semangat dan kesungguhan mereka mendalami matapelajaran

ini. Penggunaan lagu dapat mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid akan berani

memberikan pendapat dan komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan.

Penggunaan lagu juga boleh membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara

kreatif dan inovatif. Murid yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan

atau bertulis berpandukan lagu yang dipelajari. Lagu-lagu operasi asas matematik ini juga

memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar mengenai asas matematik dan hafalan

sifir. Idea menghasilkan formula tersebut tercetus apabila menyedari tentang kelemahan

pelajar untuk mengingati fakta dan asas-asas matematik

10
5.1.7 Petak ajaib

Petak ajaib merupakan gabungan sifir 1 sehingga 10. Melalui petak ajaib ini akan

memudahkan murid-murid menyelesaikan darab, bahagi dan pecahan dengan cepat.

Penggunaannya amat sesuai, mudah dan cepat untuk menjawab kertas 1 bagi murid-murid

tahap2.

6.1 Aplikasi Bahan Kepada Murid.

6.1.1 Abakus

1.Tegaskan kepada murid bahawa fakta asas darab perlu dikuasai untuk

membolehkan pendaraban dibuat dengan cepat. Bagi murid yang belum

menguasai asas darab, mereka dikehendaki membina jadual sifir pelbagai guna

telebih dahulu

2.Guru menunjukan cara lazim untuk mendapatkan hasil darab.

3. Tulis ayat matematik darab dalam jadual nilai tempat. Darab nombor di

rumah puluh dahulu.

4. Kemudian Darab nombor di rumah sa.

5. Akhir Sekali jumlahkan kesuam nombor

6. Hasil darab diperolehi terus dengan kaedah abakus. Rujuk ( Rajah 1)

11
6.1.2 Cip Pembilang

1. Guru memperkenalkan konsep darab sebagai kumpulan dan ahli. Contohnya:

“Dua kumpulan tiga-tiga pembilang. Jumlah pembilang semuanya ialah enam.”

Keadaan ini ditulis sebagai 2 x 3 = 6.

2.Tunjukkan kepada murid satu ayat matematik darab yang lain contohnya, 4 x

2 = 12, dan minta murid melukis gambar bagi situasi ini.

3. Kemukakan pula kepada murid ayat matematik darab seperti di bawah dan

minta murid untuk melengkapkannya. Guru membaca ayat matematik yang

dikemukakan seperti berikut, “Lima kumpulan tiga-tiga, berapa semuanya?”.

5 x3 =

4. Kemukakan kepada murid Lembaran Kerja (Rajah 1) untuk disiapkan.

6.1.3 Kad Carta

Kad carta digunakan ketika di dalam kelas. Guru dikehendaki menunjukkan

kad carta yang mengandungi unsur darab di dalam kelas kepada murid. Aktiviti dicadangkan,

guru hendaklah mengajar murid sambil menunjukkan kad carta supaya murid dapat

menghubung kaitkan apa yang diajar. Kad carta ditunjukan dalam lampiran (Rajah 5).

Kad carta kebiasaannya mempunyai reka bentuk yang menarik yang mampu

menambah minat murid untnk belajar. Papan putih atau papan hitam amat membosankan

pelajar. Oleh itu, bahan yang baru perlu ditunjukkan kepada murid untuk guru mengajar.

Kaedah yang dicadangkan untuk menggunakan kad carta ialah :

12
1. Guru memberikan kad carta kepada murid rawak.

2. Guru mengarahkan murid supaya menghafal sifir yang mereka dapat.

3. Tempoh masa menghafal diberikan adalah 10 minit

4. Kad dikembalikan

5. Guru menyemak sifir yang dihafal.

6.1.4 Aktiviti Tatasusun

Aktiviti tatasusun sesuai digunakan di dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Contoh aktiviti ini dapat ditunjukan dalam lampiran (Rajah3) . Aktiviti ini sangat baik

untuk menggalakkan murid untuk memahami konsep mendarab

Langkah Aktiviti :

1. Guru memberikan soalan berdasarkan sifir yang guru kehendaki ajar

kepada murid.

2. Soalan hendaklah isi tempat kosong berdasarkan lampiran

3. Guru hendaklah mengajar terlebih dahulu sebelum mengarah murid

lakukan sendirian.

4. Murid dikehendaki melakukannya sendiri dan guru hanya memerhati

langkah yang dilakukan oleh pelajar.

5. Setelah selesai, guru menyemak.

6. Lakukan berulang kali sehingga murid faham

13
6.1.5 Petak seratus

Permainan petak seratus dapat membantu pelajar dalam memahami

konsep mendarab degan mentafsirkan konsep darab dengan visual petak

yang diberikan.Contoh petak seratus adalah dalam (Rajah 4).

Cara mengaplikasi permainan ini ialah:

1. Permainan digunakan ketika sesi P & P

2. Guru menunjukkan petak seratus ini di dalam kelas

3. Murid dikehendaki melihat pendaraban secara abstrak dan

mengaitkan dengan bahan konkrit seperti melihat petak seratus

4. Dengan menukar berulang kali penyebut bagi nilai petak ini akan

memudahkan lagi kefahaman murid

5. Setiap penukaran penyebut, murid dikehendaki menjawab berapa

jumlah keseluruhan petak.

5.1.6 Lagu Darab

Lagu sememangnya aktiviti yang amat menyeronokkan, dan lagu dapat

membantu memudahkan murid untuk mengingat sesuatu perkara.

Langkah Mengaplikasikan kepada murid :

1. Guru hendaklah mencipta lagu untuk setiap sifir dan setiap sifir

adalah berlainan lagu melodiny. Seperti sifir 2 lagu berlainan

dengan sifir yang lain

14
2. Guru menyanyi di dalam kelas sambil murid mengikutnya

3. Murid menanyi beramai-ramai

4. Murid menyanyi bersendirian

6.1.5 Petak Ajaib

Guru hanya perlu menunjukkan sahaja kepada murid petak ini. Sewajarnya, guru perlu

menyediakan setiap pelajar yang lemah petak ajaib ini. Petak ini terdapat di dalam

lampiran( Rajah 6). Degan adanya petak ajaib ini, pelajar dapat belajar bersedirian

tentang operasi darab.

15
7.1 Rumusan

Secara kesimpulannya , kajian ini dapat mengesan cara bagaimana untuk mengukuhkan

konsep Matematik khususnya konsep darab yang perlu ditanam pada diri murid-murid melalui

pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan saya

mencipta bahan mengatasi masalah mendarab, saya telah mengkaji dan berbincang untuk

menncari bahan yang sesuai dan yang terbaik untuk digunakan bagi mengatasi masalah ini.

Kerjasama yang baik antara mahasiswa dan pihak sekolah dalam menyiapkan kajian ini akan

mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk

berbaik-baik semasa insane. Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan dan tidak

mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana mempunyai rasa tanggungjawab

dan bertolak ansur sesama sendiri.

Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang kian maju

kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah

pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar

menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan

Matematik.

Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai medium mengikut

kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang

cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep

sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.

16
Lampiran

1.

4 × 3 = ___

5 × 2 = ___

1 × 8 = ___

3 × 4 = ___

7 × 9 = ___

Rajah 1

17
2.

Rajah 2

3.

Rajah 3

18
4

Rajah 4

Rajah 5

19
5.

1
2 3 4 5 6 7 8 9 10

2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

3 6 9 12 15 18 21 24 27 30

4 8 12 16 20 24 28 32 36 40

5 10 15 20 25 30 35 40 45 50

6 12 18 24 30 36 42 48 54 60

7 14 21 28 35 42 49 56 63 70

8 16 24 32 40 48 56 64 72 80

9 18 27 36 45 54 63 72 81 90

10 20 40 50 60 70 80 90 100
30

Rajah 6

20
Rajah 7

21

You might also like