You are on page 1of 1

Menara kembar petronas

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: ‫ ;منارا بركمبر ڤيترونس‬Bahasa Inggeris: PETRONAS
Twin Towers) di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi
bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu,
kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan
bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11
tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun
1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan
ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat
Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir
disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala
Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan.

You might also like