You are on page 1of 5

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Jumaat, 28 Disember 2018

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
STATISTIK JENAYAH, MALAYSIA, 2018

PENGENALAN

Penerbitan Statistik Jenayah, Malaysia, 2018 merupakan penerbitan pertama Jabatan yang memaparkan statistik bagi lima bidang
jenayah iaitu Jenayah Indeks, Dadah, Rasuah, Alam Sekitar dan Jenayah lain.

JENAYAH INDEKS

Nisbah jenayah indeks bagi 100,000 penduduk

Nisbah jenayah indeks bagi 100,000 penduduk di Malaysia pada 2017 bertambah baik kepada 309.7 berbanding 2016 (355.2).
Pada 2017, enam buah negeri merekodkan jenayah indeks yang melebihi paras nasional iaitu W.P. Kuala Lumpur (716.9),
Selangor (408.6), Negeri Sembilan (356.6), Melaka (339.2), Pulau Pinang (318.3) dan Kedah (315.3). Sementara itu, Sabah
merekodkan jenayah indeks terendah bagi tahun 2017 (157.7).
Jenayah indeks mengikut jenis jenayah

Kedua-dua jenayah kekerasan dan harta benda menurun pada 2017 berbanding 2016. Jenayah kekerasan menurun 4.3 peratus
kepada 21,366 kes manakala jenayah harta benda menurun 13.6 peratus kepada 77,802 kes.

DADAH

Penagih dadah mengikut negeri

Bagi tempoh tiga tahun yang lalu, bilangan penagih dadah menurun di empat negeri iaitu Perak, Melaka, Sarawak dan Perlis.
Sebaliknya, empat buah negeri mencatatkan tren peningkatan bilangan penagih dadah dalam tempoh yang sama iaitu Kelantan
(3,700), Terengganu (2,044), Sabah (1,047) dan W.P. Labuan (92).
RASUAH

Kertas siasatan dan tangkapan

Pada 2017, bilangan kertas siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan penurunan
12.4 peratus kepada 863 kes. Kertas siasatan bagi Tuntutan palsu menurun 45.0 peratus kepada 202 kes daripada 2016 (367 kes).
Dalam tempoh yang sama, bilangan tangkapan yang dibuat oleh SPRM menurun 6.4 peratus manakala salah guna kedudukan
mencatatkan peningkatan 92.9 peratus.

ALAM SEKITAR

Bilangan saman yang dikeluarkan bagi pelepasan asap hitam mengikut jenis kenderaan

Bilangan saman yang dikeluarkan bagi pelepasan asap hitam oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia pada 2017 menurun 23.7
peratus kepada 326 saman daripada 427 saman pada 2016. Saman tertinggi dikeluarkan bagi lori (268), diikuti oleh trak ringan
(38) dan bas (12). Sementara itu hanya lapan saman yang dikeluarkan bagi pelepasan asap hitam kepada kereta/ van pada tempoh
yang sama.
Maklumat terperinci mengenai penerbitan ini boleh diakses melalui aplikasi eStatistik di laman web Jabatan Perangkaan
Malaysia, www.dosm.gov.my.
Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

28 Disember 2018

Pegawai dihubungi:
Ho Mei Kei
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : mkho[at]dosm.gov.my

You might also like