You are on page 1of 2

Dilema Kedaulatan Negara dan Hak Asasi Manusia

Setiap negara mempunyai kedaulatan yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana
kuasa luar. Setiap kejadian yang berlaku di dalam sesebuah wilayah adalah tertakluk di bawah
bidang kuasa negara tersebut dan tiada kuasa luar yang berhak untuk campur tangan ke dalam
wilayah tersebut.

Perang saudara yang berlaku di Libya pada 2011 telah menyaksikan sebuah campur tangan
antarabangsa telah dilakukan ke atas sebuah negara berdaulat. Antara persoalan yang muncul
adalah mengapa Libya boleh dimasuki dan diintervensi oleh NATO sedangkan Libya berdiri
sebagai negara merdeka yang berdaulat. Mana-mana kuasa dan negara asing tidak boleh
mengintervensi sebuah wilayah berdaulat kerana hal ini membuatkan kedaulatan sesebuah negara
itu akan tercabar dan hilang. Menurut Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNGA) 1970 di dalam Declaration on Principles of International Law Concerning Friendly
Relations yang menegaskan bahawa tiada mana-mana negara atau kumpulan yang berhak untuk
melakukan intervensi ke atas mana-mana negara. Hal ini seperti yang disebutkan:

‘No state or group of states has the right to intervene, directly or indirectly, in the internal or
external affairs of any other state. Consequently, armed intervention and all forms of interference
or attempted threats against the personality of the state or against its political, economic and
cultural elements, are in violation of international law.’

Menurut deklarasi tersebut jelas menunjukkan bahawa konsep non-intervensi dilaksanakan


untuk menghormati undang-undang antarabangsa. Prinsip ini disahkan oleh Mahkamah Keadilan
Antarabangsa pada beberapa kali persidangan. Ia juga telah disebut dalam beberapa perjanjian
antara negara, misalnya Piagam Pertubuhan Negara-negara Amerika dan Akta Kesatuan Afrika
(Constitutive Act). Tambahan lagi, resolusi Perhimpunan Agung menegaskan bahawa "kedaulatan,
keutuhan wilayah, dan perpaduan negara-negara perlu dihormati sepenuhnya mengikut Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,"

Pelanggaran hak asasi manusia (HAM) di Libya telah menarik perhatian masyarakat dunia
dan telah mendesak PBB untuk mengambil tindakan ke atas kerajaan Ghaddafi yang berkuasa pada
ketika itu. Rakyat Libya dibunuh dan diserang oleh kerajaan sendiri. Berlakunya pembunuhan
beramai-ramai atau genocide di daerah-daerah seperti di Tripoli, Sirte dan Benghazi. Hospital,
rumah dan sekolah dibom tanpa rasa bersalah. Wanita, orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa
keganasan rejim Ghaddafi sehingga ada yang mengatakan tiada satu tempat pun di Libya yang
aman dan selamat pada ketika itu. Hak rakyat dicabuli. Mereka hidup dalam ketakutan. Kerajaan
seharusnya memberi perlindungan kepada rakyat namun hal sebaliknya yang berlaku. Persoalan
lain muncul, di manakah hak rakyat Libya untuk mendapatkan kehidupan yang seharusnya
dimiliki? Dan bagaimanakah pula dengan hak Libya sebagai negara berdaulat untuk tidak
mengizinkan mana-mana kuasa untuk campur tangan ke dalam konflik di Libya lebih-lebih lagi
konflik tersebut adalah konflik dalaman negara tersebut.

Signifikan campur tangan NATO

Atas nama kepentingan kemanusiaan, UNSC telah mengeluarkan Resolusi 1970 dan
seterusnya telah mengeluarkan Resolusi UNSC 1973 yang memberi mandat untuk NATO masuk
campur dalam konflik Libya dengan tujuan untuk melindungi rakyat Libya daripada keganasan
dan kekerasaan regim Ghaddafi dengan membawa prinsip R2P dengan tujuan untuk melidungi
masyarakat dan penduduk tempatan yang terlibat dengan konflik dalaman negara tersebut.
Resolusi ini juga menuntut pelaksanaan “all nesasary measures” untuk menyelamatkan rakyat
serta menyelamatkan tempat tinggal rakyat. Tambahan lagi, resolusi ini juga memutuskan larangan
terbang ke atas seluruh ruang udara Libya dalam usaha untuk melindungi rakyat tempatan daripada
terus menjadi mangsa kekejaman kerajaan Libya terutama serangan melalui udara.

Peristiwa-peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa operasi di Libya telah melalui


beberapa prosedur yang telah dilakukan oleh UNSC dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan
Serantau iaitu NATO. Sejauh mana intervensi ini meyalahi konsep kedaulatan negara? Sejauh
mana keberkesanan intervensi yang dilakukan atas nama melindungi HAM rakyat Libya? Dilema
muncul; antara kedaulatan negara dan melindungi HAM yang dicabuli menjadi antara cabaran
yang dihadapi Libya pada ketika itu. Walaubagaimanapun konflik tersebut tamat dengan kematian
Ghaddafi. Intervensi NATO menunjukkan bahawa HAM rakyat sivil adalah melebihi kedaulatan
negara Libya apabila negara tersebut gagal melindungi rakyat sendiri dengan menjadikan rakyat
sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai dan hal ini tertakluk di bawah Konvensyen mengenai
Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPPCG), yang telah diterima secara rasmi oleh
UNGA pada 1948.

You might also like