You are on page 1of 2

PERSATUAN OLYMPICS KHAS KEDAH (5106/2011)

Alamat Pejabat: 1776-D, Lorong Tiong, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar,Kedah.

Rujukan : SOK/ Bil (140)


Tarikh : 25 APRIL 2018

Nama Bos Tempat Kerja


Alamat Tempat Kerja

Tuan,

MOHON PELEPASAN MUHAMMAD NAIM BIN ROSLI UNTUK MENYERTAI


;SPECIAL OLYMPICS NATIONAL GAMES 2018’

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Special Olympics Malaysia akan menganjurkan


‘Special Olympics National Games 2018’ pada 4 hingga 6 Mei 2018 di IGB
International School, Sungai Buloh, Selangor.

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan
bertugas kepada seorang pekerja tuan, Muhammad Naim bin Rosli, salah seorang peserta
yang terpilih untuk mewakili Persatuan Olympics Khas Kedah, bagi menyertai kejohanan
tersebut. (Jadual acara dilampirkan)

4. Sila hubungi Naib Presiden Persatuan Olympics Khas Kedah, Dr Selvaraja


Nadesan di talian 012 431 5090 untuk sebarang pertanyaan.

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini sangatlah diharapkan dan amat
dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
PERSATUAN OLYMPICS KHAS KEDAH

DR SELVARAJA NADESAN
Naib Presiden

You might also like