You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG,

35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.

KOD SEKOLAH : ABA 0128 EMAIL :aba0128@1bestarinet.yes.my

”PERAK EXCELLENT” Ruj Tuan :


Ruj. Kami : SKJS:03/010/002(29)
Tarikh : 28 Jun 2019

Kepada,
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak,
Lot 20561 @ 20565 Jalan Cardwell, Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,
MEMOHON JURULATIH TARIAN SEWANG BAGI PROGRAM JANGKA PANJANG
PASUKAN TARIAN SK JERNANG
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin membentuk satu pasukan tarian sewang untuk
program pembangunan jangka panjang pasukan tarian SK Jernang. Justeru itu, pihak sekolah ingin
memohon jurulatih tarian sewang membantu dan melatih pasukan tarian SK Jernang.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pasukan tarian sewang sekolah ini merupakan satu program
kemenjadian murid untuk mempromosikan sekolah murid orang asli serta tarian budaya masyarakat orang
asli sehingga ke peringkat antarabangsa.
4. Sebarang maklumbalas, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik Mohamad Riduan bin
Mohd Anuar di talian 013-5279426. Kami memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
mempertimbangkan permohonan kami ini.
5. Akhir kata segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih
Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(NARIZAN BIN HJ BASERAH)
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG
35600 SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA:

PROGRAM KECEMERLANGAN
UPSR 2019
1. PENGENALAN
Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian murid-murid di kalangan
murid Tahun 6 dari segi kualiti dan kuantiti dalam semua mata pelajaran khususnya di dalam
subjek teras. Perancangan program ini bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian 6A
serta memaksimumkan prestasi kelulusan dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6. Di
samping kecemerlangan dalam akademik, aspek kerohanian dan jasmani juga tidak diabaikan.
Peningkatan ini juga diharap dapat mencemerlangkan pencapaian UPSR tahun 2019 ini nanti.
Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah yang mulia merupakan aset
penting ke arah mencapai Wawasan 2020. Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna
kepada negara. Mereka nanti akan mampu membina negara yang maju berteknologi tinggi dan
setanding dengan negara maju yang lain. Berlandaskan hakikat tersebut, seluruh warga sekolah
dengan dibantu oleh PIBG serta seluruh warga sekolah telah merancang program kecemerlangan
UPSR 2019 untuk mencapai aspirasi semua pihak.

2. RASIONAL
2.1 Penekanan dalam program ini memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan daya
usaha , pengetahuan , kemahiran dan kerohanian demi kecemerlangan dalam bidang
akademik dan sahsiah.
2.2 Memberi peluang seluas-luasnya peluang kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan
secara langsung dan berterusan.
2.3 Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat memberikan perhatian kepada
perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dalam bidang intelek, rohani dan jasmani.

3. MATLAMAT
3.1 Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
3.2 Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa
kini.
3.3 Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain di samping semangat kerjasama dan
toleransi.
3.4 Mengembangkan bakat, kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan
serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran asas yang dikuasai.
3.5 Memperkembangkan potensi murid ke tahap yang paling optimum supaya murid boleh
mengenali diri dan dunia mereka serta bertindak dalam ruang yang sihat selaras proses
pembangunan Negara.

4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti.
4.2 Menerapkan budaya/teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
4.3 Memupuk semangat belajar dan kerja berpasukan.
4.4 Menambah baik proses P & P dengan menggunakan pelbagai kaedah.
4.5 Membolehkan pelbagai bahan dan alatan digunakan dengan maksimum untuk
menghasilkan P & P yang berkesan.
4.6 Membina kecemerlangan murid berlandaskan wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Negara.

5. JANGKA MASA PROGRAM


Bermula pada bulan Januari hingga Oktober 2019

6. KUMPULAN SASARAN
Semua Murid Tahun 6 iaitu seramai 16 orang murid.

7. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran A

8. PERANCANGAN PROGRAM
Rujuk Lampiran B

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran C
10. PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut
sama ada dalam bidang akademik, akhlak dan sahsiah. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan
yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta
hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh :-

.......................................................
(NOR AFFANDI BIN KHIRUDDIN)
Setiausaha,
Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2019,
Sekolah Kebangsaan Jernang,
Sungkai, Perak.

Disemak oleh:- Disahkan oleh:-

.................................................. ..................................................
(FADRUSSHAM BIN AJMAIN) (NARIZAN BIN HJ BASERAH)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jernang, Sekolah Kebangsaan Jernang,
Sungkai, Perak. Sungkai, Perak.
Lampiran A

JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG

Pengerusi: Encik Narizan Bin Hj Baserah


Naib Pengerusi 1: Encik Fadrussham bin Ajmain
Naib Pengerusi 2: Encik Nurul Akmal bin Ashaari
Naib Pengerusi 3: Encik Mohd Fikri bin Mohd Shaari
Penyelaras: Encik Nor Affandi bin Khiruddin
Setiausaha: Encik Suhardi bin Harun
Bendahari: Cik Nurfatin Izni bt Ibrahim Mohd Arif
AJK: Puan Nurlizana Binti Hamdan

TENAGA PENGAJAR MURID TAHUN 6/2019


SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG

Bil. Subjek Tenaga Pengajar


1. Bahasa Melayu Puan Nurlizana binti Hamdan

2. Bahasa Inggeris Puan Nurfatin Izni binti Ibrahim Mohd Arif


3. Matematik Encik Suhardi bin Harun
4. Sains Encik Nor Affandi bin Khiruddin

Lampiran B
PERANCANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG

BIL PROGRAM PELAKSANAAN TINDAKAN

1. Program Kelas Kepung Januari hingga 1. Jawatankuasa


September Kurikulum
 Program ini melibatkan 16 murid tahun 2. Semua Guru
6. Murid-murid ini akan diberikan Tahun 6
fokus terhadap teknik menjawab soalan
dan latih tubi yang berterusan.
 Prestasi mereka dalam ujian yang
dilaksanakan akan direkodkan dan
dipantau secara berkala oleh pihak
pentadbiran sekolah.

2. Program Mentor-Mentee Mac hingga 1. Jawatankuasa


November Bimbingan &
 Program ini adalah seiring dengan Kaunseling
program guru penyayang. HEM
 Setiap murid tahun 6 mempunyai ibu 2. Semua Guru
atau bapa angkat di sekolah sebagai
pendorong kejayaan dan semangat
mereka untuk berjaya di dalam UPSR
2019.
 Ibu atau bapa angkat akan memantau
prestasi anak-anak mereka secara
berkala dan melaporkan kepada pihak
pentadbir sekolah

3. Program Motivasi Murid Tahun 6 April 1. Jawatankuasa


Bimbingan &
 Program ini bertujuan untuk Kaunseling
meningkatkan motivasi murid-murid HEM
tahun 6 untuk menghadapi UPSR 2. Semua Guru
2019.
 Pihak sekolah akan menjemput
seorang tokoh yang berjaya untuk
memberikan ceramah motivasi sebagai
perangsang kepada mereka agar
sentiasa berusaha bagi mencapai
kejayaan dalam hidup.
4. Program Kelas Tambahan Cuti Mac dan Jun 1. Jawatankuasa
Semester Kurikulum
2. Semua Guru
 Program ini akan melibatkan
semua murid tahun 6 dan semua
guru pada cuti sekolah iaitu
semasa cuti pertengahan semester
dan cuti semester.
 Pelaksanaan kelas tambahan ini
adalah secara PLC iaitu dua orang
guru akan mengajar murid
mengikut kumpulan dan tahap
pencapaian mereka.

5. Bengkel Teknik Menjawab Soalan Mei / Jun 1. Jawatankuasa


UPSR Kurikulum
2. Semua Guru
 Program ini melibatkan guru-guru Tahun 6
mahir dan cemerlang mata
pelajaran yang akan dijemput bagi
memberikan pendedahan teknik
menjawab soalan yang betul.
 Program ini juga akan membantu
murid bersedia dengan format
UPSR 2019.

6. Program Pecutan Akhir (SOU) September ( 2 1. Jawatankuasa


minggu sebelum Kurikulum
 Program ini akan melibatkan UPSR) 2. Semua Guru
semua guru dan semua murid
tahun 6.
 Semua guru dan murid tahun 6
akan berkampung di sekolah
selama seminggu.
 Murid-murid akan manjalani
aktiviti latih-tubi menjawab
soalan-soalan berformat UPSR
sebenar dengan bimbingan para
guru.
Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


PERBELANJAAN

1. Program Kelas Kepung 500.00

2. Program Kelas Tambahan Cuti Semester 800.00

3. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 1000.00

4. Program Pecutan Akhir (SOU) 2000.00

5. Program Mentor-Mentee 300.00

6. Program Motivasi Murid Tahun 6 400.00

JUMLAH KESELURUHAN 5000.00

You might also like