You are on page 1of 3

Kehamilan adaalah satu fasa yang sangat penting di mana ibu dan anak akan saling

bergantung di antara satu sama lain. Kehamilan terbahagi kepada 3 trimester iaitu trimester
pertama ( 0-3 bulan), trimester kedua (4-6 bulan) dan trimester ketiga (7-9 bulan). Semasa
kehamilan, banyak aspek boleh menyebabkan ketidakupayaan berlaku kepada anak yang
bakal dilahirkan.

Teratogen adalah agen eksogenus yang dapat menggangu perkembangan fetus


dalam rahim. Teratogen dapat mengakibatkan terjadinya malformasi kongenital, gangguan
pertumbuhan, dan perubahan tingkah laku pada bayi, bahkan ia boleh menyebabkan
berlakunya keguguran.

Banyak faktor semasa kehamilan boleh menyebabkan berlakunya ketidakupayaan.

a) Ibu

Ibu yang berusia berisiko tinggi untuk melahirkan anak kurang upaya. Selain itu, ibu yang
mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis amat berisiko memberi
ketidakupayaan kepada anak yang bakal dilahirkan. Contohnya, ibu yang menghidap darah
tinggi berisiko untuk melahirkan anak lebih awal melalui pembedahan kerana tekanan
darah yang tinggi boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi. Apabila dilahirkan dalam
keadaan pra matang, bayi tersebut belum membesar dengan sempurna di dalam rahim si
ibu. Kemungkinan bayi yang dilahirkan pra matang mengalami kegagalan organ kerana
organ belum develop sepenuhnya.

b) Persekitaran

Faktor persekitaran ini merangkumi aspek pencemaran (air, udara, bunyi), terdedah kepada
merkuri, bahan-bahan kimia dan juga cat. Semua yang tersenarai di atas mampu
memyebabkan berlakunya ketidakupayaan kepada bayi yang dikandung.

c) Alkohol dan Dadah

Ibu yang ketagihan alkohol akan melahirkan bayi yang mempunyai Fatal Alcohol Spectrum
Disorders. Bayi yang memiliki FASD ini mempunyai telinga capang halus, bibir yang nipis,
muka yang rata, hidung pendek, kepala yang kecil, hyperaktif dan mudah hilang fokus.
Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan
boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan
tersebut ialah fenomena yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan tingkah laku yang
tidak normal.

c) Nutrisi

Ibu yang mengandung mesti mengambil nutrisi yang secukupnya untuk dirinya an juga
bayi yang dikandung. Pengambilan asid folic amatlah penting di awal kehamilan bagi
mengelakkan kecacatan berlaku ke atas fetus. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi,
Perubatan Subspecialist Maternal & Fetal dari Universiti Malaya, Prof Dr Imelda Balchin
dalam satu posting di Facebook memberi penerangan lanjut keperluan pengambilan asid
folik. Beliau menyatakan bahawa Asid folik membantu mengurangkan kecacatan neural
tube defect sebanyak 70% kepada anak di dalam kandungan. Dalam pada itu, beliau juga
memetik kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil yang menunjukkan pengambilan asid
folik sebelum dan semasa hamil mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum
disorders (ASD) sebanyak 20%. Maklumat kajian terbaru yang membuktikan pengambilan
asid folik mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan
remaja. Selain itu, ibu mengandung mestilah mengambil makanan yang seimbang,
kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi
kerana ia mampu memberi kesan kepada anak yang dikandung.

d) Rokok

Apabila seseorang wanita hamil merokok, bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam rokok
akan masuk ke dalam salur darah dan mencemarkan kandungan cecair darah. Bahan-bahan
ini akan meresap ke plasenta (uri) janin melalui salur-salur darah plasenta. Bayi mempunyai
perhubungan terus dengan darah ibu dan bahan-bahan kimia toksin dari rokok akan
meresap terus kepada bayi. Toksin daripada rokok akan meresap ke dalam salur darah bayi
dan akan memberi kesan negatif kepadanya . Merokok juga akan menyebabkan kekurangan
bekalan oksigen kepada janin. Kekurangan bekalan oksigen disebabkan oleh salur darah ke
janin dari plasenta menjadi sempit setelah terdedah kepada bahan-bahan toksin akibat
daripada perbuatan merokok. Tidak kira berapa banyak batang rokok yang dihisap sehari,
kesan negatif ini masih boleh memberi impak buruk kepada janin. Di antara kesan negatif
dan berbahaya (detrimental) kepada janin adalah :

 Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada janin akan


menyebabkanasphyxia (lemas) dan hypoxic ischemic encephalopathy – komplikasi
otak yang boleh menyebabkan ‘tarik’ (seizure) dan kegagalan otak untuk berfungsi
 Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada otak bayi boleh
menyebabkan masalah pembelajaran
 Kecacatan kongenital fizikal (congenital anomalies)
 Berat lahir kurang daripada 2.5 kg (Intra Uterina Growth Retardation)
 Kematian dalam rahim (Intra Uterine Death)
 Kelahiran pramatang

e) Penyakit kelamin

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai
SexuallyTransmitted Infections (STI’s) atau Venereal Disease (VD). Organisma yang
menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau fungus. Ibu
yang mempunyai penyakit kelamin contihnya jangkitan herpes boleh menyebabkan bayi
buta atau terencat akal dan ‘Congenital syphilis’ di kalangan bayi menyebabkan kecacatan
semasa kelahiran.

Kesimpulannya, banyak aspek yang perlu dititikberatkan oleh seorang ibu yang
mengandung bagi memastikan keselamatan anak di dalam kandungannya. Aspek-aspek ini
boleh menyebabkan ketidakupayaan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan.

Mastura binti Ramali

P101382

You might also like