Professional Documents
Culture Documents
Adakah Aktiviti PDP Dijalankan Dapat Mencapai Hasil Pembelajaran Berikut
Adakah Aktiviti PDP Dijalankan Dapat Mencapai Hasil Pembelajaran Berikut
Pada pendapat kami sekumpulan, kami dapati proses PdP kami mencapai
objektif dan berjaya meningkatkan motivasi pelajar semasa proses pembelajaran
berdasarkan 5E. Dalam rangka pengajaran , kami telah sediakan terdapat beberapa
elemen yang dapat meningkatkan tahap keseronokan pelajar semasa PdP iaitu semasa
permulaan sesi dimana kami memulakan pembelajaran dengan penayangan video
berkenaan tarian sumazau.
Dari sudut elemen explain pula, kami memilih satu kumpulan untuk memberikan
demonstarsi tarian dan ramai pelajar memberikan respon yang positif. Dalam bahagian
elobrasi pula, kami menggunakan kaedah gamifikasi iaitu penggunaan kuiz kahoot!.
Bahagian ini merupakan kemuncak kepada peningkatan motivasi dimana setiap
kumpulan menghantar satu wakil untuk menjawab soalan, Keadaan agak riuh dan
menyeronokan kerana walaupun hanya satu wakil, ahli kumpulan lain juga memberikan
sokongan yang padu kepada wakil mereka. Hal ini menunjukan satu persaingan yang
sihat dan berilmu. Di pengakhiran eleman elobrasi, penyampaian hadiah diberikan
kepada pemenang untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar kerana memberikan
komitmen sepenuhnya.