You are on page 1of 1

Abstrak

Konteks kehidupan masyarakat merangkumi pelbagai aspek seperti adat resam, makanan, pantang
larang dan cara hidup yang mempengaruhi persekitaran budaya bagi sesuatu kaum.

Justeru, kemampuan dan kemahiran yang dipelajari daripada nenek moyang terdahulu

memberi kesan terhadap proses pembudayaan dalam masyarakat. Masyarakat Melayu

Sarawak merupakan salah satu etnik yang masih mengamalkan sifat-sifat keMelayuan sama

seperti kaum Melayu yang ada di semenanjung Malaysia.Masyarakat Melayu Jawa juga merupakan salah
satu etnik yang terkenal di semenanjung Malaysia terutama dengan makanannya . Objektif utama dalam
kajian ini, mengenal pasti jenis

makanan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu Sarawak dan masyarakat Melayu Jawa dan mengkaji
makanan

tradisional masyarakat Melayu Sarawak dan masyarakat Melayu Jawa. Aspek yang dikaji ialah,
penghasilan makanan

tradisional yang mengambil kira bahan-bahan yang digunakan, teknik pembuatan, dan

pantang larang atau adat semasa menghasilkan makanan tradisional tersebut. Ketiga, melihat

kepada kesan dan pengaruh positif atau negatif yang boleh memberi impak terhadap makanan

tradisional dalam masyarakat Melayu Sarawak dan masyarakat Melayu Jawa. Kertas kerja ini juga
menjelaskan rasional

makanan tradisional ini menjadi tarikan bukan dari segi rasa sahaja, namun makanan

tradisional ini mempunyai nilai-nilai tersendiri dan dibuat dengan penuh ketertiban dan

ketekunan masyarakat Melayu Sarawak dan masyarakat Melayu Jawa. Mereka ini bukan sahaja
menghasilkan

makanan tradisional yang boleh dimakan oleh semua masyarakat terutama yang beragama

Islam dan agama lain Bahkan, keunikan makanan tradisional mereka ini

mempunyai nilai komersil untuk diberitahu kepada umum.

Kaedah kajian adalah dengan mempelajari tentang makanan ini daripada buku buku di perpustakaan dan
juga melakukan sesi temu ramah bersama orang orang yang pakar tentang makanan-makanan
tradisional orang Jawa dan orang Sarawak

Hasil daripada kajian ini kami mendapati bahawa makanan makanan tradisional itu sendiri mampu
mengukuhkan perpaduan antara kita semua dan mempunyai nilai-nilai tersendiri yang sangat unik untuk
kita kaji dengan lebih mendalam lagi.

You might also like