You are on page 1of 1

PERKASA MELAKA

PERSATUAN MAHASISWA ANAK MELAKA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengarah Keselamatan,
Bahagian Keselamatan,
Universiti Putra Malaysia,
43400, UPM Serdang,
Selangor 25 September 2019

Tuan,

PER : SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN BAGI MEMBAWA KENDERAAN


BAGI SESI 2019/2020

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.


2. Kami memberi sokongan kepada ahli kami untuk permohonan bagi membawa kenderaan
bermotor iaitu kereta bagi sesi 2019/2020.

3. Perkasa Melaka yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan sepanjang penubuhannya telah
berjaya menganjurkan pelbagai program melibatkan kerjasama dengan beberapa Universiti dan
Kerjaan Negeri Melaka. Perkasa Melaka UPM telah selamat menjalankan Mesyuarat Agung
Tahunan (MAT) kali pertama dan merancang untuk mempelbagaikan program yang memberi
impak kepada warga Anak Melaka di UPM.

4. Sehubungan dengan itu, kami berharap Tuan Pengarah Bahagian Kelamatan dapat
menerima permohonan ahli kami dan bersama-sama ini disertakan senarai nama pelajar untuk
perhatian pihak tuan. Semoga dengan sokongan ini, membantu Perkasa Melaka UPM
mengangkat lebih tinggi nama UPM diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

5. Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh menghubungi En Isnain Bin
Ali, di talian 03 - 9769 1031 selaku Penasihat Perkasa Melaka UPM.

Yang benar,

……………………
(HAFIZA BINTI HASNAN)
Setiausaha Kerja
Persatuan Mahasiswa Anak Melaka (PERKASA MELAKA)
Universiti Putra Malaysia

You might also like