Professional Documents
Culture Documents
Teks Pengacara Majlis
Teks Pengacara Majlis
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah
Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah
Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar
bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi
sumber inspirasi buat kita semua.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin
Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En.
Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai
Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul
Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah.
Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan
mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah
pesembahan yang cukup istimewa.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai
Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP
Sungai Sayong.
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar
hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau
sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.
Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku
wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran
Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.
Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.
Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai
Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.