You are on page 1of 1

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri

daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi

yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling

menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama

berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu

mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya

perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat”.

Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam

kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan

hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas

pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan

ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya

pertumpahan darah.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak, bekas Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan

cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk

memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin

perpaduan yang lebih erat.

You might also like