You are on page 1of 1

Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian

untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh


– Baca Bismillah 1 kali
– Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
– Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
– Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
(Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh
yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
– Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum
berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka
berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan )
sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap
hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di
dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik
dan mendapat rahmat daripada-Nya.

1st day period tu sy rendam kcg hijau. Buat tauge sendiri. (Awk leh search cara2.. sbb ramai
jgk yg berjaya hamil dgn ikhtiar tauge homemade). Smpai hri ke 5 dh jd tauge. Sy rebus.
Minum airnya. Dlm 2hari.

Habis period. Sy smbung buat air kunyit. (Kunyit+halia+temu kunci) rebus. Amik 1 cwn.
Tmbh pes asm jawa. Tmbh madu. Dlm 3hari sy buat. (Awk search jamu kencur/jus kunyit) utk
lps period.

Kemudian sy amalkan tel halba. (Awk leh search kebaikan halba). Sy beli 1 paket. Basuh.
Tos. Goreng tnpa minyak api perlahan(keringkan). Smpn dlm bekas. Nk minum amik 1 sudu.
Tmbh air panas 1mug. Suam. Minum. Hbs 1mug. Tmbh air panas lg. Tutup mug. Minum esok
pagi sblm gosok gigi. Telan sekali biji halba tu. Separuh pun xpe Hbs pun xpe. Halba ni hari2 sy
buat

You might also like