You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH RENDAH AGAMA NURUTTAQWA


KG.RANCHA-RANCHA, PETI SURAT 81452,
87024 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
TEL: 087-410191
Kepada, Rujukan : SRA.NT.KL.100-14/3 (1)
Tarikh : 31.JULAI.2019.
Melalui Dan Salinan,
Guru Besar / Pengerusi PIBG
Sekolah Rendah Agama Nuruttaqwa
Kg.Rancha-Rancha, Peti Surat 81452,
87024 Wilayah Persekutuan Labuan.

Y.B Tan Sri / Y.B Dato / Y.B Datin / Tuan / Puan

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PERSATUAN PIBG SEKOLAH .

Semoga surat ini menemui tuan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah Swt jua,
insya'allah. dengan segala hormatnya diarah merujuk perkara di atas.

2. Saya selaku pengerusi persatuan PIBG sekolah rendah agama nuruttaqwa


rancha-rancha ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan,hadiah atau barangan untuk
kegunaan aktiviti sekolah.
3. Untuk makluman,dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung
perbelanjaan sekolah ini. sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak persatuan PIBG sekolah rendah agama nuruttaqwa
rancha-rancha seperti:

1. Kebajikan guru dan kakitangan sekolah


2. Kursus /bengkel untuk para murid
3. Anugerah kecemerlangan dan jamuan akhir tahun.
4. Peralatan sekolah dan keceriaan sekolah.
4. Sehubungan itu,saya amat berbesar hati sekiranya pihak Y.B Tan Sri / Y.B Dato / Y.B
Datin / Tuan / Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan bagi
menjayakan program tersebut.Sumbangan boleh diserahkan atau disalurkan seperti
berikut :
1 . hadiah / barangan : pihak persatuan PIBG
2 .tunai / cek : PIBG SRAI Nuruttaqwa Rancha-Rancha.
3 . no akaun : 15011010018200 ( BANK ISLAM )

5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan,sila hubungi pengerusi PIBG sekolah rendah
agama nuruttaqwa rancha-rancha , Encik Abd Ghaffar Bin Yaakop (012-7367485) ataupun
bendahari Ustazah Fauziah Binti Basman (013-8522076 ).
6. Kerjasama dan keperhatinan Y.B Tan Sri / Y.B Dato / Y.B Datin / Tuan / Puan dalam
perkara ini amatlah dihargai.saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

‘’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

…………………………………………
(ABD GHAFFAR BIN YAAKOP)
PENGERUSI PIBG.
Sekolah Rendah Agama Nuruttaqwa
Kg.Rancha-Rancha, Peti Surat 81452,
87024 Wilayah Persekutuan Labuan.

You might also like